Monday 29 April 2013

SEBATIK TERBIAR, KALABAKAN MASIH MUNDUR?







TUKAR...Melvin Reyes Calon STAR P191 Kalabakan dan Dato Dr Mohd Jeffry Rosman Calon STAR N60 Sebatik bersama penduduk kampung Airport Lama, Padang Terbang, Tawau.

Oleh : SYED KAMAL

TAWAU: Dato Dr Mohd Jeffry Rosman, calon Parti Reformasi Negeri (STAR) N60 Sebatik yakin rakyat akan membawa satu perubahan di Parlimen Kalabakan yang telah diabaikan oleh Ghapur Salleh dan Muis Picho dari rejim UMNO yang gagal sebagai Ahli Parlimen Kalabakan dan Adun Sebatik.

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Rakyat Sabah (PRIBUMIS) mendengar rungutan kira 300 orang penduduk kampung di sini yang terletak di pinggir bandar Tawau dalam kawasan Parlimen Kalabakan ekoran sehingga sekarang masih tiada bekalan elektrik buat mereka dalam dunia moden ini. 

“Bayangkan lebih 20 tahun mereka menunggu bekalan elektrik, tetapi masih belum berhasil amatlah tidak masuk dek akal apabila isu yang sekecil ini gagal ditangani oleh wakil rakyat,” katanya ketika kempen pilihanraya di Kampung Airport Lama.

Sementara itu Melvis Reyes calon STAR P191 Kalabakan yang juga Presiden Rumpun Etnik Suluk Sabah (PRESS) menyeru kepada semua rakyat di Parlimen Kalabakan untuk mengambil kesempatan dan tetapkan pendirian pada PRU13 ini untuk menumbangkan Ghapur Salleh yang pemalas dan hanya makan gaji buta tanpa berkhidmat kepada rakyat di kawasan ini.

“Kita ambil duit yang Barisan Nasional bagi dan kita pangkah STAR, wakil rakyat UMNO BN ternyata gagal membawa pembangunan kepada rakyat. Banyak janji-janji yang dicanangkan sekadar tinggal angan-angan semata-mata. Akhirnya rakyat menjadi mangsa dan tidak diperdulikan selepas mereka menang pilihanraya” katanya.

No comments:

Post a Comment