Thursday 25 April 2013

PEDALAMAN SABAH 'WILAYAH' BN






Oleh: JACOB BALANG

TENOM: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mememaklumkan Perdana Menteri Dato'Seri Najib Tun Razak bahawa kawasan Pedalaman merupakan wilayah kawasan Barisan Nasional (BN) kerana sejak dahulu lagi rakyatnya tetap menyokong Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, mereka tahu menilai mana yang baik dan mana yang tidak baik untuk disokong tetapi ternyata mereka tidak berganjak untuk terus menyokong BN kerana mereka tahu pemimpin kerajaan BN sudah terbukti kejujurannya mampu menepati janji.

Tambahnya, kerajaan BN tidak menghampakan permintaan rakyat melalui wakil rakyat mereka dimana pelbagai pembangunan kini sedang dan telah dilaksanakan seperti menaiktarafkan Pekan Baru Melalap dan baru baru ini perasmian Mesej di Ulu Patian dalam daerah Kecil Kemabong.

“Kita juga telah meluluskan permintaan pembinaan jambatan, jambatan bailey, jalanraya malahan kita telah mengeluarkan beribu ekar daripada tanah kawasan hutan simpan untuk diageh-agehkan kepada rakyat Tenom dan Kemabong yang tidak mempunyai tanah.

“Ini semua kita lakukan semata-mata membantu rakyat di kawasan luar bandar...(jadi), tidak ada gunanya kita masih mendengar dan percaya kepada janji-janji pembangkang yang hanya sekadar tahu menabur janji kosong,” katanya semasa majlis bersama rakyat di sini, pada Rabu.

Musa mengajak rakyat agar terus memberi sokongan padu kepada BN untuk memenangi PRU13 supaya rakyat akan terus menikmati kemajuan pesat menerusi pembangunan yang dicadangkan kerajaan BN melalui 'AKU JANJI' di mana tidak ada pun menyisih mana-mana golongan sama ada muda, OKU dan kategori lain.

Ketua Menteri itu seterusnya merasa bangga memiliki seorang pemimpin Negara seperti Perdana Menteri Dato'Seri Najib Tun Razak yang rajin turun padang tanpa merasa jemu semata-mata mahu melihat Sabah dan rakyatnya benar-benar menikmati kemajuan dan pembangunan yang pesat.

No comments:

Post a Comment