Saturday 13 April 2013

RAHMAN DAHLAN ABAIKAN IBU TUNGGAL




GAGAL.....Rahman Dahlan gagal menyelesaikan masalah rakyat tetapi menabur janji setinggi gunung Kinabalu.


KOTA BELUD : Kesusahan hidup yang dilalui seorang ibu tunggal, Giou Usin, 70, apabila terpaksa tinggal dalam keadaan daif di sebuah rumah usang di Kampung Minangkob, Mukim Kelawat, dekat sini telah diabaikan Mantan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Keperitan hidup yang dialami beliau mendapat perhatian daripada Pengerusi CLC  SAPP Kawasan Kadamaian , Puan Agnes Liewpin yang telah dengan sendirinya menziarahi ibu tunggal terbabit.

Menurut Giou Usin, beliau telah memohon bantuan rumah PPRT sebanyak dua kali sejak tahun 2003 dan juga telah memohon peruntukan bantuan memperbaiki rumah dan beliau difahamkan bahawa sudah ada kelulusan mengenai permohonan beliau; namun sehingga kini beliau masih tidak menerima sebarang respon yang menunjukkan bahawa masalah beliau akan diatasi dengan secepat mungkin.

Rumah tersebut juga turut didiami oleh anaknya, Sandra Sundram yang juga seorang ibu tunggal yang mempunyai 3 orang anak.




 

REPUT.....Jambatan uzur ini menunjukkan wajah sebenar Rahman Dahlan yang tidak pernah melawat kampung ini walau sering kali berjanji dan membaharui janji setiap kali penduduk menemuinya di pejabat singgahnya di Kota Belud.

 
Dalam masa yang sama juga, penduduk kampung turut mengadu mengenai kerosakan jambatan laluan pejalan kaki dan jalan raya penghubung  yang perlu diperbaiki dengan segera; apatah lagi Rahman tidak pernah melawat kampung berkenaan.

Pengerusi CLC  SAPP Kawasan Kadamaian, Puan Agnes Liewpin bersimpati berikutan dengan masalah yang dihadapi penduduk dan beliau memberikan jaminan sekiranya SAPP diberikan mandat dalam PRU akan datang untuk mentadbir negeri Sabah, maka SAPP akan mengatasi masalah ini dengan segera. 

Difahamkan bahawa jambatan dan jalan raya tersebut amat penting bagi penduduk kerana ia adalah satu-satunya laluan bagi anak mereka untuk pergi ke sekolah namun tidak pernah diberikan perhatian oleh Mantan Ahli Parlimen 'Bidan Terjun' berkenaan sejak mewakili Kota Belud selama satu penggal.

No comments:

Post a Comment