Thursday 25 April 2013

TOLAK CALON PEMBANGKANG DAN BEBAS






GURAU...Nasir (dua kanan) bergurau mesra dengan calon Bebas, Abd.Menang Osman (dua kiri) sambil diperhatikan Haji Aziz Osman (kiri) dan Sapari Osman (kanan) sempena majlis perasmian Anugerah Cemerlang & perasmian Dewan Terbuka SK Kabogan,Semporna.

Oleh : ARSHAD HUSSIN

SEMPORNA : Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Dato Sri Nasir Tun Sakaran, menyeru rakyat di kawasan Parlimen Semporna menolak calon-calon pembangkang dan bebas yang hanya timbul semasa pilihan raya.

Nasir berkata, kemunculan pembangkang dan calon bebas dalam setiap pilihanraya hanya sekedar 'Menaruh Harapan' untuk menangguk di air yang keruh dan mencari kesempatan ketika ada kesempatan.

Nasir berkata demikian sempena majlis Ziarah Rakyat dan Program Sayangi Barisan Nasional bersama rakyat di Kawasan Parlimen Semporna.

Nasir yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri N.53 Senallang menyeru agar rakyat tidak terpesona dengan propaganda yang disebar semata-mata untuk meminta simpati rakyat sedangkan selepas pilihan raya mereka lesap seperti pelesit.

Mengulas kehadiran calon USNO yang turut bertanding di DUN Senallang, beliau menegaskan bahawa semua penyokong dan pengikut parti Pertubuhan Kebangsaan Bersatu Sabah (USNO) yang sudah lama dibatalkan pendaftarannya diminta memberikan sokongan padu kepada calon Barisan Nasional Demi Negara Tercinta, Rakyat Bersatu, Selamat & Maju.

Nasir yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Semporna menjelaskan, sejak kemasukan UMNO ke Sabah majoriti ahli-ahli USNO telah menyertai UMNO.

Nasir akui memang ada beberapa orang calon bebas yang bertanding atas dasar kemahuan diri sendiri, bukan atas dasar sokongan atau permintaan rakyat.

Nasir menambah, kebebasan mereka bertanding menunjukkan amalan demokrasi begitu subur di negara ini kerana sesiapa sahaja boleh menawarkan diri untuk bertanding asalkan memenuhi syarat yang ditetapkan.

"Sesiapapun boleh bertanding dalam pilihan raya kerana ini negara demokrasi tetapi harus sedar diri dan cermin-cerminlah dulu. Mampukah membela rakyat seperti yang dilakukan Kerajaan BN?" kata Nasir.

No comments:

Post a Comment