Monday 29 April 2013

WILFRED 'ORANG' KU LI MELALUI AMANAH?






Saudara Pengarang,

TINDAKAN Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencalonkan Datuk Wilfred Bumburing sebagai calon PKR Tuaran menimbulkan rasa kebimbangan daripada ahli PKR Tuaran dan juga pengundi di Tuaran kerana Wilfred sudah dikenali sebagai antara "Raja Lompat" parti di Sabah.

Kebimbangan ini disuarakan oleh pimpinan akar umbi yang mempersoalkan status beliau sekiranya memenangi kerusi Parlimen Tuaran melalui tiket PKR kerana Wilfred Bumburing bukan ahli PKR!

Perjuangan beliau bukanlah untuk membela nasib rakyat semata-mata, tetapi untuk memperjuangkan nasib sendiri dalam arena politik. Beliau sanggup menggunakan apa jua 'gelanggang' untuk mencapai hasratnya yang 'kemaruk' kuasa.

Terdapat beberapa kemungkinan yang boleh berlaku. Sebelum ini Wilfred pernah bercakap secara terbuka bahawa dia tidak akan menyertai Pakatan Rakyat. Tetapi setelah menyedari dirinya tidak dicalonkan semula oleh Barisan Nasional, justeru itu beliau telah menubuhkan APS, sebuah NGO yang menyokong PKR.

Bermula daripada situ, beliau sudah mula mempunyai sebuah lagi landasan baru untuk bertanding semula.

Turut kedengaran sebelum ini ialah, beliau akan mendaftar parti sendiri. Tujuannya yang menyokong PKR melalui APS adalah untuk membina kekuatan bagi membolehkan beliau untuk menubuhkan sebuah parti baru.

Satu kemungkinan besar lagi, beliau adalah salah seorang daripada 'Kuda Tunggangan' Ku Li dalam AMANAH kerana beliau merupakan Timbalan Presiden AMANAH dan Ku Li adalah presidennya.

Ada kemungkinan Wilfred digunakan untuk mencapai hasrat Ku Li yang selama ini mengidamkan jawatan sebagai Presiden UMNO. Ku Li menganggap bahawa UMNO hanya akan dapat berubah di bawah pimpinannya.

Tanpa disedari, orang atau 'Team' AMANAH telah menyeludup masuk ke dalam PKR dan ingin merosakkan parti PKR dalam diam, namun hasrat itu tidak akan tercapai kerana kebijaksaan Ansari tidak boleh ditandingi Wilfred.

Wilfred tidak akan berjaya dalam pertarungan ini kerana beliau seorang 'penderhaka' bangsa KDM. Suatu ketika dulu beliau pernah cuba untuk menjatuhkan kerajaan PBS yang diterajui oleh 'HUGUON SIOU' Tan Sri Pairin.

Salam Hormat,

SENJA PERMAI

No comments:

Post a Comment