Sunday 28 April 2013

YEE: KENAPA MAHU BERUBAH?






Oleh : NEIL CHAN

KOTA KINABALU: "Perubahan sudah ada, jadi kenapa mahu berubah?" Itulah jawapan daripada Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Yee Moh Chai apabila ditanya mengenai tuntutan perubahan semata-mata untuk berubah.

“Tujuan mengadakan perubahan adalah anda mahu mencapai matlamat tertentu yang anda inginkan dan di bawah kerajaan ini terdapat pelbagai program transformasi seperti ETP dan GTP yang sudah mula mendatangkan perubahan.

“Dari segi ekonomi, prestasi kita lebih baik daripada ramalan, dari segi keamanann dan keselamatan, Negara lain iri hati dengan kita, dari segi kehormatan perkauman kita di Sabah merupakan teladan baik.
“Jadi perubahan apa anda mahu khasnya parti mempunyai agenda sangat pelik yang datang dan mengajar kita bagaimana kita hidup sekarang.
“Jadi jangan hanya berkata kami mahu berubah atau inilah waktunya untuk berubah, kami sentiasa berubah, kami sentiasa mendengar permintaan dan aduan serta keinginan rakyat. Tetapi seperti mana-mana sistem, ia mengambil masa. Secara keseluruhannya kita bergerak mengikut haluan betul.

“Saya bukannya cuba mengatakan perkara yang dramatik, tetapi jika kami mengatakan sesuatu yang dramatik, orang akan fikir kami menakutkan orang ramai; tetapi kami tidak berniat berbuat demikian dan ini adalah satu kerajaan yang bertanggungjawab.

“Jadi saya berharap pengundi individu di Negara ini cukup matang untuk tahu apa yang betul kerana pada asasnya mereka akan memutuskan nasib mereka sendiri. Mereka harus melihat rekod dan tidak sukar untuk faham apa yang akan berlaku jika anda betul-betul berubah.

“Jadi inilah yang cuba dikatakan oleh Perdana Menteri kepada rakyat dan rakyat memahaminya.”

Yee yang mempertahankan kerusi Api-Apinya dalam Pilihan raya pada 5 Mei berkata demikian apabila ditemui oleh pemberita di dewan Bandaraya Kota Kinabalu, baru-baru ini. (DE)

No comments:

Post a Comment