Thursday 16 May 2013

81 PERATUS MAHU ANWAR BERUNDUR






SATU tinjauan yang dijalankan akhbar bisnes The Edge menunjukkan seramai 81.62 peratus responden mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara susulan kegagalan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pentadbiran negara pada 5 Mei.

Seramai 10,396 daripada 12,736 orang yang mengambil bahagian dalam tinjauan dalam talian itu bersetuju bahawa Anwar “harus bersara memandangkan beliau membuat ikrar tersebut”.

Seramai 18.38 peratus responden lagi berpendapat Anwar harus kekal mengetuai Pakatan memandangkan gabungan parti itu memenangi lebih banyak kerusi berbanding pilihan raya umum 2008.

Responden diminta menjawab sekiranya Anwar harus berundur ekoran kegagalan Pakatan untuk mengambil alih pentadbiran Putrajaya dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Ia ekoran kenyataan Anwar yang berulang kali menyatakan untuk bersara dari politik sekiranya Pakatan tidak memenangi pilihan raya.

Dalam wawancaranya dengan Malaysiakini sehari selepas pilihan raya tersebut, Anwar bagaimanapun berkata beliau tidak akan berundur memandangkan tugasnya “belum selesai”.

32 comments:

  1. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengotakan janjinya untuk berundur kerana gagal menawan Putrajaya selepas PRU13.

    Bekas Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Abu Seman Yusop berkata, Anwar dilihat masih mengimpikan jawatan Perdana Menteri sehingga sanggup melakukan apa sahaja bagi merealisasikan cita-citanya.

    ReplyDelete
  2. “Beliau telah menyatakan sebelum ini, jika kalah beliau akan berundur tetapi jelas sehingga kini beliau masih lagi menjadi Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR).

    “Beliau sepatutnya menunaikan janjinya itu tetapi saya lihat apa yang dilakukan hari ini lebih kepada keinginan peribadi berbanding kepentingan rakyat,” katanya.

    ReplyDelete
  3. Menurutnya, usaha PR menganjurkan pelbagai perhimpunan untuk menolak keputusan PRU13 bakal memberi impak negatif kepada negara.

    Katanya, Anwar sengaja tidak mahu menerima hakikat bahawa PR telah tewas merampas Putrajaya sehingga menimbulkan pelbagai persepsi dalam masyarakat.

    ReplyDelete
  4. “Sehingga kini beliau tiada bukti kukuh untuk dibawa ke hadapan, oleh itu menggunakan rakyat untuk berdemo di jalanan bagi menarik perhatian.

    “Kita ada proses undangundang sepatutnya PR mengikut proses yang ditetapkan itu,” katanya.

    ReplyDelete
  5. Sementara itu, Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata, pembangkang sepatutnya akur dengan suara majoriti rakyat dan Anwar sebagai pemimpin utama perlu berundur kerana tidak mampu menunaikan janjinya sebelum pilihan raya.

    ReplyDelete
  6. “PR dilihat mengamalkan demokrasi terpilih apabila enggan menerima keputusan daripada Kerajaan Pusat, tetapi boleh menerima keputusan di kerusi-kerusi yang dimenangi sehingga bertindak pantas membentuk Kerajaan Negeri mereka.

    “Mereka lemparkan banyak tuduhan bagi mengelirukan rakyat, PR juga menggalakkan demonstrasi jalanan sebagai cara untuk menyuarakan masalah, saya mahu pemimpin PR bertanggungjawab terhadap kesan yang bakal berlaku di kemudian hari nanti,” katanya.

    ReplyDelete
  7. Sepanjang keterlibatan beliau dalam arena poltik sebagai pembangkang, sudah banyak kontroversi dan masalah-masalah yang timbul segala-galanya berpunca bagi mencapai agenda dan matlamat beliau untuk menjadi perdana menteri yang diidamkannya selama ini.

    ReplyDelete
  8. Sepanjang beiau menjadi Ketua Umum Pakatan Rakyat, negara menghadapi pelbagai ancaman dari pelbagai sudut yang nyata sudah tiba di tahap sehingga membahayakan keselamatan negara.

    ReplyDelete
  9. Sikap pembangkang ini yang menunjukkan kerakusan mengejar jawatan dan kuasa sehinggakan melanggar undang-undang dan sistem yang selama ini membentuk negara mendapat reaksi negatif dari golongan intelektual mahupun masyarakat.

    ReplyDelete
  10. Budaya himpunan dan rapat umum serta demonstrasi jalanan yang dibawa oleh Anwar Ibrahim kononya bertujuan untuk membawa suara rakyat yang menginginkan perubahan membawa padah kepada adab dan sopan santun rakyat negara ini.

    ReplyDelete
  11. Semestinya bijak dalam agenda untuk membodohkan dan menipu rakyat, Anwar nampaknya sekali lagi memungkiri setiap patah perkataan yang diucapkan beliau dengan membatalkan hasrat untuk bersara dalam bidang politik jika gagal memenuhi matlamat utama menawan Putrajaya dan menjadi perdana menteri pada PRU13 yang lalu.

    ReplyDelete
  12. Janji hingga tinggal janji dan Anwar masih kekal berdiri membuat onar dan kacau dengan sekali lagi menganjurkan perhimpunan haram BlackOut505 bagi membantah keputusan SPR berikutan pilihan raya yang lalu.

    ReplyDelete
  13. Rakyat sudah mula muak dan bosan dengan permainan Anwar Ibrahim yang gemar melakukan kerosakan dan keberantakan berbanding mengikut undang-undang yang sedia ada, beliau lebih cintakan keganasan berbanding keamanan. Dan ini adalah punca kenapa rakyat tidak mahu beliau menjadi perdana menteri Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga yang masih bersama dengan Anwar.

      Delete
  14. Oleh yang demikian, satu kaji selidik telah dijalankan oleh majalah The Edge yang mendapati lebih 81 peratus rakyat Malaysia mahu Anwar Ibrahim untuk menepati janji dan berundur dari arena politik negara. Majoriti telah bosan dengan gaya politik jalanan Anwar yang ternyata keji dan kotor sehinggakan menyebabkan ramai pihak terlibat dengan kancah politik sebegini.

    ReplyDelete
  15. Dengan cara yang begini, rakyat sudah mula sedar bahawa ianya akan menjatuhkan nama baik negara dan sekali gus membahayakan masa depan negara yang semakin laju mengorak menuju Wawasan 2020.

    ReplyDelete
  16. Sedar atau tidak, Anwar Ibrahim mula menerapkan perasaan dan semangat pemberontak kepada setiap pengikut beliau yang buta mata dan akal untuk berfikir dengan menyertai dan mengikut setiap kata dan perhimpunan yang dianjurkan.

    ReplyDelete
  17. Sebagai sebuah negara yang membangun maju, ketamadunan manusia seharusnya menjadi aras panduan setiap rakyat bagi membentuk sebuah negara yang lebih baik.

    ReplyDelete
  18. Dan rakyat Malaysia nampaknya sudah sedar dan tersentak bahawa perlunya untuk semua kembali bersatu dan bersama membangunkan dan memajukan negara dan bukannya merosakkan negara dengan politik jalanan Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat sudah bijak, mereka tahu siapakah yang benar berkeupayaan membawa Malaysia ke landasan yang positif.

      Delete
  19. PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim should keep his promise to quit politics now that he has failed to take over Putrajaya, said former DAP vice-chairman Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. He said Anwar should take heed of the results of the survey by a business news website where more than 80 per cent of respondents agreed that he should step down since the opposition pact failed to take over the federal administrative capital from Barisan Nasional.

      Delete
    2. "The results (of the survey) showed that he has lost his credibility and it is time for him to quit," said Tunku Aziz, in response to The Edge's online poll results.

      Delete
    3. An overwhelming 81.62 per cent of the 12,736 respondents in the survey agreed that Anwar should step down for the opposition pact's failure in wresting Putrajaya in the 13th General Election.

      Delete
    4. He said people had enough of Anwar and his antics and he should grow up and realise that it is over for him.

      Delete
    5. Before the general election, Anwar had said that he would quit politics if the opposition pact did not win in the polls.

      Delete
    6. "He has to take responsibility for his words and actions. This is not the first time he has deceived the people. He did that before when he said he would take Putrajaya on Sept 16, 2008. It didn't happen. It's becoming like the story on the child who cried wolf once too often," Tunku Aziz said.

      Delete
    7. "He has to take responsibility for his words and actions. This is not the first time he has deceived the people. He did that before when he said he would take Putrajaya on Sept 16, 2008. It didn't happen. It's becoming like the story on the child who cried wolf once too often," Tunku Aziz said.

      Delete
    8. Former PKR Youth chief Mohamad Ezam Mohd Noor said that the results of the survey showed that Malaysians, especially the silent majority, were tired of Anwar's brand of politics. He said 81.62 per cent was a large percentage and it would have certainly included the opposition supporters who felt that the opposition pact must move forward.

      Delete
  20. Serahkan kepada Anwar untuk menentukannya.

    ReplyDelete
  21. Report ini tidak menunjukkan suar majoriti,

    ReplyDelete