Thursday 23 May 2013

ADAM ADLI MENGAKU TIDAK BERSALAH






Oleh : KOW GAH CHIE

AKTIVIS siswa Adam Adli Abdul Halim mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengeluarkan kata-kata hasutan melalui satu ucapan pada 13 Mei lalu.

Anak muda berusia 24 tahun itu mengaku tidak bersalah apabila tuduhan berkenaan dibacakan ke atasnya di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Norsharidah Awang.

Beliau didakwa mengeluarkan kata-kata hasutan yang berkecenderungan untuk membangkitkan rakyat untuk menukar kerajaan dengan cara yang tidak mengikut undang-undang.

Adam Adli didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1).

Mahkamah menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan kes berkenaan akan disebut semula pada 2 Julai.

Adam Adli diwakili peguam Datuk S Ambiga dan N  Surendran manakala pasukan pendakwaan diketuai timbalan pendakwaraya Abarzafee Mohd Abbas.

26 comments:

  1. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tidak akan ada lagi amaran terhadap mereka yang mengambil bahagian dalam perhimpunan haram dan perhimpunan yang boleh mengganggu keamanan dan kestabilan di negara ini.

    "Waktu untuk amaran sudah berakhir... tindakan tegas akan diambil," katanya, sambil menambah bahawa "mencegah adalah lebih baik daripada mengubati" dan maka adalah wajar dengan melakukan tindakan segera.

    ReplyDelete
  2. MB Kedah Datuk Mukhriz dengan tegas menyatakan TIDAK akan benarkan Anwar mengadakan Himpunan HARAM 505 di Stadium Sultan Abdul Halim selasa ini. BUKAN kerana menafikan hak rakyat untuk berhimpun TAPI kerana pengisiannya yang bersifat menghasut.

    ReplyDelete
  3. "Perhimpunan ini yang telah diadakan di beberapa tempat di seluruh negara bertujuan menimbulkan rasa benci di kalangan peserta terhadap kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat untuk tubuhkan kerajaan Persekutuan serta di Kedah ini. Ini suatu yang tak boleh diterima.

    ReplyDelete
  4. "Kalau setakat nak berhimpun tidak ada masalah. Ini kandungan ucapan oleh pemimpin pakatan pembangkang sarat dengan tohmahan dan dakwaan tidak berasas,"

    ReplyDelete
  5. Kita sudah terlalu lama berpolitik. Jadi biarlah selepas PRU13 yang paling sengit, kita satukan balik rakyat. Tidak perlu panjang-panjangkan lagi dan timbulkan rasa marah rakyat. Bagi saya, jawapannya adalah TIDAK (untuk benarkan stadium itu digunakan). Saya juga dapat nasihat daripada polis, permit tidak akan dikeluarkan.

    ReplyDelete
  6. Ketidaktentuan pendirian PAS berhubung perhimpunan membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) terserlah apabila Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang sekadar menyerahkan kepada ahli parti membuat pertimbangan sendiri. Hadi membuat kenyataan itu semalam, beberapa hari selepas Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib secara terbuka menyatakan pendiriannya tidak menyokong gerakan itu, sebelum nada sebaliknya disuarakan dua pemimpin PAS, iaitu Naib Presidennya, Salahuddin Ayub dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin.

    ReplyDelete
  7. Hadi berkata, PAS menyerahkan kepada pimpinan parti peringkat negeri untuk membuat keputusan sama ada mahu menyertai perhimpunan dianjurkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang itu.

    ReplyDelete
  8. Barisan Nasional (BN) menang undi popular di sembilan daripada 14 negeri pada peringkat Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, manakala pembangkang cuma menang di lima negeri dengan empat daripadanya dikuasai mereka.

    ReplyDelete
  9. Pembangkang menguasai Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan manakala BN menjadi pilihan rakyat di Johor, Sabah, Sarawak, Perlis, Kedah, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka.

    ReplyDelete
  10. Namun, secara keseluruhannya, BN ketinggalan kira-kira 386,285 undi apabila meraih 5.23 juta undi berbanding pembangkang yang meraih 5.62 juta manakala lain-lain calon menerima 192,894 undi.

    ReplyDelete
  11. Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan, berkata pembangkang perlu menerima hakikat bahawa sistem pilihan raya di Malaysia bukannya berdasarkan undi popular, tetapi majoriti berdasarkan jumlah kerusi dimenangi parti bertanding.

    ReplyDelete
  12. Mereka sepatutnya faham undang-undang dan jangan memalukan diri dengan mendakwa layak memerintah hanya kerana mereka menang undi popular.

    ReplyDelete
  13. Cukup-cukuplah berpolitik. Rakyat sudah membuat keputusan dan mereka harus menghormati proses demokrasi yang ditetapkan. Janganlah mengheret pelbagai pihak untuk memenuhi nafsu politik mereka, katanya, semalam.

    ReplyDelete
  14. pembangkang perlu menghentikan segera dakyah membohongi rakyat dan mengajak mereka menyertai perhimpunan dan demonstrasi jalanan kerana ia jelas bertentangan dengan undang-undang.

    ReplyDelete
  15. Jika masih tidak berpuas hati, Ahmad menegaskan, masih ada saluran bantahan yang boleh digunakan iaitu mengemukakan petisyen pilihan raya yang dibenarkan mengikut Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan.

    ReplyDelete
  16. Petisyen adalah hak rakyat. Kemukakan bukti dan dakwaan jika berlaku salah laku. Masih ada masa untuk hantar petisyen.

    ReplyDelete
  17. BN pun pernah kalah dalam petisyen dan mereka juga pernah menang. Kita terima sebab ia keputusan mahkamah.

    ReplyDelete
  18. Pada PRU-11 (2004), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 30 petisyen berhubung keputusan PRU dan 2008 (PRU-12) sebanyak 26 petisyen dikemukakan. Rekod paling tinggi pernah dicatatkan pada 1999 dengan 40 petisyen.

    ReplyDelete
  19. dakwat kekal dan menjelaskan, dakwat yang digunakan mengandungi satu peratus silver nitrat yang dibenarkan pakar kesihatan bagi mengelak daripada bahaya penyakit barah dan buah pinggang.

    ReplyDelete
  20. Kadar itu memadai untuk membolehkan dakwat kekal sehingga 70 peratus di jari selama 10 jam. Mereka sebenarnya sengaja mencetus provokasi. Hal sama dalam isu gangguan bekalan elektrik dan pengundi warga asing. Langsung tiada bukti, katanya.

    ReplyDelete
  21. Dewan Ulama PAS tidak menyokong tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perhimpunan untuk membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang memihak kepada Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  22. Sebaliknya ketuanya, Datuk Harun Taib meminta semua pemimpin pakatan pembangkang menerima keputusan rakyat Ahad lalu dengan hati terbuka.

    ReplyDelete
  23. Sebarang bantahan terbuka atau perhimpunan tidak mampu mengubah keputusan pilihan raya umum atau mengakibatkan ia diadakan semula, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Beliau berkata sebaliknya calon atau mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) boleh memohon semakan supaya pilihan raya diadakan semula dengan mengemukakan petisyen selepas pewartaan keputusan oleh SPR, mengikut undang-undang.

    ReplyDelete
  24. Selepas diwartakan dalam tempoh 21, mereka boleh buat petisyen, itu yang betul dan kalau bukti-bukti itu jelas serta lengkap dan pihak hakim mengakui wujudnya perlakuan rasuah, penipuan atau menyalahi undang-undang, maka mungkin Hakim Mahkamah Tinggi berkenaan akan memutuskan bahawa keputusan pilihan raya itu tidak sah. “Dengan itu barulah boleh diadakan pilihan raya semula, tetapi jika dibuat perjumpaan atau perhimpunan seperti malam ini, yang saya pun tak tahu apa maksud dia, sebenarnya tidak akan mengubah apa-apa yang boleh mengakibatkan pilihan raya diadakan semula,.

    ReplyDelete
  25. Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas perhimpunan haram pembangkang yang kononnya diadakan bagi menyatakan rasa tidak puas hati berhubung keputusan PRU13 Ahad lepas. Di sebalik pelbagai tuduhan seperti isu dakwat kekal, pengundi hantu, orang asing diguna sebagai pengundi dan bekalan elektrik terputus, Abdul Aziz berkata beliau yakin PRU13 berlangsung secara bersih serta teratur, dan SPR sama sekali tidak terbabit membantu mana-mana pihak memenangi pengundian.

    ReplyDelete
  26. Adam hanya dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politk mereka.

    ReplyDelete