Thursday 16 May 2013

APA AGENDA NAJIB LANTIK SHAFIE?





Saudara Pengarang,

PERLANTIKAN Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Panglima Mohd Shafier Apdal sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mengejutkan ramai pihak terutama rakyat Sabah kerana beliau telah gagal di semua jawatannya sebelum ini; sebaliknya mengesahkan desas desus beliau masih merupakan 'Blue Eyed Boy' kepada Perdana Menteri.

Walaupun majoriti rakyat Sabah tahu bahawa Sabah hanya maju di atas kertas tetapi mundur secara fizikal setelah Shafie mengamalkan projek 'Top Up' yang bukan sahaja telah disiasat SPRM terutama dalam kontrak bekalan air luar bandar dan bekalan elektrik luar bandar; malah Kementerian Kewangan Malaysia mendapati salah laku dan melebihi had kuasa yang ditetapkan Arahan Perbendaharaan.

Sebelum Dewan Rakyat dibubarkan, rahsia Shafie membiayai pembangkang dan merancang kejatuhan Ketua Menteri Sabah didedahkan kepada Perdana Menteri. Pada peringkat akhir namanya digugurkan  sebagai calon dan terdapat ura-ura Shafie akan meletakkan jawatan sebagai menteri dan hanya mengekalkan jawatan politiknya iaitu Naib Presiden UMNO.

Namun setelah memenangi kerusi Parlimen Semporna, desas desus berkenaan terus padam sehinggalah Perdana Menteri melantik Shafie di potfolio lamanya untuk meneruskan penguasaannya terhadap 'Projek Top Up' yang sudah sebati dengan Shafie dan bukan rahsia lagi di kalangan kontraktor di Malaysia.

Perlantikan semula Shafie sebagai Menteri KKLW menunjukkan terdapat 'Cartel' yang membiayai kerjaya politik Shafie sehingga menggerunkan Perdana Menteri dan Timbalannya.

Sehingga saat ini tiada siapa tahu kenapa Shafie boleh digolongkan sebagai Kabinet Transformasi sedangkan beliau bergelumang dengan rasuah dan salah guna kuasa; malangnya SPRM tidak berani bertindak, sekalipun rahsia dan bukti telah didedahkan bekas pemandunya dan TNBES.

Diharap dengan kemasukan semula Shafie ke Kabinet Malaysia, rakyat Sabah akan bangkit pada PRU-14 bagi menumpaskan kerajaan BN yang kononnya menepati janji tetapi membina jalan raya yang tidak boleh dilalui; membina bekalan elektrik yang hanya mengahrap cahaya bulan; membina paip yang hanya keluar angin dan road to no where?

Salam Hormat,

MOHD AZIZ M.K

13 comments:

  1. Every elected representatives and state or federal cabinet ministers should continue to work hard and go down to the ground, said Chief Minister, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus mengutamakan kebajikan untuk rakyat.

      Delete
  2. Musa believes the people of this state are well aware that the government led by Barisan Nasional is a responsible government, thus the mandate given should not be taken for granted by the elected representatives


    ReplyDelete
  3. “Do not take for granted the support given by the people, we (elected representatives) must work hard to ensure the promises we made during the 13th general election (GE13) are implemented accordingly,” he said.


    ReplyDelete
    Replies
    1. The people not giving 2nd chance if really not perform well he/she will be eliminated.

      Delete
  4. “The support and cooperation of the people for every BN candidate during the GE13 was very encouraging, and I believe it is because of the BN’s relevant portfolios that were able to bring success to the overall national development agenda,” he added.


    ReplyDelete
    Replies
    1. BN tidak harus mengecewakan rakyat lagi.

      Delete
  5. Musa reiterated that the new Cabinet line-up clearly demonstrated the trust and confidence of Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak in the ability and integrity of Sabah leaders to lead important ministries at the federal level.

    ReplyDelete
  6. harap kali ini Shafie akan laksanakan peranannya dgn lebih baik

    ReplyDelete
  7. laksanakan pembangunan di Sabah sebaiknya

    ReplyDelete
  8. Bagi memperkasakan lagi bidang pertanian dan industri asas tani sekali gus mendekatkan lagi kerajaan dengan masyarakat luar bandar yang setia menyokong ketika pengundi bandar mula beralih arah, menteri yang diberi tanggung jawab itu juga seharusnya daripada kalangan pemimpin kanan parti. Untuk itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal dikira sesuai.

    ReplyDelete
  9. Sabah memerlukan kabinet yang benar berkeupayaan.

    ReplyDelete