Thursday 2 May 2013

AROMA KEMENANGAN PANG SEMAKIN TERHIDU







SALAM....Pang sedang berkempen menemui pengundi Cina.



Oleh: SHAIMON S JUMADI

KARAMUNTING : Calon BN DUN Karamunting, Charles Pang Su Ping dijangka akan meraihkan kemenangan cemerlang dan mengekalkan kerusi tersebut selepas 6 Mei kerana dimantapkan oleh kehadiran ramai pengundi bumiputera Islam yang memberikan sokongan padu.

Aroma kemenangan semakin terhidu berdasarkan sokongan masyarakat Islam menjurus kepada calon BN; ditambah pula 35 peratus sokongan pengundi Cina.

Ahli-ahli UMNO kawasan Batu Sapi yang merangkumi UMNO Zon Karamunting dan Zon Sekong berhempas pulas membantu Pang berkempen kerana mereka yakin calon tersebut yang ditentang dua penjuru iaitu SAPP dan DAP.

Walaupun Pang menerima tuduhan liar daripada seorang penduduk Kinabatangan melalui artikelnya yang tersiar di Sabahkini.Net yang bertajuk 'Calon N44  BN Karamunting Penipu Besar' yang tersiar baru-baru ini, sedikitpun tidak menjejaskan atau menggugat kedudukan calon tersebut.

Menurut Pang, tuduhan Ehdam Karim hanya mainan politik pihak yang tidak berpuas hati dan mungkin diupah untuk menjatuhkan reputasi beliau bagi memastikan BN kalah.

“Saya akan biarkan apa sahaja Ehdam mahu cakap. Teruskan sahaja kerana buat masa ini saya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Edham walaupun dia menabur fitnah yang tidak berasas dan memalukan diri saya.

"Tetapi ingat Edham, selepas pilihanraya ini, sama ada saya menang atau kalah; pada masa itu saya tidak lagi mahu berkrompomi atau bertolak ansur. Saya telah mengambil keputusan untuk memfailkan saman malu di mahkamah,” ujarnya.

Aroma kemenangan yang bakal menyebelahi Pang semakin terhidu kerana semua calon yang bertanding di DUN Karamunting calon adalah.daripada kaum Cina.

Manakala undi masyarakat Melayu condong kepada calon BN ditambah pula undi cina 30 peratus, menjadikan jumlah undi yang condong BN kesemuanya 90 peratus dan undi pos tentera, Polis 90 peratus penyumbang kemenangan besar,  ini jelas BN akan mengekalkan kerusi DUN Karamunting  milik BN selepas 6 Mei.

Menurut beberapa orang masyarakat cina yang sempat ditanya semasa  lawatan kempen Calon BN Karamunting di beberapa kawasan, antara lain mereka menjelaskan bahawa masyarakat cina di negara ini termasuk Sabah dan Sandakan; khasnya Karamunting nisbah 55 peratus masih memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi terhadap pucuk pimpinan Dato Mohd Najib  Tun Abd Razak termasuk Ketua Menteri Sabah.

Kerana hanya kerajaan BN saja yang mempu membela nasib rakyat berbilang kaum dalam pelbagai aspek bantuan-bantuan dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment