Saturday 4 May 2013

'BAHTERA BN' LAMBANG GERAKAN MUHIBBAH




Oleh : ABDUL BAKAR ESAH
         
                  
KESUNGGUHAN sokongan penduduk terhadap Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya ini digambarkan melalui pembinaan sebuah replika bahtera (gambar). Kewujudan kapal layar yang menampilkan lambang parti komponen turut menambah kemeriahan suasana PRU kali ini.

Gambar calon Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun dan calon Adun Klias, Isnin Aliasnih yang dipamerkan di dalam bahtera itu merupakan simbol kepimpinan yang menjadi nakhoda kepada anak-anak kapal atau rakyat jelata.

“Bahtera BN ini menjadi signifikan kepada satu perjuangan dalam kesatuan parti-parti komponen BN yang komited terhadap erti kerjasama dalam usaha mencapai matlamat berjuang untuk kesejahteraan rakyat,” kata Ketua Markas Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Wawasan di Dun Klias, Rahman Karmo.

Replika itu kata Rahman, dibina dengan gandingan kerjasama Pemuda dan Puteri Umno di markas BN Kg Muhibbah Beaufort.

Beliau yang juga Pengerusi Jawtankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Muhibah berkata beliau menaruh keyakinan yang tinggi bahawa BN mampu mempertahankan kerusi Parlimen Beaufort dan Dun Klias.

“Saya juga yakin BN akan menang keseluruhan dan akan memerintah semula. Ini berdasarkan sokongan yang kian meningkat penduduk dari semua peringkat. Bagi penduduk di sini pililihan kami adalah calon,” katanya.

Rahman memberi tahu, PDM Taman Wawasan mempunyai 1,590 pemilih yang bakal menentukan keputusan pilihanraya PRU esok (hari ini) khususnya di Parlimen Beaufort dan Dun Klias yang menjadti kawasan tumpuan berikutan penyandang Ahli Parlimen, Datuk Seri Lajim Ukin meninggalkan BN menubuhkan PPPS. Lajim bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk kerusi Parlimen Beaufort dan Dun Klias.

No comments:

Post a Comment