Tuesday 21 May 2013

BANGLASIA JERAT PEMIMPIN PR






Oleh : ZUL RAWI

PENULIS sebelum ini pernah mendedahkan mengenai ketelanjuran pakatan pembangkang yang menggunakan isu ‘pengundi hantu’ untuk menafikan kemenangan Barisan Nasional/UMNO dalam pilihanraya umum yang lalu.

Ekoran terlalu ghairah untuk mempengaruhi minda masyarakat kononnya wujud penipuan dalam proses pilihanraya, mereka akhirnya tanpa disedari turut menuduh penyokong sendiri sebagai Bangla. Alasan yang digunakan, muka mereka mirip pekerja Bangla, Nepal, Indon dan sebagainya. Menarik bukan!

Terbaru ahli parlimen DAP, Dr Ong Kian Ming yang mewakili kawasan Serdang terpaksa melutut membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan ‘pengundi hantu’ yang dilemparkan sebelum ini. Mangsa yang dikenali sebagai Chua Lai Fat, merupakan pengundi kali pertama telah dijadikan sebagai modal kempen Kian Ming bagi menipu rakyat.

Lai Fat dituduh sebagai pengundi hantu hanya kerana wajah Indianya, yang dilihat tidak selari dengan nama Cina yang digunakan seperti yang tertera di kad pengenalannya. Sedangkan secara faktanya beliau memang berketurunan India namun telah dijadikan sebagai anak angkat sebuah keluarga Cina di Klang. Nama yang digunakan adalah merupakan nama yang diberikan oleh keluarga angkatnya.

Dr Ong melalui akhbar Cina baru-baru ini telah memohon maaf atas kesilapannya menuduh Lai Fat sebagai pendatang asing yang mengundi pada PRU-13.

“Saya akhirnya dapat mengenal pasti mengapa Chua mempunyai nama Cina. Saya mohon maaf sangat. Saya juga mohon maaf kepada Chua dan ahli keluarganya,” kata wakil DAP itu yang turut memanjangkan permohonan maaf kepada pengundi dan keluarga mangsa.

Mudah bukan! Setelah mereka puas menggunakan isu tersebut untuk menipu rakyat dan memalukan mangsa dengan pelbagai tuduhan fitnah, ia dianggap selesai dengan sepotong ayat maaf.

Isu ini bukanlah merupakan isu yang baru. Malah setiap kali menjelang pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, pakatan pembangkang akan sering membangkitkan isu tersebut yang kononnya akan mengundi untuk BN/Umno.

Malah Anwar Ibrahim sebelum ini juga, berulang kali menuduh kononnya kemenangan pembangkang telah ‘diragut’ oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana menggunakan warga asing sebagai pengundi.

Ketua pembangkang itu, melalui kempen jelajah ‘Kemerahan Rakyat’ sering berkata, penipuan tersebut terbukti dengan kehadiran warga ‘Bangla’ di pusat-pusat mengundi pada PRU-13.

Yang pelik dan anehnya, isu pengundi hantu ini segera lenyap apabila pembangkang kekal memerintah Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Kenapa dakwaan terbabit seolah-olah berhenti apabila menang di 3 negeri? Jelas, segala dakwaan pengundi hantu adalah merupakan helah politik dan sandiwara mereka yang langsung tidak berpijak kepada fakta.

Impian untuk menjadi perdana menteri, seperti menghantui diri Anwar yang sehingga kini masih enggan menerima keputusan majoriti rakyat yang menolaknya.

Rakyat sewajarnya bangkit beramai-ramai untuk menyatakan ketegasan supaya pakatan pembangkang khususnya ‘Bapa Sandiwara Negara’ Anwar Ibrahim akur untuk menerima dan menghormati proses demokrasi seperti termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

Cukup-cukuplah berpolitik, rakyat mahukan pemimpin menumpukan kepada usaha memajukan negara. Janganlah diheret pelbagai pihak untuk memenuhi nafsu politik sempit Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Rakyat sudah memilih, maka tibalah masa wakil rakyat yang menang untuk bekerja.

Sebenarnya tidak wujud pengundi hantu, yang wujud hanyalah pemimpin hantu, Pemimpin hantu ini setiap hari menghasut rakyat kononnya pilihan raya tidak adil biar pun satu demi satu tuduhan dibuktikan palsu.

43 comments:

  1. Penulis sebelum ini pernah mendedahkan mengenai ketelanjuran pakatan pembangkang yang menggunakan isu ‘pengundi hantu’ untuk menafikan kemenangan Barisan Nasional/Umno dalam pilihanraya umum yang lalu.

    ReplyDelete
  2. Ekoran terlalu ghairah untuk mempengaruhi minda masyarakat kononnya wujud penipuan dalam proses pilihanraya, mereka akhirnya tanpa disedari turut menuduh penyokong sendiri sebagai Bangla. Alasan yang digunakan, muka mereka mirip pekerja Bangla, Nepal, Indon dan sebagainya. Menarik bukan!

    ReplyDelete
  3. Terbaru ahli parlimen DAP, Dr Ong Kian Ming yang mewakili kawasan Serdang terpaksa melutut membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan ‘pengundi hantu’ yang dilemparkan sebelum ini. Mangsa yang dikenali sebagai Chua Lai Fat, merupakan pengundi kali pertama telah dijadikan sebagai modal kempen Kian Ming bagi menipu rakyat.

    ReplyDelete
  4. Lai Fat dituduh sebagai pengundi hantu hanya kerana wajah Indianya, yang dilihat tidak selari dengan nama Cina yang digunakan seperti yang tertera di kad pengenalannya. Sedangkan secara faktanya beliau memang berketurunan India namun telah dijadikan sebagai anak angkat sebuah keluarga Cina di Klang. Nama yang digunakan adalah merupakan nama yang diberikan oleh keluarga angkatnya.

    ReplyDelete
  5. Dr Ong melalui akhbar Cina baru-baru ini telah memohon maaf atas kesilapannya menuduh Lai Fat sebagai pendatang asing yang mengundi pada PRU-13. “Saya akhirnya dapat mengenal pasti mengapa Chua mempunyai nama Cina. Saya mohon maaf sangat. Saya juga mohon maaf kepada Chua dan ahli keluarganya,” kata wakil DAP itu yang turut memanjangkan permohonan maaf kepada pengundi dan keluarga mangsa.

    ReplyDelete
  6. Mudah bukan!!! Setelah mereka puas menggunakan isu tersebut untuk menipu rakyat dan memalukan mangsa dengan pelbagai tuduhan fitnah, ia dianggap selesai dengan sepotong ayat maaf.

    ReplyDelete
  7. Isu ini bukanlah merupakan isu yang baru. Malah setiap kali menjelang pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, pakatan pembangkang akan sering membangkitkan isu tersebut yang kononnya akan mengundi untuk BN/Umno.

    ReplyDelete
  8. Malah Anwar Ibrahim sebelum ini juga, berulang kali menuduh kononnya kemenangan pembangkang telah ‘diragut’ oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana menggunakan warga asing sebagai pengundi. Ketua pembangkang itu, melalui kempen jelajah ‘Kemerahan Rakyat’ sering berkata, penipuan tersebut terbukti dengan kehadiran warga ‘Bangla’ di pusat-pusat mengundi pada PRU-13.

    ReplyDelete
  9. Yang pelik dan anehnya, isu pengundi hantu ini segera lenyap apabila pembangkang kekal memerintah Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Kenapa dakwaan terbabit seolah-olah berhenti apabila menang di 3 negeri? Jelas, segala dakwaan pengundi hantu adalah merupakan helah politik dan sandiwara mereka yang langsung tidak berpijak kepada fakta.

    ReplyDelete
  10. Impian untuk menjadi perdana menteri, seperti menghantui diri Anwar yang sehingga kini masih enggan menerima keputusan majoriti rakyat yang menolaknya. Rakyat sewajarnya bangkit beramai-ramai untuk menyatakan ketegasan supaya pakatan pembangkang khususnya ‘Bapa Sandiwara Negara’ Anwar Ibrahim akur untuk menerima dan menghormati proses demokrasi seperti termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

    ReplyDelete
  11. Cukup-cukuplah berpolitik, rakyat mahukan pemimpin menumpukan kepada usaha memajukan negara. Janganlah diheret pelbagai pihak untuk memenuhi nafsu politik sempit Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Rakyat sudah memilih, maka tibalah masa wakil rakyat yang menang untuk bekerja.

    ReplyDelete
  12. Pengundi Hantu hanya sandiwara Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan pemimpin-pemimpin Pakatan Haram yang lain untuk menggulingkan kerajaan BN

    Agenda merampas negara melalui himpunan haram sedang berlangsung. DAP, PKR dan PAS sudah nekad mahu memerintah Malaysia melalui apa cara sekalipun. Agenda disusun rapi oleh DAP, pelakon utamanya Anwar Ibrahim yang akan mengetuai siri himpunan kera dalam jagaan dengan pelakon pembantu Karpal Singh dan Haji Hadi yang berpura-pura tidak menyokong tindakan Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  13. Pengundi Hantu hanya sandiwara Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan pemimpin-pemimpin Pakatan Haram yang lain untuk menggulingkan kerajaan BN

    Sebelum pilihanraya Umum ke 13 bermula mereka telah menyerang Suruhanjaya Pilihanraya tanpa henti. Maka pelakon-pelakon tambahan telah diletakkan dibeberapa kawasan untuk berlakon bagi menganiaya SPR. Pada masa yang sama agen-agen pakatan haram telah menyusup ke dalam SPR bagi memastikan mereka dapat memanipulasikan SPR sepenuhnya.

    ReplyDelete
  14. Pengundi Hantu hanya sandiwara Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan pemimpin-pemimpin Pakatan Haram yang lain untuk menggulingkan kerajaan BN

    Penyokong kuat Rafizi sendiri mengakui bahawa Rafizi memang bijak memutarbelikan fakta demi kepentingan pakatan haram.Bersandarkan fakta-fakta yang disediakan oleh pelakon-pelakon upahan mereka maka Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli telah mencabar Khairy Jamaluddin supaya menangkis kewujudan pengundi hantu di Parlimen Rembau semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) baru-baru ini sedangkan mereka telah memasang perangkap untuk menganiaya Khairy.

    ReplyDelete
  15. Pengundi Hantu hanya sandiwara Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan pemimpin-pemimpin Pakatan Haram yang lain untuk menggulingkan kerajaan BN

    Kononnya cabaran itu dibuat selepas pihaknya menerima aduan daripada lapan pengundi yang tampil dengan laporan polis yang dibuat kerana mereka dihalang daripada membuang undi apabila orang lain telah mengundi menggunakan nama mereka.

    ReplyDelete
  16. Pengundi Hantu hanya sandiwara Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan pemimpin-pemimpin Pakatan Haram yang lain untuk menggulingkan kerajaan BN

    Kenapa Rafizi tidak mendapatkan keadilan bagi mangsa sebenar yang telah dianiaya dengan kejam oleh pakatan haram. Mangsa telah dipukul dan dinafikan hak beliau untuk mengundi dengan begitu kasar dan hina. Ini kejadian sebenar bukan lakonan wahai En Rafizi. Kami sudah muak dengan lakonan jijik puak pakatan haram yang cuba mencipta kekecohan dan huru-hara dalam keamanan pemerintahan Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  17. Pengundi Hantu hanya sandiwara Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan pemimpin-pemimpin Pakatan Haram yang lain untuk menggulingkan kerajaan BN

    Penulis ingin mengimbas kembali peristiwa yang cukup tragis dan menyayat hati ini. Apakah perasaan anda sekiranya ianya terjadi pada diri kita. Dengan biadap pakatan haram telah menyerang pengundi warganegara Malaysia tulen yang berwajah ala mamak. “Hey, sini ada satu lagi pengundi hantu. Ini Bangla,” suara dari satu kumpulan yang menerjah ke arah Tajudeen Anvar Batcha, 50, 5 Mei lalu apabila dia dikatakan pemilik MyKad palsu.

    ReplyDelete
  18. Pengundi Hantu hanya sandiwara Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan pemimpin-pemimpin Pakatan Haram yang lain untuk menggulingkan kerajaan BN

    Tajudeen, kelahiran Taiping, Perak, berang apabila dituduh sebagai warga asing. Paling menyedihkan apabila dia turut dipukul dan ditendang kumpulan yang memakai baju kemeja-t berwarna kuning. “Saya bukan Bangla, Saya orang Malaysia. Saya ada MyKad sah dan saya ada hak mengundi,” balas Tajudeen namun tiada reaksi positif daripada kumpulan itu.

    ReplyDelete
  19. Pengundi Hantu hanya sandiwara Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan pemimpin-pemimpin Pakatan Haram yang lain untuk menggulingkan kerajaan BN

    Dalam kejadian sama, seorang lagi berketurunan India-Muslim menerima nasib yang sama. Niaz Ahmad Mohd Zubir, 35, turut dikecam gara-gara wajahnya dikatakan seperti ‘Mat Bangla’. Kejadian yang berlaku sekitar 10 pagi di di Sekolah rendah Jenis Kebangsaan (C) San Yuk, Rawang apabila kumpulan yang sama turut menghalau Niaz daripada mengundi.

    ReplyDelete
  20. Pengundi Hantu hanya sandiwara Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan pemimpin-pemimpin Pakatan Haram yang lain untuk menggulingkan kerajaan BN

    Adiknya, Nisar Ahmad Mohd Zubir, 28, berkata, abangnya dikepung sebelum dapat meloloskan diri. “Ketika itu, abang saya sedang beratur untuk menyemak kawasan mengundi. Pada masa itulah, kumpulan yang memakai baju Selangorku datang dan mengherdik abang saya. “Mereka meminta MyKad, tetapi abang saya enggan memberikannya. Abang saya juga dipaksa meninggalkan kawasan itu, tetapi abang saya berjaya juga mengundi,” katanya.

    ReplyDelete
  21. Pengundi Hantu hanya sandiwara Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan pemimpin-pemimpin Pakatan Haram yang lain untuk menggulingkan kerajaan BN

    Penulis sebenarnya tertanya-tanya mengapa mereka amat benci kepada mereka yang berwajah ala-ala mamak. Adakah naluri mereka yang begitu angkuh kerana berkulit cerah maka mereka memandang hina terhadap mereka yang berkulit gelap? Patutlah masyarakat India di Kampung Buah Pala adalah antara mereka yang pertama dianiaya apabila Guan Eng memerintah Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  22. Seorang kakitangan Indah Water Konsortium (IWK), Raja Mohd Nazrul Azwqan Raja Zaini, 27, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah laman web pro pembangkang kerana menyiarkan gambarnya dalam laman web itu dengan gelaran `pengundi hantu’.

    ReplyDelete
  23. Raja Mohd Nazrul berkata, beliau merasa sungguh kecewa kerana gambarnya termasuk di dalam tajuk `pengundi hantu yang berjaya ditangkap di beberapa lokasi’ disiarkan dalam laman web Wowberita bertarikh 5 Mei 2013 dalam suasana ketika rakyat Malaysia sedang sibuk membuang undi Pilihan Raya Umum Ke-13.

    ReplyDelete
  24. Katanya, akibat sebaran gambar di dalam dalam laman web itu, dia sering dipandang serong dan dihina oleh masyarakat kerana disangkakan rakyat Bangladesh.

    "Saya tidak akan berdiam diri dan akan menggambil tindakan undang-undang terhadap laman web pro pembangkang ini kerana melebel saya sebagai pengundi hantu hanya semata-mata kepentingan politik mereka,’’ katanya.

    ReplyDelete
  25. Menurut Raja Mohd Nazrul, beliau tampil membuat kenyataan ini kerana mahu membersihkan namanya gara-gara permainan politik kotor pembangkang.

    "Saya menyerahkan kes ini kepada Biro Undang-Undang Parti Gerakan dan BN Perak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web terbabit yang saya anggap telah memusnahkan masa depan saya,’’ katanya.

    ReplyDelete
  26. Raja Mohd Nazrul seterusnya menceritakan, pada 5 Mei semasa dia bersama abangnya Raja Mohd Zairul Azhar Raja Zaini telah hadir untuk membuang undi di Sekolah Menengah Raja Chulan Ampang pada jam 11 pagi dan ketika sedang beratur, dua lelaki Cina, seorang memakai baju merah dan putih dengan tag tertulis Agen menghampirinya sambil meminta kad pengenalan tetapi beliau tidak melayan permintaan mereka.

    ReplyDelete
  27. "Ketika menghampiri pintu giliran, tiba-tiba lelaki Cina yang memakai baju putih menarik baju saya dan saya berjaya menepisnya.

    "Apabila kami tidak melayan mereka, kedua lelaki berkenaan bersama jurugambar telah merakamkan gambar kami,’’ katanya.

    ReplyDelete
  28. Katanya, setelah selesai membuang undi dan ketika hendak pulang ke rumah dengan menunggang motosikal, mereka diekori oleh sekumpulan lelaki yang menaiki kenderaan jenis Toyota Vios warna Perak.

    Beliau dan abangnnya kemudian menuju ke Pekan Razaki sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Gunung Rapat berhubung kejadian itu.

    ReplyDelete
  29. Sementara itu Ong Teng Boon berkata, pihaknya memberikan tempoh 48 jam dari hari ini kepada pihak laman web pro pembangkang itu supaya memohon maaf dan mengeluarkan gambar Raja Mohd Nazrul yang kini masih terdapat didalam laman web itu.

    Beliau juga meminta mana-mana individu yang merasa teraniaya gara-gara politik kotor pembangkang, dapat tampil untuk bersama-sama mengambil tindakan yang sewajarnya.

    ReplyDelete
  30. ISU pengundi hantu dari Bangladesh masih hangat diperkatakan tidak kira
    di warung kopi atau di laman media sosial, meskipun Pilihan Raya Umum
    ke-13 (PRU-13) di Malaysia telah berakhir dua minggu lalu.

    ReplyDelete
  31. Malah isu tersebut dipergunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab
    termasuk penyokong parti pembangkang dengan menyebarkan berita palsu di
    dalam media sosial Facebook dan Twitter secara luas mendakwa kerajaan
    Malaysia 'mengimport' kira-kira 40,000 rakyat negara itu untuk menjadi
    pengundi di negara ini.

    ReplyDelete
  32. perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina turut menjadi mangsa 'politik
    kotor' pihak pembangkang apabila dengan mendakwa jika pemimpin itu
    dipaksa letak jawatan sekalipun, beliau masih boleh berhijrah ke
    Malaysia dan mudah mendapat kerakyatan Malaysia.

    ReplyDelete
  33. Tohmahan pembangkang itu telah mencetuskan kemarahan Pesuruhjaya Tinggi
    Bangladesh ke Malaysia, A.K.M. Atiqur Rahman yang menyifatkan tuduhan
    pembangkang itu sebagai tidak berasas dan hanya dibuat oleh golongan
    yang tidak berakal.

    ReplyDelete
  34. Beliau berkata, adalah mustahil untuk kerajaan Malaysia membawa masuk
    seramai 40,000 rakyat Bangladesh yang didakwa menjadi pengundi hantu di
    negara ini dalam tempoh yang singkat.

    ReplyDelete
  35. Purata kapasiti pesawat komersial hanya boleh membawa kira-kira 400
    penumpang dan memerlukan 1,000 pesawat untuk membawa kesemua 40,000
    rakyat Bangladesh itu seperti yang didakwa ke Malaysia."

    ReplyDelete
  36. pihak yang membuat tuduhan tersebut adalah 'gila' dan menggunakan hak
    bersuara mereka dengan cara yang salah serta tidak profesional,"
    jelasnya.Jelas Atiqur, hanya beberapa ratus sahaja rakyat Malaysia
    berketurunan Bangladesh mempunyai taraf kerakyatan di Malaysia kerana
    mereka merupakan penduduk yang telah menetap di negara ini sejak sebelum
    merdeka lagi.

    ReplyDelete
  37. Maka, tidak menjadi kesalahan jika mereka menjalankan hak sebagai rakyat
    negara ini untuk keluar mengundi pada pilihan raya di negara ini.

    ReplyDelete
  38. Isu
    pengundi hantu dari Bangladesh sebenarnya telah dimulakan sejak beberapa
    tahun lalu lagi oleh kumpulan media sosial yang dipercayai diupah untuk
    menyebarkan fitnah.

    ReplyDelete
  39. Kumpulan yang tidak bertanggungjawab itu sanggup
    membuat fitnah dengan menyebarkan video tentang penangkapan pengundi
    hantu dari Bangladesh, kenyataan Hasina yang diubahsuai dan mendakwa
    sebuah syarikat penerbangan Malaysia bersekongkol dengan kerajaan
    Malaysia untuk membawa pengundi hantu dari negara tersebut.

    ReplyDelete
  40. Lebih
    memalukan, ramai pengguna laman sosial terutamanya orang Melayu, mudah
    terpedaya dan secara sesuka hati menyebarkan berita palsu tersebut tanpa
    memeriksa kesahihannya.

    ReplyDelete
  41. Apa yang menghairankan, sehingga hari ini, masih tiada kes melibatkan
    pengundi hantu dari Bangladesh difailkan di mahkamah untuk membuktikan
    dakwaan kumpulan pembangkang itu.

    ReplyDelete
  42. Malah jika benar ada rakyat Bangladesh yang terlibat dalam proses
    pengundian PRU-13, mengapa mereka tidak dibawa ke balai polis dan
    ditahan untuk siasatan lanjut?

    ReplyDelete
  43. Tindakan penyokong pembangkang menjadi
    'polis' pada hari pengundian menangkap dan memukul rakyat Bangladesh,
    ternyata memakan diri apabila pembohongan mereka didedahkan oleh
    segelintir rakyat tempatan berbangsa India dan keturunan India Muslim
    yang seakan-akan serupa dengan rakyat Bangladesh dan dihalang mengundi
    gara-gara isu pengundi hantu.

    ReplyDelete