Sunday 12 May 2013

BAWA KES PENIPUAN PRU-13 KE MAHKAMAH






Oleh : ZULAIKHA ZULKIFLI

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau bersedia menerima sebarang keputusan mahkamah sekiranya Pakatan Rakyat membawa ke mahkamah kes yang didakwa sebagai penipuan dalam keputusan pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata, sehingga hari ini, tiada sebarang bukti sahih yang dibawa oleh Pakatan mengenai dakwaan penipuan keputusan pilihan raya tersebut.

"Mereka menggembar-gemburkan satu pembohongan dalam media sosial dan cerita yang dibawa dari mulut ke mulut. Mengenai "blackout" di satu kawasan yang dikatakan sebagai cara untuk menipu dalam pilihan raya, walhal senarai daftar pemilih ada dalam tangan mereka, setiap pusat pengundian ada agen yang menyaksikan proses.

"Sehingga akhirnya, belum ada bukti sahih mengenai penipuan yang dijalankan. Maka, kalau ada satu dua kes, bawalah ke mahkamah. Mahkamah akan tentukan dan kita sanggup menerima apa jua keputusan mahkamah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di majlis sambutan ulangtahun ke-67 Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Turut hadir ialah mantan perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad dan isteri Tun Siti Hasmah Mohd Ali.

Selain itu, Najib juga menggesa Pakatan untuk mengemukakan bukti tentang dakwaan wujudnya usaha untuk mengimport 40,000 warga Bangladesh untuk mengundi dalam pilihan raya lalu.

Beliau juga berkata, sebagai sebuah parti yang sebelum ini kerap melaungkan tentang demokrasi, Pakatan sepatutnya menerima keputusan pilihan raya yang ditentukan oleh rakyat Malaysia sendiri.

"Yang anehnya mereka yang banyak bersuara tentang demokrasi yang menyatakan rakyat yang menentukan segala-galanya, setelah pilihan raya berakhir enggan menerima keputusan demokrasi parlimen yang ditentukan rakyat Malaysia sendiri. 

"Pelbagai alasan diberikan kononnya telah berlaku penipuan dalam pilihan raya. Mereka bawa cerita kononnya kita import 40,000 mat bangla untuk mengundi.

"Saya nak tanya, kalau nak bawa 40,000 mat bangla, sebuah (kapal terbang) Jumbo muat seramai 400 dan bererti 100 buah Jumbo terpaksa mendarat di lapangan terbang. Saya nak tanya pada pembangkang, tunjuk di mana ada 100 buah jumbo yang mendarat di lapangan terbang," katanya lagi.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat penipuan dalam keputusan pilihan raya umum ke-13 yang diumumkan Isnin lalu.

Sehubungan itu, Anwar yang juga merupakan ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, sebuah pasukan bagi menyiasat penipuan pilihan raya ditubuhkan kerana Pakatan enggan menerima keputusan pilihan raya itu.

Pihaknya menolak keputusan pilihan raya sehinggalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi justifikasi yang wajar, kata Anwar.

Pakatan turut mengadakan himpunan "Suara Rakyat Suara Keramat" yang mengumpulkan kira-kira 120,000 orang Rabu lalu bagi menyatakan bantahan terhadap keputusan pilihan raya itu. (MKINI)

112 comments:

  1. Anwar sibuk untuk adakan perhimpunan bagi membantah keputusan PRU-13 tapi apa yang pelik ialah Lim Guan Eng dan Datuk Ahmad Yakob masing-masing telah pun menerima keputusan PRU-13 dengan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Kelantan penggal baru pada 7 Mei lalu. Sementara itu, Selangor juga tidak menolak keputusan pilihanraya yang menyebelahi Pakatan Rakyat dan kini sedang sibuk berebut kerusi Menteri Besar.

    ReplyDelete
  2. Justeru, sekiranya himpunan membantah keputusan pilihanraya ingin diadakan seperti yang dirancang, maka Guan Eng dan Ahmad Yakob perlu terlebih dahulu membubarkan perlantikan di Pulau Pinang dan Kelantan serta PR perlu menolak keputusan di Selangor. Mana mungkin protes ditujukan terhadap negeri-negeri yang dimenangi BN sahaja?

    ReplyDelete
  3. Alasan yang digunakan oleh Anwar untuk membuat bantahan iaitu penipuan sewaktu pengundian juga ternyata tidak kukuh. Contohnya, kisah mengenai wujudnya 45,000 pengundi hantu berbangsa Bangladesh sedangkan sebelum ini Anwar menyatakan bahawa pengundi hantu didatangkan dari Sabah dan Sarawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan.

      Delete
  4. Katanya lagi terdapat juga tuduhan kononnya berlaku ‘silap mata’ di mana terjadi gangguan elektrik di beberapa tempat mengundi dan kemudiannya peti undi bertambah apabila elektrik kembali berfungsi. Selain itu, beberapa gambar diedar kononnya bagi membuktikan terdapat cubaan melarikan peti undi oleh pegawai SPR menggunakan kereta dan juga helikopter.

    ReplyDelete
  5. Namun, apabila diminta PR menyenaraikan di kawasan mana gangguan elektrik berlaku, mereka tidak mampu pula menyatakan dengan jelas. Begitu juga dengan Bangladesh yang konon mengundi, tidak dapat juga mereka beritahu di peti undi mana, berapa ramai dan bagaimana ia boleh berlaku tanpa bantahan dari wakil parti mereka sendiri.

    ReplyDelete
  6. Gambar-gambar kotak undi yang dilarikan juga tidak dapat mereka jelaskan pegawai SPR yang mana, dan di mana mahupun mendedahkan nombor kereta. Bantahan rasmi pula langsung tidak ada. Malah, yang lebih menghairankan, kotak undi yang konon ‘terjatuh’ dari sebuah helikopter pula berada dalam keadaan kemas sebelah menyebelah tanpa terbalik atau terkoyak dan berterabur walaupun jatuh dari tempat tinggi.

    ReplyDelete
  7. Jelas, bantahan yang dibuat adalah tidak jelas dan tiada bukti. Sepatutnya Anwar, sebagai ‘bakal Perdana Menteri’ tidak membuat tuduhan rambang secara umum. Ini bukan cara orang terpelajar, jauh sekali cara seorang pemimpin. Seorang pemimpin tidak boleh bercakap cara seni, abstrak atau sastera, tetapi wajib bercakap dengan jelas dan berfakta.

    ReplyDelete
  8. Justeru, himpunan bantahan bersiri yang ingin dilakukan oleh Anwar adalah tidak berasas selain tidak masuk akal. Dan jika Anwar masih berdegil ingin menolak keputusan peringkat pusat, maka Anwar perlu terlebih dahulu menolak keputusan peringkat negeri dan mengarahkan kesemua DUN di negeri-negeri yang dimenangi PR dibubar.

    ReplyDelete
  9. Anwar Ibrahim sudah pun menyatakan akan membuat jelajah seluruh negara bagi membangkitkan kebencian, hasutan dan sentimen terhadap kegagalannya menjadi Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  10. 'Kejayaan' menghimpunkan 40,000 orang penyokong dengan 80% daripada mereka berbangsa Cina di Stadium Kelana Jaya membakar semangatnya untuk memungkiri janji yang telah dibuat sebelum pilihanraya iaitu bersara dari dunia politik.

    ReplyDelete
  11. Seperti yang diketahui, Anwar Ibrahim dan gerombolannya tidak memerlukan banyak alasan untuk memulakan rusuhan secara besar-besaran mirip Arab Spring. Sebaliknya dia terus mencabar undang-undang Malaysia selepas 'selesa' dan bebas sepanjang tahun 2008 sehingga 2013.

    ReplyDelete
  12. Ketiadaan tindakan tegas terhadapnya, apatah lagi kejayaan pasukannya mendesak kerajaan untuk menghapuskan ISA dan beberapa akta yang lain, membolehkan Anwar dan gerombolannya berbuat apa-apa sahaja sekehendak hati.

    ReplyDelete
  13. Kononnya Pakatan Rakyat tidak menerima keputusan PRU13 sama di tempat mereka kalah sedikit, mahupun di tempat mereka kalah banyak. Yang mereka terima hanyalah tempat di mana mereka menang, tak kiralah mereka menang tipis apatah lagi menang dengan majoriti besar.

    ReplyDelete
  14. Pada 5 Mei 2013 yang lepas, seramai hampir 13 juta pengundi membuat pilihan kerajaan masing-masing. Hari tersebut merupakan kenangan bagi para pengundi yang baru pertama kali mengundi. Rakyat masing-masing mengundi untuk parti politik untuk membentuk Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri

    ReplyDelete
  15. Bagi yang tewas, sama ada mewakili 12 parti politik atau calon Bebas yang bertanding, mereka akan dikenang sebagai calon yang bertanding sahaja. Eloklah semua pihak menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Semua parti politik yang bertanding mesti menghormati keputusan rakyat, kalau tidak negara kita tidak akan mengecapi keamanan.

    ReplyDelete
  16. Cukuplah kita belajar daripada tempoh PRU-12 lalu yang terlalu banyak politiking. Kini rakyat mahu melihat perdamaian dan negara melangkah ke hadapan.Bersyukur kita kerana rakyat sekali lagi memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk membawa Malaysia ke mercu kegemilangan yang baharu.

    ReplyDelete
  17. Rekod kerajaan BN menunaikan janji selama ini sudah cukup jelas dan perubahan sebenar telah pun berlaku. Oleh itu pengundi yakin usaha ini harus diteruskan oleh BN yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan kepimpinan yang lain.
    Manifesto BN bertemakan 'Menepati Janji, Membawa Harapan' yang mengandungi 17 teras realistik dan komprehensif itu telah memikat hati rakyat.

    ReplyDelete
  18. Kepada calon yang dipilih oleh pengundi untuk menjadi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri selepas kemenangan BN, perlu diingatkan bahawa masa untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat sudah pun bermula.Tiada alasan sama ada negeri itu di bawah pimpinan kerajaan BN atau pimpinan pakatan pembangkang - semua perlu laksanakan tanggungjawab.

    ReplyDelete
  19. Terimalah keputusan pilihan raya umum 5 Mei ini sebagai cerminan tahap kekuatan parti dan diri sendiri. Mereka yang telah dipilih perlu bekerja keras untuk meneruskan perjuangan membela rakyat dan membangunkan ekonomi serta memelihara kesejahteraan hidup semua kaum
    Usah lupa diri dan ambil mudah sokongan yang telah diberikan oleh rakyat.Anggaplah mandat yang diberikan rakyat itu sebagai amanah dan tanggungjawab yang mesti dipikul dalam tempoh lima tahun akan datang ini

    ReplyDelete
  20. Seperti PRU-12, pilihan kali ini juga telah memberi mesej jelas kepada pemimpin dan parti politik. Moga-moga orang politik tidak cepat melupakan mesej dan undi rakyat.

    Rakyat mempunyai kuasa mutlak. Mereka boleh menjatuhkan sesebuah kerajaan atau sebaliknya. Sebab itu, semua pihak baik BN atau pakatan pembangkang perlu berazam untuk bekerja lebih keras, gigih dan bersungguh-sungguh demi membangunkan taraf hidup rakyat yang telah memberi mandat dan keyakinan kepada mereka.

    ReplyDelete
  21. Janganlah menjadi wakil rakyat lima tahun sekali yang hanya bertemu dengan mereka ketika menjelang pilihan raya sahaja. Ingat, pemimpin politik yang menerima mandat akan kembali dinilai setakat mana mereka boleh menawarkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat yang menjadi sasaran mereka menagih undi dulu

    ReplyDelete
  22. Jika pembangkang menyokong perhimpunan jalanan kerana keputusan pilihan raya tidak menyebelahi mereka, jelas membuktikan mereka tidak menghormati mandat daripada majoriti rakyat.
    Terima kasih kepada semua pengundi kerana telah menjalankan tanggungjawab memilih kerajaan. Pemilihan pengundi bukan untuk Ahli Parlimen atau ADUN tetapi adalah untuk masa depan rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  23. "Masyarakat Malaysia perlu menghormati keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dan tidak membangkitkan sentimen negatif yang akan mengganggu keharmonian kebangsaan," Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina (ACCCIM).
    Presiden Seumur Hidup ACCCIM, Tan Sri William Cheng dan Presidennya Datuk Lim Kok Cheong dalam kenyataan bersama berkata gabungan itu menyokong penuh agenda Penyatuan Nasional oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memimpin negara ke arah yang lebih cemerlang.

    ReplyDelete
  24. Sementara itu, Presiden Jati Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata rakyat tidak boleh memperjudikan masa depan negara dengan menyandarkan harapan kepada sebuah pakatan politik yang ‘longgar’ dengan barisan kepimpinan yang mementingkan diri sendiri.

    Merujuk kepada perbalahan berhubung jawatan Menteri Besar Selangor oleh pakatan pembangkang, beliau berkata pakatan itu adalah sebuah kesatuan politik yang hanya bersifat ‘temporal’ sahaja

    ReplyDelete
  25. Setiausaha Veteran Umno Datuk Mustapha Yaakub pula berkata rakyat tidak boleh membiarkan diri mereka diperkudakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    “Anwar akan menggunakan road show membantah keputusan PRU13 tidak telus walaupun pemerhati luar mengakui ketelusan PRU13 dan pemimpin-pemimpin dunia terus mengucapkan tahniah kepada Najib,

    ReplyDelete
  26. "Sekiranya Anwar tidak menerima keputusan PRU13, beliau seharusnya mengumumkan keputusan rasmi pakatan pembangkang dengan tidak mengiktiraf keseluruhan keputusan dan menolak untuk mengangkat sumpah di negeri yang dimenangi mereka." Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Abdullah Zaik Abd Rahman
    “Anwar hanya mengiktiraf keputusan yang memihak kepadanya dan menolak keputusan yang tidak memihaknya, maka itu merupakan satu yang amat pelik dan tidak munasabah,”

    ReplyDelete
  27. Anwar juga perlu berhemah dalam berpolitik dengan mengambil kira kehendak rakyat yang mahukan keamanan serta memberi laluan kepada proses mengembalikan keharmonian kepada semua kaum-Abdullah Zaik Abd Rahman
    Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta semua pihak supaya menghormati keputusan badan pemantau rasuah Transparensi Antarabangsa Malaysia (TI-M) yang menolak jemputan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk menjadi pemantau dalam Pilihan Raya Umum ke-13

    ReplyDelete
  28. "Kita tak boleh kata kamu mesti datang, itu adalah pilihan mereka dan kita harus hormati apabila sesuatu pihak membuat keputusan, apa yang kita nak pertikaikan," Tan Sri Muhyiddin Yassin

    ReplyDelete
  29. “Apa jua keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) , biarlah semua penyokong parti masing-masing terima dengan hati terbuka.” “Terimalah keputusan dengan baik dan saya percaya orang kita (rakyat) cukup matang dan bijak dalam berpolitik. Harap tidak ada apa-apa insiden buruk berlaku,” Khairul Fahmi Che Mat

    ReplyDelete
  30. “Bagi saya, sama ada Barisan Nasional atau Pas yang menang, biarlah sahaja rakyat tentukan. Itu hak mereka sebagai pengundi untuk menentukan kemenangan parti yang dinaungi masing-masing.

    Trend polarisasi dilihat dalam keadaan membimbangkan dan diharap dapat ditangani dengan segera untuk mengelakkan timbulnya ketegangan dan perbalahan.

    ReplyDelete
  31. ANWAR TIDAK MEMILIKI BUKTI KUKUH BAGI MENGAITKAN KEMENANGAN BN DENGAN PENIPUAN.. SEBAB ITU ANWAR HASUT RAKYAT SUPAYA BERHIMPUN..

    PILIHAN Raya Umum ke-13 telah berlangsung dengan aman. Majoriti rakyat Malaysia telah menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih kerajaan yang menerajui pentadbiran negara. Tiada keganasan dan insiden besar yang menganggu proses pembuangan dan pengiraan undi.

    ReplyDelete
  32. ANWAR TIDAK MEMILIKI BUKTI KUKUH BAGI MENGAITKAN KEMENANGAN BN DENGAN PENIPUAN.. SEBAB ITU ANWAR HASUT RAKYAT SUPAYA BERHIMPUN..

    Keputusan telah diumumkan, seperti yang dijangka tiada mana-mana parti yang menang besar. Tidak semua kawasan dimenangi oleh Barisan Nasional, dan Pakatan Rakyat tidak kalah di semua kawasan. Namun keputusan akhir masih memihak kepada Barisan Nasional dan hasrat Pakatan Rakyat untuk menerajui kerajaan persekutuan tidak kesampaian.

    ReplyDelete
  33. ANWAR TIDAK MEMILIKI BUKTI KUKUH BAGI MENGAITKAN KEMENANGAN BN DENGAN PENIPUAN.. SEBAB ITU ANWAR HASUT RAKYAT SUPAYA BERHIMPUN..

    Keputusan ini menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas nama Pakatan Rakyat menolak keputusan pilihan raya dan menganggapnya diselubungi penipuan. Hakikatnya, peratusan mereka yang keluar mengundi di kebanyakan kawasan adalah tinggi sesetengahnya mencapai sehingga 90 peratus. Ini menunjukkan bahawa Malaysia sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, dan demokrasi telah berjalan dengan subur.

    ReplyDelete
  34. ANWAR TIDAK MEMILIKI BUKTI KUKUH BAGI MENGAITKAN KEMENANGAN BN DENGAN PENIPUAN.. SEBAB ITU ANWAR HASUT RAKYAT SUPAYA BERHIMPUN..

    Meskipun mungkin berlaku kecacatan dalam proses pilihan raya di sana sini, namun ia tidak sampai menafikan kewibawaan dan integriti proses pilihan raya di Malaysia secara keseluruhan.

    ReplyDelete
  35. ANWAR TIDAK MEMILIKI BUKTI KUKUH BAGI MENGAITKAN KEMENANGAN BN DENGAN PENIPUAN.. SEBAB ITU ANWAR HASUT RAKYAT SUPAYA BERHIMPUN..

    Berdasarkan hakikat tersebut, bagi pihak rakyat yang inginkan kedamaian dan keamanan, Isma ingin menyeru kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengambil sikap berhemah tinggi sesuai dengan kedudukan beliau sebagai seorang tokoh politik yang dikagumi di peringkat nasional dan antarabangsa.

    ReplyDelete
  36. ANWAR TIDAK MEMILIKI BUKTI KUKUH BAGI MENGAITKAN KEMENANGAN BN DENGAN PENIPUAN.. SEBAB ITU ANWAR HASUT RAKYAT SUPAYA BERHIMPUN..

    Tindakan beliau yang tidak mengiktiraf keputusan pilihan raya dan membawa isu ini kepada protes awam telah menimbulkan pelbagai tanda tanya. Adakah beliau tidak mengiktiraf sepenuhnya proses pilihan raya ini dan menganggap keputusan pilihan raya ini tidak sah sepenuhnya?

    ReplyDelete
  37. ANWAR TIDAK MEMILIKI BUKTI KUKUH BAGI MENGAITKAN KEMENANGAN BN DENGAN PENIPUAN.. SEBAB ITU ANWAR HASUT RAKYAT SUPAYA BERHIMPUN..

    Jika sekiranya beliau tidak menerima keputusan ini, beliau sewajarnya mengumumkan keputusan rasmi Pakatan Rakyat untuk tidak mengiktiraf keseluruhan keputusan pilihan raya dan menolak untuk mengangkat sumpah di negeri yang dimenangi.

    ReplyDelete
  38. ANWAR TIDAK MEMILIKI BUKTI KUKUH BAGI MENGAITKAN KEMENANGAN BN DENGAN PENIPUAN.. SEBAB ITU ANWAR HASUT RAKYAT SUPAYA BERHIMPUN..

    Sebaliknya, jika beliau hanya mengiktiraf keputusan yang memihak kepadanya dan tidak mengiktiraf keputusan yang tidak memihak kepadanya, maka itu merupakan satu yang amat pelik dan tidak munasabah. Pada 7 Mei lalu, Datuk Seri Anwar sendiri telah mengumumkan penubuhan kumpulan penyiasat untuk mengumpul bukti penipuan PRU13 yang diketuai oleh Rafizi Ramli.

    ReplyDelete
  39. ANWAR TIDAK MEMILIKI BUKTI KUKUH BAGI MENGAITKAN KEMENANGAN BN DENGAN PENIPUAN.. SEBAB ITU ANWAR HASUT RAKYAT SUPAYA BERHIMPUN..

    Beliau sepatutnya menunggu hasil siasatan pasukan tersebut dan mengambil tindakan berdasarkan bukti-bukti terkumpul mengikut saluran undang-undang, bukan dengan cara bermain sentimen dan membuat tindakan awal sebelum hasil kajian diperolehi.

    ReplyDelete
  40. ANWAR TIDAK MEMILIKI BUKTI KUKUH BAGI MENGAITKAN KEMENANGAN BN DENGAN PENIPUAN.. SEBAB ITU ANWAR HASUT RAKYAT SUPAYA BERHIMPUN..

    Beliau harus sedar bahawa rakyat sudah muak dengan politiking yang berlebihan dan sengsara dengan perpecahan. Seharusnya beliau memberi laluan kepada kestabilan dan peluang mengembalikan keharmonian dan kerukunan hidup setelah melalui proses berkempen yang penuh sentimen dan permusuhan.

    ReplyDelete
  41. ANWAR TIDAK MEMILIKI BUKTI KUKUH BAGI MENGAITKAN KEMENANGAN BN DENGAN PENIPUAN.. SEBAB ITU ANWAR HASUT RAKYAT SUPAYA BERHIMPUN..

    Isma bimbang jika keadaan ini berterusan negara akan dilanda suasana yang tidak stabil yang berpanjangan, mengganggu pembangunan negara yang menjadi inspirasi semua rakyat Malaysia dan beliau akan dilihat sudah keterlaluan, terlalu mementingkan diri dan sangat kemaruk kepada kuasa.

    ReplyDelete
  42. ANWAR TIDAK MEMILIKI BUKTI KUKUH BAGI MENGAITKAN KEMENANGAN BN DENGAN PENIPUAN.. SEBAB ITU ANWAR HASUT RAKYAT SUPAYA BERHIMPUN..

    Oleh itu, Isma meminta Datuk Seri Anwar menerima takdir. Mungkin ada hikmah di sebalik kekalahan ini. Firman Allah dalam petikan ayat 216 Surah Al-Baqarah: “Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.” Itulah panduan yang ALLAH nyatakan dalam al-Quran yang perlu menjadi pegangan Datuk Seri Anwar sebagai orang Islam.

    ReplyDelete
  43. ANWAR TIDAK MEMILIKI BUKTI KUKUH BAGI MENGAITKAN KEMENANGAN BN DENGAN PENIPUAN.. SEBAB ITU ANWAR HASUT RAKYAT SUPAYA BERHIMPUN..

    Akhir sekali Isma berpandangan sudah sampai masa untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur daripada medan politik. Ini selaras dengan keputusan beliau yang mahu menjadi pensyarah sekiranya pakatan pembangkang gagal membentuk kerajaan selepas PRU-13 seperti yang disiarkan dalam temubualnya bersama akhbar antarabangsa Financial Times bertarikh 3 Julai 2012.

    ReplyDelete
  44. ANWAR TIDAK MEMILIKI BUKTI KUKUH BAGI MENGAITKAN KEMENANGAN BN DENGAN PENIPUAN.. SEBAB ITU ANWAR HASUT RAKYAT SUPAYA BERHIMPUN..

    Nampaknya Anwar semakin meroyan sekarang apabila badan bebas yang memantau mengakui proses pengundian yang berlangsung dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 Ahad lalu mempunyai kewibawaan dan boleh dipercayai. Malah langkah Anwar mengadakan perhimpunan haram di Stadium Kelana Jaya boleh dipertikaikan tujuannya!

    ReplyDelete
  45. ANWAR TIDAK MEMILIKI BUKTI KUKUH BAGI MENGAITKAN KEMENANGAN BN DENGAN PENIPUAN.. SEBAB ITU ANWAR HASUT RAKYAT SUPAYA BERHIMPUN..

    Perkara itu diakui tiga kumpulan pemantau proses tersebut iaitu Pusat Kajian Polisi Awam (CPPS) dan Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (Asli) serta Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas).

    ReplyDelete
  46. ANWAR TIDAK MEMILIKI BUKTI KUKUH BAGI MENGAITKAN KEMENANGAN BN DENGAN PENIPUAN.. SEBAB ITU ANWAR HASUT RAKYAT SUPAYA BERHIMPUN..

    Pengerusi CPPS, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, secara keseluruhan keputusan pilihan raya yang diumumkan juga adalah sah. Katanya, meskipun terdapat beberapa kecacatan kecil dilaporkan namun proses pengundian berjalan lancar dan dalam masa sama sukar mendapat proses yang 100 peratus sempurna.

    ReplyDelete
  47. ANWAR TIDAK MEMILIKI BUKTI KUKUH BAGI MENGAITKAN KEMENANGAN BN DENGAN PENIPUAN.. SEBAB ITU ANWAR HASUT RAKYAT SUPAYA BERHIMPUN..

    "Secara keseluruhan keputusan itu adalah berwibawa walaupun terdapat kecaman. "Selain itu, BN juga tidak berhadapan situasi Parlimen tergantung sebaliknya parti itu berjaya mendapat majoriti yang ketara dalam pilihan raya kali ini," katanya dalam sidang akhbar mengenai laporan Pilihan Raya Umum Ke-13 di sini hari ini.

    ReplyDelete
  48. ANWAR TIDAK MEMILIKI BUKTI KUKUH BAGI MENGAITKAN KEMENANGAN BN DENGAN PENIPUAN.. SEBAB ITU ANWAR HASUT RAKYAT SUPAYA BERHIMPUN..

    Yang hadir sama, Ketua Eksekutif Ideas, Wan Saiful Wan Jan dan Pengarah Asli, Tan Sri Dr. Michael Yeoh. "Kami berada di Damansara, Petaling Jaya, Bangsar dan Segambut, secara jujurnya tiada bukti berlaku penipuan dan kesilapan di pusat mengundi. "Tiada isu orang lain boleh nampak pengundi pangkah sesiapa dan setiap prosedur dipantau," katanya.

    ReplyDelete
  49. ANWAR TIDAK MEMILIKI BUKTI KUKUH BAGI MENGAITKAN KEMENANGAN BN DENGAN PENIPUAN.. SEBAB ITU ANWAR HASUT RAKYAT SUPAYA BERHIMPUN..

    ANWAR nampaknya tidak akan pernah berputus asa untuk mendapatkan apa yang diidamkan beliau selama ini. Beliau akan bertindak dengan apa cara sekalipun bagi memastikan rancangan dan agendanya untuk menjadi PM tercapai.

    ReplyDelete
  50. ANWAR TIDAK MEMILIKI BUKTI KUKUH BAGI MENGAITKAN KEMENANGAN BN DENGAN PENIPUAN.. SEBAB ITU ANWAR HASUT RAKYAT SUPAYA BERHIMPUN..

    PRU13 ini, Anwar sekali lagi mengambil bahagian dan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan bersara sekiranya gagal dalam percaturannya kali ini. Namun, apabila terbukti dia gagal dalam meluaskan empayarnya untuk menguasai Putrajaya, sekali lagi makhluk munafik ini memungkir janji yang telah dibuat oleh beliau sendiri terhadap rakyat.

    ReplyDelete
  51. ANWAR TIDAK MEMILIKI BUKTI KUKUH BAGI MENGAITKAN KEMENANGAN BN DENGAN PENIPUAN.. SEBAB ITU ANWAR HASUT RAKYAT SUPAYA BERHIMPUN..

    Tidak cukup dengan itu dia turut mengugut untuk mendesak agar diadakan pilihanraya semula semata-mata untuk memuaskan nafsu hatinya. Namun apa yang pasti, beliau telah gagal untuk menambah bilangan negeri untuk dikuasai malah telah hilang kerajaan negeri Kedah apabila majoriti rakyatnya mengundi untuk kembali kepada BN.

    ReplyDelete
  52. ANWAR TIDAK MEMILIKI BUKTI KUKUH BAGI MENGAITKAN KEMENANGAN BN DENGAN PENIPUAN.. SEBAB ITU ANWAR HASUT RAKYAT SUPAYA BERHIMPUN..

    Seperti kebiasaannya, salah sendiri akan ditunding kepada orang lain, dalam kes yang melibatkan pilihan raya, sudah tentu SPR yang akan menjadi kambing hitamnnya. Beliau menuduh kononnya SPR tidak adil dan tidak telus malah menipu ketika melaksanakan proses pengiraan undi dan juga beberapa proses lain yang melibat penggunaan dakwat kekal, senarai daftar pengundi dan banyak lagi.

    ReplyDelete
  53. ANWAR TIDAK MEMILIKI BUKTI KUKUH BAGI MENGAITKAN KEMENANGAN BN DENGAN PENIPUAN.. SEBAB ITU ANWAR HASUT RAKYAT SUPAYA BERHIMPUN..

    Dalam pada masa yang sama beliau juga telah cuba untuk menyemai benih-benih kebencian terhadap kerajaan Barisan Nasional melalui hasutan beliau supaya rakyat membenci kerajaan Barisan Nasional yang telah dipilih oleh rakyat negara ini dengan cara yang sah dan adil.

    ReplyDelete
  54. ANWAR TIDAK MEMILIKI BUKTI KUKUH BAGI MENGAITKAN KEMENANGAN BN DENGAN PENIPUAN.. SEBAB ITU ANWAR HASUT RAKYAT SUPAYA BERHIMPUN..

    Ini semua bagi menunjukkan protes Anwar yang sekali lagi gagal membuktikan bahawa sistem pilihan raya negara ini tidak bersih dan tidak adil dengan mereka cerita dan tuduhan pelbagai kepada SPR.

    ReplyDelete
  55. ANWAR TIDAK MEMILIKI BUKTI KUKUH BAGI MENGAITKAN KEMENANGAN BN DENGAN PENIPUAN.. SEBAB ITU ANWAR HASUT RAKYAT SUPAYA BERHIMPUN..

    Tindakan Anwar menganjurkan Perhimpunan Kemarahan Rakyat antara bukti, cita-citanya yang kemaruk untuk menjadi PM. Sebagai contoh tuduhan mengenai bekalan eletrik yang terputus semasa pengiraan undi dijalankan yang disebar banyak di laman-laman sosial, yang menurutnya selepas disiasat, perkara itu tidak pernah berlaku.

    ReplyDelete
  56. ANWAR TIDAK MEMILIKI BUKTI KUKUH BAGI MENGAITKAN KEMENANGAN BN DENGAN PENIPUAN.. SEBAB ITU ANWAR HASUT RAKYAT SUPAYA BERHIMPUN..

    Mereka cuba untuk nampakkan kononnya SPR ini tidak ada integriti, tidak ‘credible’, suka menipu, sehinggakan boleh buat putus bekalan (elektrik), tukar keputusan dalam gelap. Ini adalah satu satu penipuan, pembohongan, dusta yang sangat melampau, sangat keji.

    ReplyDelete
  57. ANWAR TIDAK MEMILIKI BUKTI KUKUH BAGI MENGAITKAN KEMENANGAN BN DENGAN PENIPUAN.. SEBAB ITU ANWAR HASUT RAKYAT SUPAYA BERHIMPUN..

    Persepsi merupakan mainan penting dalam politik, dan pihak yang kalah biasanya akan berusaha mencipta persepsi bahawa SPR ini satu badan yang tidak berwibawa, tidak berintegriti, sedangkan ia hanya bertanggungjawab menyediakan gelanggang, bukan menentukan siapa yang boleh menang atau kalah.

    ReplyDelete
  58. ANWAR TIDAK MEMILIKI BUKTI KUKUH BAGI MENGAITKAN KEMENANGAN BN DENGAN PENIPUAN.. SEBAB ITU ANWAR HASUT RAKYAT SUPAYA BERHIMPUN..

    Walaupun Anwar tidak menerima keputusan pilihan raya, nampaknya KM P.Pinang dan MB Kelantan sudah pun mengangkat sumpah. Adakah mereka juga tidak terima keputusan PRU13? Kenapa mereka tidak bersetuju dengan Ketua Umum mereka dan turun bersama untuk memperjuangkan kononya hak Pakatan Rakyat yang lain?

    ReplyDelete
  59. ANWAR TIDAK MEMILIKI BUKTI KUKUH BAGI MENGAITKAN KEMENANGAN BN DENGAN PENIPUAN.. SEBAB ITU ANWAR HASUT RAKYAT SUPAYA BERHIMPUN..

    Selain daripada itu, tindakan Anwar menulis tweet, kononnya PR telah menang sebelum sebarang keputusan diumumkan adalah taktik Anwar untuk memburukkan proses pilihanraya. Ini bagi memastikan rakyat tertipu dengan taktik kotor beliau dan secara tidak langsung menggembirakan penyokongnya. Namun, setelah pengiraan secara teliti dibuat, ternyata mereka kalah dalam undi sehingga membuatkan penyokong PR yang sebelum ini rasa kecewa dengan keputusan yang rasmi.

    ReplyDelete
  60. ANWAR TIDAK MEMILIKI BUKTI KUKUH BAGI MENGAITKAN KEMENANGAN BN DENGAN PENIPUAN.. SEBAB ITU ANWAR HASUT RAKYAT SUPAYA BERHIMPUN..

    Inilah taktik Anwar Ibrahim, segala penipuan dan politik kotot digunakan bagi mengejar cita-citanya selama ini. Rakyat yang menyokong beliau nampaknya masih belum sedar bahawa mereka sekarang sedang ditipu dan dikaburkan pandangan mereka oleh Ketua Pembangkang ini..

    ReplyDelete
  61. SUSAH UNTUK MENGERTI DAN MENERIMA KATA-KATA LIDAH BERCABANG ANWAR! HE'S A DANGEROUS MAN! JANGAN BERMAIN DENGAN API.. NANTI KENE JILAT KANG...

    'CHARLATAN': He is out to use people for political gain, says ex-DAP man

    KUALA LUMPUR: DESCRIBING PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim as a "dangerous person", former DAP vice-chairman Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim said the opposition leader should accept the fact that Pakatan had lost the general election and that he would never become prime minister.





    ReplyDelete
  62. SUSAH UNTUK MENGERTI DAN MENERIMA KATA-KATA LIDAH BERCABANG ANWAR!NANTI KENE JILAT KANG...

    He said Anwar was going round trying to convince the people into believing that Pakatan should have been declared the rightful winner of the 13th General Election.

    "That is why I say he is a dangerous person. The people are being been duped into believing anything he says by his persuasive lies and deception.

    "He claims to do things in the name of democracy but he is only using the power that he has over his supporters for his own political gain."




    ReplyDelete
  63. SUSAH UNTUK MENGERTI DAN MENERIMA KATA-KATA LIDAH BERCABANG ANWAR!NANTI KENE JILAT KANG...

    Tunku Aziz reminded the people how Anwar had gone around alleging that the judicial system was flawed but changed his stand when the courts ruled in his favour.

    "He is a charlatan and a manipulator of truth who stops at nothing to serve his interests."

    Tunku Aziz urged the government to relook its position on cyberspace laws, which some people had been abusing for years by posting insidious and subversive comments.

    He said that such comments had subjected the government to a negative perception among many and the damage had become difficult to repair.

    ReplyDelete
  64. SUSAH UNTUK MENGERTI DAN MENERIMA KATA-KATA LIDAH BERCABANG ANWAR!NANTI KENE JILAT KANG...

    "This can be seen in the election results and the government should really act on it because laws should apply to all.

    "Each individual should be held responsible for what is written, be it in print or in cyberspace."

    Meanwhile, International Movement for a Just World president Dr Chandra Muzaffar also commented on how Malaysians were too gullible and this trait had been manipulated by unscrupulous politicians to gain political edge in spite of what the government had done for the people.

    ReplyDelete
  65. SUSAH UNTUK MENGERTI DAN MENERIMA KATA-KATA LIDAH BERCABANG ANWAR!NANTI KENE JILAT KANG...

    "Being educated and learned does not mean you are not susceptible to the deception of other people. It takes wisdom to differentiate between lies and the truth."

    Tunku Aziz and Chandra were asked to comment on the series of rallies by Pakatan leaders to protest against the so-called electoral fraud, which had led to Pakatan being denied victory in the general election.

    ReplyDelete
  66. pemimpin pakatan pembangkang enggan menerima keputusan pilihan raya umum ke-13 yang berpihak kepada Barisan Nasional (BN) sebagai 'hipokrasi yang sangat besar'.


    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tindakan pemimpin pakatan pembangkang enggan menerima keputusan pilihan raya umum ke-13 yang berpihak kepada Barisan Nasional (BN) sebagai 'hipokrasi yang sangat besar'.

    Najib yang juga Presiden Umno menempelak pembangkang kerana boleh menerima keputusan yang menguntungkan mereka walaupun mendakwa sistem pilihan raya kali ini tercemar dan berlaku penipuan.

    "Kalau sistem pilihan raya begitu tercemar, dinodai penipuan, kenapa angkat sumpah di Pulau Pinang, Kelantan dan tidak sabar-sabar mengangkat sumpah di Selangor? Kenapa terima (keputusan) di Permatang Pauh, Gelang Patah.

    ReplyDelete
  67. pemimpin pakatan pembangkang enggan menerima keputusan pilihan raya umum ke-13 yang berpihak kepada Barisan Nasional (BN) sebagai 'hipokrasi yang sangat besar'.


    "Tetapi kalau sistem yang sama di peringkat negeri dan pusat...kalau yang menguntungkan mereka, (mereka) terima keputusan. Kalau memihak kepada BN, tidak diterima. Inilah hipokrasi yang paling besar," katanya ketika berucap pada sambutan ulang tahun ke-67 Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, malam Sabtu.

    Najib berkata sebagai pengamal demokrasi, pembangkang sepatutnya menerima keputusan rakyat berdasarkan sistem yang diterima pakai mengikut perlembagaan negara.Sebelum pilihan raya umum lagi, Najib berkata beliau sebagai Pengerusi BN bersedia menerima apa jua keputusan yang dibuat oleh rakyat.

    ReplyDelete
  68. pemimpin pakatan pembangkang enggan menerima keputusan pilihan raya umum ke-13 yang berpihak kepada Barisan Nasional (BN) sebagai 'hipokrasi yang sangat besar'.

    "Mereka (pembangkang) yang banyak bersuara tentang demokrasi, mereka yang nyatakan bahawa rakyat yang akan tentukan segala-galanya...setelah pilihan raya berakhir, mereka enggan terima keputusan demokrasi Parlimen yang ditentukan rakyat Malaysia," tegasnya.

    Najib turut membidas pembangkang yang memberi pelbagai alasan akibat kekalahan pada PRU13 termasuk mendakwa BN membawa masuk ramai warga Bangladesh sebagai pengundi untuk memastikan kemenangan parti itu, selain mempertikai dakwat kekal yang sebelum ini dituntut oleh mereka untuk digunakan dalam sistem pilihan raya.

    ReplyDelete
  69. pemimpin pakatan pembangkang enggan menerima keputusan pilihan raya umum ke-13 yang berpihak kepada Barisan Nasional (BN) sebagai 'hipokrasi yang sangat besar'.


    "Mereka gembar-gembur pembohongan dalam media sosial, dalam cerita-cerita yang dibawa dari mulut ke mulut seolah-olah dongeng itu adalah kebenaran mutlak sehingga cerdik pandai pun termakan cerita. Inilah angkara dibuat pembangkang," katanya.

    Perdana menteri berkata daripada menyebarkan di media sosial, pembangkang sepatutnya membawa dakwaan mereka ke mahkamah, dan BN akan menerima apa sahaja keputusan yang dibuat.

    ReplyDelete
  70. pemimpin pakatan pembangkang enggan menerima keputusan pilihan raya umum ke-13 yang berpihak kepada Barisan Nasional (BN) sebagai 'hipokrasi yang sangat besar'.


    Dalam pada itu, Najib turut menempelak pemimpin pembangkang yang kemaruk kuasa dengan menyusahkan rakyat dan mencemarkan imej negara sedangkan telah gagal mengambil alih kepimpinan negara sejak empat pilihan raya lepas.

    "Jadi kalau buat kenyataan nak bersyarah di luar negara, pergilah. Jangan ditunggu-tunggu lagi. Sudah empat kali (gagal) masih hendak pertahankan jawatan. Sedangkan dalam kalangan kita, kalah sekali pun sudah letak jawatan.

    Inikah yang dikatakan mengamal demokrasi? Inikah yang perjuangkan sistem adil dan terbuka? Yang tiada rasuah dan nepotisme? Tetapi hari ini timbalan presiden parti itu tunjukkan memang berlaku nepotisme dalam parti. Ini 'double standard'," katanya.

    ReplyDelete
  71. Secara tidak rasminya Barisan Nasional telah pun membentuk kerajaan dengan mojoriti mudah. Syukur teramat sangat kerana apa yang diharapkan oleh kita semua rakyat Malaysia adalah kepimpinan Barisan Nasional untuk terus mentadbir negara bagi mengekalkan keamanan dan kesetabilan ekonomi.

    ReplyDelete
  72. PUTRAJAYA tetap dipertahankan oleh rakyat Malaysia pada PRU 13 kali ini dan ianya isyarat jelas buat pembangkang yang sebelum ini menyatakan bahawa mereka akan menang PRU 13 adalah satu kata kata kosong sepertimana dengan janji yang mereka tabur.

    ReplyDelete
  73. Apa pun kita mesti meraikan kemenangan Barisan Nasional yang menang PRU 13 ini. Slogan Inikalilah yang dibuat oleh DAP tidak menjadi realiti. Namun ingatlah semua terutama orang Melayu PRU 14 ianya menjadi lebih sengit buat kita dalam menentukan masa depan Malaysia ini.

    ReplyDelete
  74. SEJAK AWAL LAGI PEMBANGKANG RANCANG DEMONSTRASI JIKA BN MENANG???!!

    MELAKA - Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Idris Haron berkata pihaknya mengesan terdapat usaha pembangkang yang merayu dan melobi rakyat untuk menyertai demonstrasi sekiranya pakatan pembangkang tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.

    ReplyDelete
  75. HURU-HARA ADALAH TAKTIK PR!!!???

    Katanya, perbuatan itu dibimbangi akan mencetuskan huru-hara sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi PRU13.

    ReplyDelete
  76. BERKUASA MELALUI DEMONSTRASI ADALAH TAKTIK KOTOR PEMBANGKANG????!!!!

    "Ini berdasarkan pelbagai taktik kotor yang telah dilakukan mereka ketika tempoh berkempen. Antara slogan mereka jika gagal berkuasa melalui pilihan raya ialah mereka akan berkuasa melalui demonstrasi jalanan," katanya kepada pemberita selepas Program Sahabat Media Sosial Melaka di sini hari ini.

    ReplyDelete
  77. PEMBANGKANG TERTEKAN, SANGGUP BUAT APA SAJA???!!

    Beliau berkata tindakan itu jelas menunjukkan pembangkang berada dalam keadaan tertekan untuk mentadbir negara sehingga sanggup merancang mengadakan perkara di luar norma.

    ReplyDelete
  78. TIDAK IKTIRAF SPR, TAPI PEMBANGKANG TETAP IKUT BERTANDING???

    Katanya ia juga menunjukkan pembangkang seolah-olah tidak mengiktiraf peranan Suruhanjaya Pilihan Raya yang menjalankan proses pilihan raya dengan adil melalui sistem demokrasi di negara ini.

    ReplyDelete
  79. JANGAN TERMAKAN HASUTAN PEMBANGKAN!!

    Sehubungan itu, Idris yang juga calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Udang menggesa rakyat agar bijak membuat penilaian dalam menentukan pemimpin negara.

    ReplyDelete
  80. Thus, the set of serial objection is to be made by Anwar is baseless besides ridiculous.

    ReplyDelete
  81. And if Anwar still would want to reject the decision of the center, then Anwar must first reject the decision of the state and ordered all the assembly of the states won by PR dissolution.

    ReplyDelete
  82. Thus, if the assembly protested the election results to be held as planned, then Guan Eng and Ahmad Yakob must first dissolve the appointment in Penang and Kelantan as well as the PR should reject the decision in the state. Which might protest directed against states that BN won?

    ReplyDelete
  83. Grounds used by Anwar to make the protest electoral fraud also turned out to be strong. For example, the story about the existence of phantom voters 45,000 are of Bangladesh whereas before Anwar stated that phantom voters comes from Sabah and Sarawak.

    ReplyDelete
  84. However, when asked the PR lists in which electrical disturbances occur, they are not able to articulate. Similarly, the supposedly Bangladesh vote, they could not even tell where the ballot box, how many and how it can happen without protest from representatives of their own party.

    ReplyDelete
  85. UMNO information chief Datuk Ahmad Maslan today challenged the opposition to invite the Election Commission (EC) to explain their dissatisfaction over the 13th general election (GE13) results.

    ReplyDelete
  86. Ahmad, who is also Pontian member of parliament, said the issues raised by the opposition such as phantom voters, blackout and hiring foreigners to vote in the GE13 could be better explained and thrashed out through dialogues.

    ReplyDelete
  87. He said the explanations given could negate the opposition's baseless accusations, change public perception of the EC and stop the slander against the agency.

    ReplyDelete
  88. Ahmad suggested that the EC take legal action against the libelous accusations made against the agency as the country has a legal system that should be respected.

    ReplyDelete
  89. Bawa saja la tengok siapa manang

    ReplyDelete
  90. Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman has called for everyone, including opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim to accept the people's decision in the just-concluded general election and move forward for the good of the country.

    ReplyDelete
  91. Musa, who is state Barisan Nasional (BN) chairman, urged the opposition to stop making allegations of fraud on the part of the BN -- merely designed to instigate the people.

    ReplyDelete
  92. He said world leaders have accepted and even congratulated Prime Minster Datuk Seri Najib Tun Razak on BN's victory.

    ReplyDelete
  93. The police and the Election Commission (EC) should take legal action against Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim for organising a series of rally to protest against the 13th general election (GE13) results.

    ReplyDelete
  94. pihak yag kalah tetap tidak puas hati dan menuduh mcm2 terhadap SPR

    ReplyDelete
  95. Benarkan SPR telah menjaminkan PRU yang bersih?

    ReplyDelete
  96. Failkan ketidakpuasan hati anda ke mahkamah dan biar mahkamah yang putuskan.

    ReplyDelete
  97. Tapi bila mahkamah dah buat keputusan yang berpihak pada BN jangan pula banyak songeh ya:P

    ReplyDelete
  98. Pembangkang dijangka fail 30 petisyen berkaitan PRU-13

    Pakatan pembangkang dijangka memfailkan antara 20 hingga 30 petisyen di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang didakwa berlaku penipuan semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

    Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, pakatan pembangkang kini sedang mengenal pasti kawasan yang akan difailkan petisyen dan dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas keputusan PRU-13 digazetkan.

    Menurutnya, bagi DAP, mereka sudah melantik Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo mengetuai jawatankuasa untuk menjalankan kerja tersebut, manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas akan melantik pasukan mereka sendiri.

    "Tempat yang ada aduan berkaitan penipuan pilihan raya kita akan failkan petisyen selepas kajian mendalam dibuat dan kita akan umumkan juga," katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Ibu Wanita Gelang Patah di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


    ReplyDelete
  99. Tempoh 21 hari untuk fail petisyen selepas keputusan PRU diwarta - Jabatan Peguam Negara

    Pihak yang mempertikai keputusan pilihan raya umum ke-13 boleh memfail petisyen dalam tempoh 21 hari selepas keputusan pilihan raya diwartakan, menurut Jabatan Peguam Negara hari ini.

    Timbalan Peguam Cara Negara II, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata, Mahkamah Tinggi kemudian perlu menyelesaikan perbicaraan dalam tempoh enam bulan dari tarikh petisyen difailkan manakala rayuan di Mahkamah Persekutan juga harus diselesai dalam tempoh yang sama.
    "Bagi pihak kami, kami akan menangani petisyen pilihan raya apabila ia difailkan," katanya pada sidang media di lobi Jabatan Peguam Negara hari ini.

    Mengulas isu lain, beliau berkata terdapat beberapa laporan berhubung kejadian pengundi tidak dapat mengundi di beberapa tempat kerana dihalang pihak tertentu.

    Tun Abdul Majid berkata Jabatan Peguam Negara juga menerima aduan berkaitan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya yang didakwa melakukan kesalahan ketika bertugas pada hari pengundian.

    Beliau berkata semua aduan itu masih dalam siasatan polis.

    "Kebanyakan laporan polis yang diterima adalah berkaitan dengan dakwat kekal yang mudah tertanggal bila dibasuh," katanya.
    Tun Abdul Majid juga berkata terdapat laporan polis berhubung kes pemerhati sebuah parti politik diarah keluar oleh pegawai di tempat mengundi selama 30 minit selepas tamat tempoh mengundi dan sebelum pengiraan kertas undi.

    Pada sidang media itu, beliau turut mengumumkan bahawa dua individu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban esok atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap mangsa di depan bilik gerakan sebuah parti politik di Sikamat, Seremban. - BERNAMA

    ReplyDelete
  100. Anwar patut fail petisyen, bukan buat provokasi - Penganalisis politik

    Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan provokasi dengan meminta rakyat menolak keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu membuktikan Ketua Pembangkang itu kemaruk kuasa.

    Penganalisis politik, Mohd. Baharudin Othman berkata, sekiranya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan, beliau sepatutnya memfailkan petisyen bantahan dalam tempoh 21 hari.

    "Sekiranya Anwar benar-benar tidak setuju, pergilah lakukan siasatan di setiap negeri, kumpul maklumat, buat laporan polis, kemudian failkan petisyen.

    "Ini tidak, beliau telah mendahului sistem demokrasi yang diamalkan negara. Inilah yang orang kata gilakan sangat kuasa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

    ReplyDelete
  101. Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Hj Ruslan Kassim berkata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dilanda Blame Assignment Syndrome iaitu sikap yang tidak dapat menerima kekalahan dan meletakkan kesalahan kepada pihak lain di atas kekalahan Pakatan Pembangkang yang diterajuinya.

    ReplyDelete
  102. Menurut Ruslan, sikap Anwar yang secara terus-terusan cuba untuk menghasut rakyat dengan provokasi dan fitnah-fitnah yang tidak benar dengan menyalahkan Barisan Nasional (BN) dan Suruhanjaya Pilihanraya membuktikan bahawa beliau kini dijangkiti oleh sindrom tersebut.

    ReplyDelete
  103. “Hari ini kita dapat lihat dengan jelas tindak tanduk Anwar yang menghasut rakyat di seluruh negara kerana tidak dapat menerima kekalahan pembangkang setelah rakyat memutuskan untuk terus memilih BN sebagai peneraju negara.

    ReplyDelete
  104. “Sikapnya yang tidak dapat menerima kekalahan dan cuba meletakkan kesalahan di atas bahu orang lain cukup jelas bahawa beliau telah dijangkiti oleh sindrom tersebut,” ujarnya sinis

    ReplyDelete
  105. Tindakan Anwar yang cuba menghasut rakyat serta menganjurkan perhimpunan haram bagi membantah kemenangan BN dengan memfitnah SPR tidak telus dan sebagainya, ternyata melanggar prinsip demokrasi yang diperjuangkan Anwar selama ini.

    ReplyDelete
  106. “Beliau kata beliau seorang pejuang demokrasi, tetapi hari ini Anwar sendiri yang melanggar prinsip demokrasi dengan cuba mencetuskan gelombang bantahan rakyat secara besar-besaran untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

    ReplyDelete
  107. “Ini juga secara jelas memperlihatkan Anwar memperlekehkan serta menghina keputusan majoriti besar rakyat di negara ini yang membuat keputusan untuk memilih BN dan menolak politik kotor yang berasaskan fitnah dan pecah belah yang dibawa oleh pakatan pembangkang,” tegasnya.

    ReplyDelete
  108. Justeru itu, beliau meminta pihak berkuasa agar bertindak tegas terhadap Ketua Pembangkang yang kini dilihat cuba untuk mencetuskan huru hara di dalam negara dengan menabur fitnah serta provokasi kepada rakyat untuk membangkitkan sentimen kebencian terhadap BN sebagai sebuah kerajaan yang dipilih rakyat secara sah dalam PRU baru-baru ini.

    ReplyDelete
  109. “Jika pihak berkuasa membiarkan Anwar secara berterusan menghasut dan menyebarkan provokasi fitnah kepada rakyat, maka kita bimbangi ia boleh mencetuskan keadaan yang lebih serius yang boleh mengganggu gugat keamanan negara.

    ReplyDelete
  110. “Anwar kini boleh dilihat sebagai satu ancaman kepada keselamatan dan keharmonian negara dan pihak berwajib mestilah mengambil tindakan tegas bagi membendung sebarang kemungkinan berlakunya kejadian yang tidak diingini pada masa yang akan datang,” ujarnya.

    ReplyDelete