Tuesday 14 May 2013

BERI PELUANG MURUT UJI KREDIBILITI






Saudara Pengarang,

PRU-13 hampir dua minggu telah berlalu. Segala teka-teki dan persoalan telah terjawab bahawa BN terus utuh dan kekal menerajui tampuk pemerintahan Negara.

Namun jika dibandingkan dengan PRU-12, PRU-13 telah memperlihatkan penurunan prestasi BN yang masih gagal memperolehi mandat  2/3 kerusi di Dewan Rakyat.

Dengan perolehan kerusi sebanyak 133 di Dewan Rakyat (parlimen), Sabah dan Sarawak terus utuh sebagai penyumbang terbesar atau kekal sebagai ‘Fixed Deposit’ terhadap kemenangan BN untuk membentuk kerajaan.

Bagi Negeri Sabah, di bawah teraju oleh Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah masih meneruskan kecemerlangan dengan memperolehi mandat 2/3 bagi kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) dan menyumbangkan 22 kerusi Parlimen daripada 25 kerusi yang dipertandingkan.

Sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Musa telah membuktikan bahawa dinamika kepimpinan beliau (Musa) semua kerusi yang ditandingi BN atas kuota UMNO telah menang sepenuhnya; khususnya kerusi parlimen.

Pastinya mulut-mulut celupar yang mempertikaikan kepimpinan Musa telah terkatup dan terjelir lidah dengan pencapaian Sabah dalam PRU13 di bawah kepimpinan Musa.

Hakikatnya, Kabinet negeri Sabah telah pun dibentuk. Umumnya telah mengetahui barisan Kabinet yang dipilih untuk mengalas tanggungjawab kepada rakyat.





Bagi masyarakat suku kaum Murut di Pedalaman, khususnya Tenom pastinya rasa berbangga dengan perlantikan Datuk Radin Malleh sebagai Menteri Penuh bagi portfolio Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Negeri Sabah.

Namun apa yang diharapkan oleh masyarakat Murut di Negeri Sabah, khususnya yang berada di Pedalam seperti Tenom, Keningau, Nabawan, Pensiangan dan Sook yang mana majoritinya terus memberi kepercayaan kepada BN.

Ini terbukti  dengan kemenangan BN di kawasan-kawasan majoriti suku kaum Murut seperti Nabawan, Sook, Pensiangan, Kemabong dan satu-satunya kerusi Parlimen yang ditandingi oleh Suku Kaum Murut iaitu kerusi Parlimen P.181 Tenom yang diwakili oleh Datuk Raime Unggi telah berjaya meneruskan kecemerlangannya dengan mempertahankan kerusi BN kawasan Parimen Tenom bagi penggal ke-3 berturut-turut .

Sebagai satu-satunya wakil Rakyat dari suku kaum Murut di Dewan Rakyat, sudah sampai masanya pucuk pimpinan baik negeri mahupun pusat memberi  peluang kepada Datuk Raime Unggi untuk dilantik dalam mana-mana kementerian sama ada sebagai Menteri Penuh mahu pun Timbalan Menteri.

Sebagai  tanda penghargaan dan keprihatinan pucuk pimpinan terhadap sokongan masyarakat Murut kepada BN. Kini telah tiba masanya pucuk pimpinan perlu memberi perhatian dan peluang serta kepercayaan kepada suku kaum Murut untuk bersama-sama berada dalam arus perdana untuk bersama membangunkan Negara. 

Dengan adanya wakil suku kaum Murut dalam barisan kepimpinan Pusat pastinya bukan sahaja memberi impak yang besar tetapi ini akan menjadikan suntikan semangat dan penghargaan kepada suku kaum Murut berada dalam arus perdana dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Salam Hormat,

CUCU ANTANOM

No comments:

Post a Comment