Monday 6 May 2013

BN MENANG PRU-13 DENGAN MAJORITI MUDAH





Oleh : MUTALIB M.D

BARISAN Nasional telah memenangi 112 kerusi Parlimen dan berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah sementara menunggu 52 lagi keputusan rasmi setelah Pakatan Rakyat masih terikat dengan 58 kerusi, masing-masing DAP 29, PKR 17 dan PAS 12.

Bagaimanapun dua Presiden Parti Komponen Barisan Nasional, Tan Sri Bernard Dompok (UPKO) dan Datuk Liew Vui Keong (LDP) tumpas ditangan pendatang baru sekalipun BN dan parti masing-masing bekerja keras untuk memenangkan mereka.

Di Kerusi P 186-Sandakan Liew Vui Keong  hanya berjaya memperolehi 13,138 undi dan tewas kepada Calon DAP, Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh yang mendapat 14,226 undi.

Manakala Bernard Giluk Dompok hanya mendapat 12,382 undi dan tewas ditangan Ignatius Dorell Lieking (PKR) yang mendapat 22,598 undi meninggalkan calon STAR Melania @ Melanie Annol yang hanya memperolehi 1,119 (STAR).

Menurut keputusan tidak rasmi, BN Sabah mendapat 22 kerusi iaitu Sandakan, Penampang dan Kota Kinabalu kepada DAP (2) dan PKR.

Namun BN Sabah masih menjadi kerajaan Negeri Sabah setelah memperoleh 50 kerusi daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri.

BERITA LANJUT AKAN MENYUSUL

No comments:

Post a Comment