Saturday 4 May 2013

BUKAN ANTI BN, TETAPI ANTI MUIS?






SETIA....Jeffry masih setia dengan BN, tetapi Anti-Muis Picho.

Oleh: SHAIMON S JUMADI          Foto : SAFFIE S JUMADI

SEBATIK : Bercakap kepada Sabahkini.Net semasa  sesi wawancara khas, sejurus selepas lawatannya ke markas parti STAR, Calon Star DUN Sebatik, Dato Mohd Jeffry Rosman menjelaskan sekali lagi bahawa matlamatnya bertanding atas tiket STAR bukan anti BN atau anti UMNO.

“Saya bertanding hanya menentang Calon BN DUN Sebatik, Muis Picho dan menentang dasar-dasar kepimpinannya kerana walaupun menjadi ADUN selama satu penggal, namun beliau telah gagal membawa pembangunan di DUN Sebatik,” ujarnya.

Tegas Jeffry, beliau masih setia kepada Perdana Menteri Malaysia dan Datuk Seri Musa Hj Aman kerana dua  pemimpin ini merupakan pemimpin yang dinamik dan berjiwa rakyat.

"Cuma yang saya kesal kerana BN masih lagi memilih Muis sebagai calon BN bagi kali kedua seolah-olah tiada orang yang layak menggantikan Muis," kata Jeffrey yang kecewa kerana Muis bukan anak jati Sebatik, malah PATI IC Projek sebagaimana yang didedahkan dalam Sabahkini.net sebelum ini.





JETI....Ada jeti dibuat kerajaan tetapi dikenakan bayaran RM70. Mampukah penduduk Sebatik dan kenapakah mereka diperas?

“Saya bukan anti kerajaan BN, saya anti calon BN DUN Sebatik, Muis Picho. Sudahlah memiliki mykad atau kerakyatan songsang, tidak pandai buat kerja. Patut Perdana Menteri melawat ke Kampung Sungai  Sungai Pukul. Rakyat marah kerana terpaksa minum air perigi yang bercampur lumpur,” tambahnya lagi.

Kata Jeffry, jika beliau diberi mandat sebagai Wakil Rakyat, misi utamanya ialah menaik taraf semua kampung terpencil yang masih daif dan terpencil daripada pembangunan prasarana.

Sebagai contoh kata Jeffry, Kampung Air Lama langsung tiada bekalan elektrik, tetapi ada bekalan air. Begitu juga Kampung Melayu Sebatik, hanya sebahagian kecil penduduk yang mengecapi bekalan elektrik; selebihnya terpaksa menyambung bekalan elektrik daripada Indonesia.

Muis juga kata Jeffry langsung tidak mengendahkan keperitan penduduk Sebatik yang terpaksa membayar RM70 setiap kali menggunakan jeti di Sabindo, Tawau untuk berulang alik ke Sebatik.

No comments:

Post a Comment