Thursday 30 May 2013

CELCOM LABUR RM85 JUTA DI SABAH SARAWAK






KOTA KINABALU : Celcom Axiata Bhd akan melabur lebih RM85 juta bagi mengembang dan menaik taraf rangkaian di Sabah dan Sarawak dalam tempoh 12 hingga 18 bulan akan datang, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Shazalli Ramly.

Beliau berkata Celcom menyasar mempunyai tambahan 134 tapak menara generasi ketiga (3G) dan 150 lagi tapak menara teknologi telekomunikasi mudah alih evolusi jangka panjang (LTE) pada pertengahan 2014.

"Beberapa lokasi pertama berkeupayaan LTE di Sabah akan termasuk Jalan Taipakkung Donggongon, Jalan Lintas, Jalan Haji Samanl; Suria Sabah, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Jalan Kepayan, Jalan Sulaman 1 Borneo, Jalan Bunga Anggerik dan Jalan UMS," katanya.

Shazalli berkata Celcom, penyedia komunikasi mudah alih utama Malaysia akan sentiasa meneruskan pelaburan rangkaian di Sabah dan Sarawak.

Dalam tempoh tiga tahun lepas, syarikat itu melabur kira-kira RM300 juta dalam rangkaian di Sabah dan Sarawak yang termasuk memasang lebih 1,000 tapak menara baharu, menaik taraf kelengkapan 2G kepada satu platform rangkaian akses radio tunggal untuk menyediakan bagi keupayaan LTE di masa depan.

"Kami komited mengekalkan kedudukan kami yang mempunyai rangkaian terpantas dan terluas di Malaysia," katanya semasa mengumumkan promosi Celcom bagi Perayaan Kaamatan di sini, Rabu.

Celcom mempunyai projek jalur lebar yang sedang dilaksanakan bagi orang awam dengan objektif untuk membina 327 km gentian di Sabah dan 260 km gentian di Sarawak, yang mana merupakan projek pemasangan gentian terbesar di Malaysia. (Bernama)

No comments:

Post a Comment