Wednesday 22 May 2013

HOSPITAL KEHABISAN FILEM X-RAY?






NAIK TARAF.....Hospital ini perlu dinaik taraf kerana bilangan pesakit kian bertambah, manakala nisbah doktor terlalu berkurang.

Oleh : SHAIMON S JUMADI                   Foto : SAFFIE S JUMADI

KINABATANGAN : Hospital Kota Kibatangan perlu dinaik taraf seperti hospital-hopital lain yang terdapat di Sabah; terutama sekali  dari segi kelengkapan yang sangat tidak memuaskan berikutan jumlah pesakit semakin bertambah ramai.

Antara masalah yang dihadapi oleh hospital ini ialah kekurangan doktor yang amat meruncing kerana hanya mempunyai 4 orang doktor; termasuk Pengarahnya dan 2 orang lagi ialah Pembantu Perubatan (Medical Asisstant).

Masalah kedua yang  yang dihadapi ialah sering terputus stok filem X-Ray sehingga tidak dapat mengesan masalah orthopedik dan kemalangan jalan raya.

Perkara ini dijelaskan sendiri dua orang doktor dan beberapa orang jururawat di hospital yang meminta agar nama mereka tidak disiarkan kerana karenah birokrasi.

"Kami harap agar masalah yang kami hadapi dapat didedahkan untuk pengetahuan Pengarah Perubatan Negeri Sabah dan Kementerian Kesihatan Malaysia agar diambil tindakan segera kerana segala usaha kami melalui pentadbiran telah gagal,” kata Jurucakap hospital berkenaan.

13 comments:

  1. Sabah dan Sarawak mendapat perhatian Barisan Nasional (BN) dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dengan pelbagai projek infrastruktur dijanjikan untuk dibangunkan di kedua-dua negeri itu.

    ReplyDelete
  2. Antara projek yang dijanjikan ialah pembinaan Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 2,300km dari Sematan di Sarawak sehingga Serundung di Sabah, selain 2,500km jalan raya berturap akan dibina di Sabah dan 2,800km lagi akan dibina di Sarawak.


    ReplyDelete
  3. BN juga berjanji untuk membekalkan elektrik di kawasan luar bandar yang akan memanfaatkan 60,000 isi rumah di Sabah dan 80,000 isi rumah di Sarawak, selain bekalan air bersih kepada 320,000 isi rumah di seluruh negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga bekalan asas sentiasa mencukupi.

      Delete
  4. Daripada segi kesihatan, BN menjanjikan untuk menubuhkan Pusat Kanser dan Pusat Jantung di hospital-hospital utama di Sabah dan Sarawak, selain memperbaiki akses untuk pendidikan berkualiti bagi komuniti kecil dan kawasan luar bandar terutamanya di kedua-dua negeri itu.


    ReplyDelete
  5. Dalam aspek ekonomi dan memastikan usahawan Bumiputera tidak keciciran, BN berjanji untuk terus menyediakan peluang-peluang perniagaan, ekosistem yang kukuh dan sokongan institusi.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Peluang akan diberi, ini juga terpulang sama ada belia menghargai peluang yang diberi.

      Delete
  6. Selain itu, BN juga akan meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20 peratus daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah, Sarawak, Te-rengganu, Kelantan dan Pahang.


    ReplyDelete
  7. Dalam merancang jaringan keselamatan sosial, BN berjanji untuk mewartakan semua tanah adat menerusi perundingan bersama dengan kerajaan-kerajaan negeri.


    ReplyDelete
  8. Rakyat harus sentiasa diutamakan.

    ReplyDelete
  9. Masalah kedua yang yang dihadapi ialah sering terputus stok filem X-Ray sehingga tidak dapat mengesan masalah orthopedik dan kemalangan jalan raya.

    Pengarah perubatan harus mengambil langkah yang sewajarnya.

    ReplyDelete
  10. kemudahan haruslah lengkap

    ReplyDelete