Friday 10 May 2013

'HUNGER GAME' DI PASAR KIM FUNG SANDAKAN?






Saudara Pengarang,

SETELAH mendapat aduan awam, saya bersama Penyelaras Angkatan Rakyat Muda Parti Rakyat Malaysia (Sandakan) Kwan Chew Git  telah membuat tinjauan di Pasar Kim Fung, Batu 4, Sandakan.

Menurut aduan penjaja dan orang awam, mereka sering tergelincir dan cedera kerana struktur laluan awam di Gerai Ikan Pasar Kim Fung, Batu 4, Sandakan dibina secara 'Split Level' iaitu tidak sekata sehingga menjadi perangkap maut.

Walaupun aduan telah dibuat secara rasmi kepada Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dan Mantan Ahli Parlimen, V.K.Liew; namun MPS dan V.K Liew tidak pernah melawat atau tidak mempedulikan langsung aduan yang dianggap remeh, sekalipun pernah disiarkan Akhbar Cina tempatan.

Mungkinkah Jurutera MPS yang mereka bentuk lantai dan laluan pasar berkenaan menggunakan Ijazah Palsu atau mencipta laluan maut ala 'Hunger Game' atau ada sesuatu yang tidak kena dengan Ahli Majlis Perbandaran yang kurang peka dengan keselamatan awam kerana terlalu memburu komisyen projek?

Salam Hormat,

WONG KAH KIET
Penyelaras Angkatan Rakyat Muda

No comments:

Post a Comment