Tuesday 21 May 2013

IC PROJEK 12 KALI GANDA DI SABAH?






IC BIRU ....Sebanyak 5,373 pendatang di Sarawak telah dikeluarkan IC biru sejak 1963 ke 2012, kata Abu Bakar.

Oleh : BOO SU-LYN

KOTA KINABALU : Kira-kira 66,000 pendatang haram di Sabah diberi kad pengenalan (IC) biru sejak 1963, jumlah yang besar 12 kali ganda lebih banyak dari Sarawak, dedah saksi Suruhanjaya Inkuiri Diraja (RCI), kelmarin.

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negeri Sarawak, Datuk Abu Bakar Mat memberi keterangan kelmarin seramai 5,373 pendatang di Sarawak telah diberi IC biru daripada 1963 hingga 2012.

“Di Sabah, ia sebanyak 66,000. Perbezaan sangat ketara,” kata pengawai penyelaras Manoj Kurup semasa memberi jawapan balas.

“Kedudukan di Sarawak berbeza dari Sabah... geografi adalah punca kebanjiran pendatang. Ini tidak berlaku di Sarawak,” kata Abu Bakar.

Beribu-ribu pelarian Filipina melarikan diri ke Sabah pada tahun 1970-an untuk menyelamatkan diri daripada perang saudara Jolo di selatan.

Sempadan laut Sabah juga telah diceroboh pada Februari lalu apabila sekumpulan lelaki bersenjata daripada Sulu menyerang Lahad Datu yang terletak di pantai timur negeri tersebut, dimana masuk di sana kurang satu jam menerusi bot dari selatan Filipina.

Sarawak, bagaimanapun, bersempadan dengan wilayah Kalimantan, Indonesia.

Kira-kira 28 peratus daripada 3.2 juta penduduk yang besar di Sabah adalah warga asing, sejumlah besar 889,000 orang.

Kemasukan pendatang asing tanpa izin telah menimbulkan kemarahan masyarakat pribumi Sabah seperti Kadazandusun dan Murut (KDM), ramai daripada mereka merasakan kedaulatan negeri Borneo tersebut  telah dirompak ekoran kebanjiran warga asing dari Filipina dan Indonesia.

Presiden UPKO Tan Sri Bernard Dompok tewas di kerusi Parlimen Penampang, kawasan majoriti KDM, pada pilihan raya 5 Mei baru-baru ini.

Beberapa warga asing Pakistan dan India juga pernah memberi keterangan di RCI bagaimana mereka mendapat kad pengenalan biru dalam tempoh beberapa tahun selepas tiba di Sabah dan kemudiaannya mengundi dalam pilihan raya.

RCI lima orang panel yang berlangsung dipengerusikan oleh bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, ia bersambung semula lewat petang kelmarin.

51 comments:

  1. PESAN BEKAS ORANG KANAN ANWAR, PERLU TUNGGU HASIL SIASATAN SEBELUM BUAT SPEKULASI ATAU KESIMPULAN

    Rakyat Malaysia samada di Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak perlu menunggu hasil siasatan dari Suruhanjaya Siasatan Diraja sebelum membuat apa-apa spekulasi dan kesimpulan mengenai motif di sebalik pemberian kad pengenalan Malaysia kepada pendatang asing pada masa lampau. Ini bagi membolehkan rakyat mendapat gambaran jelas tentang apa sebenarnya berlaku.

    ReplyDelete
  2. PESAN BEKAS ORANG KANAN ANWAR, PERLU TUNGGU HASIL SIASATAN SEBELUM BUAT SPEKULASI ATAU KESIMPULAN

    Sekiranya testimoni dari sesetengah pihak diterima bulat-bulat sebagai perkara sebenar, kita mungkin terperangkap dengan mempercayai sumber yang belum tentu sahih daripada satu hakikat kebenaran yang rumit. Lagipun, kenyataan oleh beberapa saksi pada hari ketiga siasatan telah disangkal oleh testimoni berikutnya pada hari keempat dan kelima. Perkara sebegini merupakan kebiasaan dalam siasatan yang dikendalikan secara terbuka dan berhemah.

    ReplyDelete
  3. PESAN BEKAS ORANG KANAN ANWAR, PERLU TUNGGU HASIL SIASATAN SEBELUM BUAT SPEKULASI ATAU KESIMPULAN

    Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak telah mengambil langkah berani dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat isu kontroversi yang telah menjadi perbalahan dalam politik di Sabah selama lebih dari tiga dekad.

    ReplyDelete
  4. PESAN BEKAS ORANG KANAN ANWAR, PERLU TUNGGU HASIL SIASATAN SEBELUM BUAT SPEKULASI ATAU KESIMPULAN

    Langkah ini menunjukkan kesediaan Kerajaan untuk menerima kebenaran tanpa mengira implikasi yang bakal ditimbulkan. Kebenaran yang bakal terungkai dari hasil siasatan ini akan membebaskan penduduk Sabah yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama dari keraguan dan syak wasangka yang telah menjadi duri dalam daging kepada hubungan etnik di Sabah.

    ReplyDelete
  5. PESAN BEKAS ORANG KANAN ANWAR, PERLU TUNGGU HASIL SIASATAN SEBELUM BUAT SPEKULASI ATAU KESIMPULAN

    Namun demikian, dalam konteks ini, rakyat tidak seharusnya terlepas pandang mengenai satu aspek kritikal dalam pemberian hak kerakyatan kepada warga asing;iaitu sejumlah besar daripada pendatang asing yang memegang kad pengenalan merupakan mangsa perang berlarutan di Mindanao yang telah melarikan diri dari tempat asal untuk berlindung di Sabah sejak tahun 70-an. Aspek kemanusiaan ini merupakan pertimbangan utama dalam pemberian hak kerakyatan, terutamanya untuk negara seperti Malaysia, sebuah negara yang berpegang teguh kepada keadilan dan berbelas kasihan.

    ReplyDelete
  6. PESAN BEKAS ORANG KANAN ANWAR, PERLU TUNGGU HASIL SIASATAN SEBELUM BUAT SPEKULASI ATAU KESIMPULAN

    Menyorot kembali sejarah kemerdekaan negara pada tahun 1957, sejumlah satu juta penduduk Cina dan India yang bermastautin di Malaya telah diberi kerakyatan dalam sekelip mata. Ini berasaskan beberapa faktor tertentu seperti peranan dan kepentingan mereka dalam sektor ekonomi iaitu getah dan bijih timah, ancaman pemberontak komunis dan yang paling utama ialah perpaduan kaum yang telah disyaratkan oleh British untuk Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

    ReplyDelete
  7. PESAN BEKAS ORANG KANAN ANWAR, PERLU TUNGGU HASIL SIASATAN SEBELUM BUAT SPEKULASI ATAU KESIMPULAN

    Sebagaimana pandangan dari Tun Dr. Mahathir Mohamad, kepimpinan UMNO pada masa tersebut juga telah bersedia untuk mengenepikan pemberian hak kerakyatan secara konvensional dalam usaha untuk menarik semua penduduk Tanah Melayu untuk turut sama memperjuangkan kemerdekaan.

    ReplyDelete
  8. PESAN BEKAS ORANG KANAN ANWAR, PERLU TUNGGU HASIL SIASATAN SEBELUM BUAT SPEKULASI ATAU KESIMPULAN

    Pendekatan ini amat berbeza dengan kepemimpinan negara berbilang kaum lain dimana dikotomi atau pengasingan telah wujud di antara pribumi dan bukan pribumi hasil dari pemerintahan penjajah seperti Indonesia dan Myanmar. Di negara-negara seperti itu, peraturan pemberian kerakyatan amat ketat bagi memastikan asimilasi antara komponen kaum yang wujud.

    ReplyDelete
  9. PESAN BEKAS ORANG KANAN ANWAR, PERLU TUNGGU HASIL SIASATAN SEBELUM BUAT SPEKULASI ATAU KESIMPULAN

    Sebaliknya di Malaysia, pemberian hak kerakyatan kepada kaum bukan Melayu dan bukan Bumiputera telah mengubah lanskap negara sama sekali. Tanah Melayu yang telah wujud melalui Kesultanan Melayu sejak berkurun lamanya kini cumalah satu komuniti kaum Melayu di dalam pelbagai komuniti kaum lain yang wujud dalam negara.

    ReplyDelete
  10. PESAN BEKAS ORANG KANAN ANWAR, PERLU TUNGGU HASIL SIASATAN SEBELUM BUAT SPEKULASI ATAU KESIMPULAN

    Dalam erti kata lain, pemberian hak kerakyatan secara mudah kepada orang Cina dan India telah mengubah sifat dan ciri utama pembangunan negara. Disebabkan inilah, cabaran terbesar negara sejak 55 tahun yang lalu adalah menyesuaikan hak orang Melayu yang merupakan penduduk asal Tanah Melayu dengan kepentingan bukan Melayu melalui integrasi kaum memandangkan kesemuanya merupakan rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  11. PESAN BEKAS ORANG KANAN ANWAR, PERLU TUNGGU HASIL SIASATAN SEBELUM BUAT SPEKULASI ATAU KESIMPULAN

    Jika dilihat dari satu sudut, perkara yang sama juga berlaku di Sabah, di mana penduduk Sabah turut melalui satu perubahan akibat dari pemberian hak kerakyatan kepada pelarian daripada negara jiran. Kaum Bumiputra bukan Islam yang merupakan kaum terbesar di Sabah sewaktu pembentukan Malaysia pada tahun 1963, telah hilang majoritinya kepada Bumiputra Islam. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan bimbang dan runsing penduduk yang terdiridari kalangan pelbagai kaum dan situasi ini haruslah ditangani dengan bijak dan berempati.

    ReplyDelete
  12. PESAN BEKAS ORANG KANAN ANWAR, PERLU TUNGGU HASIL SIASATAN SEBELUM BUAT SPEKULASI ATAU KESIMPULAN

    Menyeimbang dan mengharmonikan kepentingan kedua segmen Islam dan bukan Islam serta elemen Bumiputra dalam perkara ini memerlukan ketangkasan dan kebijaksanaan kepimpinan negara. Dalam perkara ini, negeri Sabah amat beruntung kerana mempunyai tokoh pemimpin seperti Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang dikenali kerana kematangan fikiran beliau dan pengalaman politik yang luas telah berjaya mengekalkan keharmonian kaum dan agama di Sabah.

    ReplyDelete
  13. Ini menunjukkan bilangan penduduk asing masih banyak lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jumlah ini semakin meningkat.

      Delete
    2. Susah jikalau tidak dikawal dari semasa ke semasa.

      Delete
  14. This is a bad thing for us.

    ReplyDelete
  15. All Barisan Nasional (BN) component parties should merge to become only one party in order to win back the people’s support and avoid racial problems, said Gerakan acting president Datuk Chang Ko Youn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PRU13 menyebabkan ketegangan antara kaum dan bangsa.

      Delete
  16. He said this proposed transformation was apt to be undertaken by BN after its dismal performance in the recent 13th general election (GE13), so as to fulfil the aspirations of the people, especially the young generation.

    ReplyDelete
  17. It will also be in line with the changing political scenario after GE13, which showed young people’s inclination to support a party and not the candidates chosen to contest in the elections.

    ReplyDelete
  18. Universiti Malaysia Sabah (UMS) Labuan International Campus will continue to prepare its students with the necessary skills, competency and knowledge to serve the population with diverse social, ethnic, economic and educational experiences.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga belia juga berkeupayaan meningkatkan skill untuk bersaing.

      Delete
  19. To realise its objectives, a number of important topics related to marketing issues and consumer behavior had been presented in a just-concluded seminar, with its final-year students given opportunity to access their ability, identify weaknesses and expose them with well-organised study plans before entering the job market.

    ReplyDelete
  20. BN JUJUR SELESAIKAN ISU PATI DI SABAH

    Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah merupakan manifestasi jelas membuktikan keikhlasan Barisan Nasional (BN) menyelesaikan masalah itu.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN berkata RCI perlu dilihat secara positif dan kredit harus diberikan kepada BN atas usaha tersebut.
    "Kita tidak boleh melihat hasil berdasarkan seorang saksi. Terdapat seramai 167 saksi yang akan dipanggil. Oleh itu, jangan kita membuat kesimpulan. Biarkan prosiding dijalankan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam Khamis.

    Najib berkata memberi kerakyatan asalkan mengikut undang-undang bukan satu kesalahan, malah banyak negara lain juga memberikan kewarganegaraan.

    "Jangan beritahu saya anda tidak tahu, anda tahu. Biarlah Suruhanjaya menjalankan kerja dan menyelesaikannya," katanya ketika diminta mengulas mengenai RCI dan pendatang asing tanpa izin di Sabah. Ditanya sekiranya, RCI akan menjejaskan pilihan raya umum akan datang, Najib berkata: "Selagi rakyat tidak putar belitkan dengan cara yang salah,"

    "Sila terima RCI sebagai usaha ikhlas untuk menyelesaikan masalah ini yang menjadi kebimbangan ramai rakyat Sabah. Kami telah memutuskan untuk menyelesaikan masalah ini.

    "Permintaan terhadap RCI telah dibuat parti komponen BN di Sabah dan sebagai pengerusi BN, saya menghormati permintaan itu," tambah Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  21. The establishment or reinvention of university is not merely an institutional makeover. Rather, it is being driven by multiple and competing pressures.

    ReplyDelete
  22. RCI tangani isu PATI di Sabah

    Suruhanjaya Siasatan (RCI) Pendatang Asing di Sabah berperanan membantu kerajaan menyelesaikan masalah yang mampu menjejaskan kesejahteraan dan keharmonian di negeri itu.

    Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Saripuddin Kasim berkata, menerusi RCI itu kerajaan berharap rakyat Sabah akan bersama-sama mencari strategi dan pendekatan terbaik bagi menangani masalah pendatang tanpa izin di negeri tersebut.

    Menurutnya, pada 21 September tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyerahkan watikah pelantikan kepada Pengerusi dan anggota jawatankuasa suruhanjaya itu di Putrajaya.

    "Suruhanjaya terbabit dipengerusikan bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, Setiausaha RCI iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Saripuddin Kasim dan dianggotai bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. Kamaruzzaman Ampon.

    "Turut menganggotai suruhanjaya itu ialah bekas Peguam Besar Sabah, Tan Sri Herman Luping, bekas Setiausaha kerajaan negeri Sabah, Datuk K. Y. Mustafa dan Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia yang juga Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Henry Chin Poy Wu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    ReplyDelete
  23. RCI mungkin akhirnya selesaikan masalah pendatang tanpa izin, kata BN Sabah

    Beberapa pemimpin Sabah mengatakan masalah pendatang tanpa izin di negeri tersebut dapat diselesaikan, sambil mengenepikan tuduhan dari parti pembangkang mengenai kontroversi “Projek IC” pada sekitar 1980an.
    Bercakap kepada The Malaysian Insider malam semalam, mereka mengetahui bahawa dakwaan wujudnya “pemberian kewarganegaraan untuk undi” kepada pendatang tanpa izin mungkin menyukarkan peluang mereka dalam pilihan raya akan datang.
    Tetapi mereka mengatakan ini adalah bukti keikhlasan Datuk Seri Najib Razak dan kejujuran BN untuk mengakhiri masalah selama empat dekad ini. Selepas bertahun-tahun parti-parti BN Sabah, pembangkang dan kumpulan badan bukan kerajaan melobi, akhirnya perdana menteri bersetuju untuk menubuhkan inkuiri Suruhanjaya DiRaja (RCI) untuk menyelesaikan masalah itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semasa sesi inkuiri semalam, dua bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengakui tentang “Projek IC” adalah wujud, dan digunakan untuk meningkatkan penduduk Islam dan membantu kerajaan untuk kekal dalam kuasa.

      Inkuiri diberitahu kira-kira 100,000 kad pengenalan biru diberikan kepada pendatang di Sabah, yang juga diberi resit JPN, iaitu dokumen sementara untuk membenarkan mereka mengundi dalam pilihan raya negeri 1994.

      Bekas menteri, arwah Tan Sri Megat Junid Megat Ayub disebut namanya semasa inkuiri oleh bekas pengarah JPN Sabah Ramli Kamarudin dan bekas pembantu pendaftarnya Kee Dzulkifly Kee Abdul Jalil, yang menjadi sumber kepada isu kad pengenalan dan hak mengundi.
      “Saya boleh katakan, RCI inilah yang kita perjuangkan selama ini. Terdapat pengakuan dari pihak pembangkang apabila panel ini ditubuhkan, mereka tidak bersikap positif tentang perkara ini.

      “Tapi di sini, mereka disapina sebagai saksi, mereka adalah saksi yang ada kredibiliti,” kata setiausaha agung United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO), Datuk Wilfred Madiu Tangau apabila dihubungi The Malaysian Insider.
      “Saya fikir, dari apa yang mereka katakan, kita jangkakan lebih banyak lagi yang akan didedahkan,” kata ahli politik yang juga akan menjadi saksi kepada panel tersebut.

      Delete
    2. Ketua penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Johnny Mositun turut mengeluarkan nada yang sama, mengatakan BN tidak takut memberi bukti dalam kehadiran pendatang tanpa izin di Sabah serta peningkatan mendadak yang tidak dapat dikawal.

      Beliau menambah, dakwaan mengenai “Projek IC” pada masa lalu akhirnya didedahkan, terutamanya ketika petisyen pilihan raya Likas yang kesnya dibawa ke mahkamah tinggi, tetapi tidak ada tindakan diambil.

      “Saya fikirkan kerajaan kita jujur dengan RCI, saya berharap siasatan ini dibawa secara tersusun, buktikan ini berlaku supaya kita dapat selesaikan untuk kebaikan bersama,” katanya lagi.

      Delete
    3. Tetapi terdapat juga pemimpin mengatakan tujuan suruhanjaya diraja ini bukan bertujuan untuk “memburu” dan menghukum mereka yang terlibat dalam isu ini.

      Mereka mengatakan prosiding RCI tidak seperti kes mahkamah di mana para saksi dapat menyoal balas pihak yang menuduh untuk mempertahankan diri.

      Setiausaha agung BN Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan menyeru semua pihak tidak “terus terburu-buru” dan menunggu keputusan panel RCI sehingga proses tersebut selesai dan menanti cadangan mereka.

      “Saya tak mahu dilihat sebagai prejudis, tetapi fikirkan apa akibatnya sebelum kamu memberi pandangan.

      “Seseorang boleh terus menuduh ini salah orang itu dan salah orang ini dan pada akhirnya siapa yang perlu dipersalahkan,” katanya lagi, menambah bahawa tuduhan setakat ini ke atas Megat Junid, yang sudah meninggal dunia.

      Delete
    4. Semalam, Ramli berkata Megat Junid, yang merupakan timbalan menteri dalam negeri, pada tahun 1994 menyuruh beliau untuk memberi resit JPN kepada pendatang tanpa izin dan kad pengenalan kepada pengundi yang berdaftar.

      “Kami beri mereka (pendatang) RM20,” Ramli memberitahu panel inkuiri semalam.
      “Kami ajar mereka bagaimana untuk mengundi, kami kumpulkan mereka di rumah. Kami hantar mereka ke pusat mengundi dengan bas. Kemudian kami hantar mereka pulang dan kita kutip kembali resit. Resit itu hanya untuk mengundi. Kami tak berikan mereka kad pengenalan,” katanya lagi.

      Ramli berkata kira-kira 200 resit JPN dikeluarkan di lima atau enam kawasan dewan undangan negeri di Sabah yang dianggap “kawasan hitam yang sukar untuk kerajaan menang.”
      Ramli, yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 1995 hingga 1997, menolak beliau menerima rasuah.

      “Ini adalah arahan dari timbalan menteri dalam negeri sendiri, walaupun saya akui ia adalah salah,” katanya lagi.

      Beliau menambah arahan tersebut diberikan dalam pertemuan dengan Megat Junid, Datuk Seri Osu Sukam dari Umno (yang kemudiannya menjadi ketua menteri Sabah tahun 1999) dan seorang pegawai pendaftar JPN bernama Asli Sidup, di Hotel Hyatt, Kota Kinabalu, dua minggu sebelum pilihan raya 1994.

      “Resit tersebut untuk mengundi. Selepas itu, kami kutip resit tersebut dan musnahkannya,” kata Ramli.

      Delete
    5. Asli memberi keterangan kemudian bahawa 200 resit JPN digunakan di kawasan dewan undangan negeri Kawang pada pilihan raya negeri 1994, dimana Osu menang dengan hanya 64 undi.

      Pada tahun 1994 menyaksikan Parti Bersatu Sabah (PBS) memenangi cuma 25 dari 48 kerusi dewan undangan negeri.

      Tetapi beberapa ahli dewan undangan negeri PBS melompat parti ke BN, menyebabkan kerajaan PBS tumbang.

      Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003, dituduh menjadi dalang dalam “Projek IC”, dimana kewargenegaraan diberikan kepada pendatang untuk mengundi.

      Tetapi bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri tersebut dari 1976 hingga 1985 menafikan pada Selasa lalu kewujudan “Projek IC”.

      Pengerusi RCI ini Tan Sri Steve Shim Lip Kiong meneruskan inkuiri hari ini.

      Delete
    6. Sabah mempunyai 926,638 pengundi, menurut laporan akhbar berbahasa Inggeris The Star pada Jun lalu.

      Isu pendatang tanpa izin ini menimbulkan kemarahan di kalangan orang asal di Sabah seperti Kadazandusun dan Murut (KDM), yang merasakan kedaulatan negeri mereka dirampas oleh kebanjiran pendatang tanpa izin seperti Filipina dan Indonesia.

      Sudah bukan menjadi rahsia lagi penduduk Sabah marah dan mahu pendatang ini pulang ke negeri asal, mereka juga menuduh kumpulan ini merampas peluang pekerjaan mereka dan meningkatkan masalah sosial, ekonomi dan keselamatan negeri.

      Statistik terkini pada bancian 2010 menunjukkan populasi penduduk Sabah meningkat 390 peratus dari 636,431 penduduk pada 1970 kepada 3,120,040 pada 2010 -- lebih dua kali ganda dari pertambahan penduduk negara iaitu 164 peratus.

      Dari 3.12 juta rakyat Sabah hari ini, laporan menunjukkan 27 peratus adalah pendatang asing.

      Delete
  24. Walau apapun yang dipaparkan oleh media, kita masih perlu menunggu prosiding ini selesai barulah kita buat kesimpulan.

    ReplyDelete
  25. MEMANG TERUK PENANGAN PROJEK IC NI

    ReplyDelete
    Replies
    1. RCI akan membuat laporan. Kami menantikannya.

      Delete
  26. PATI harus dihantar balik ke negara asal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga golongan ini tidak membawa masalah yang tidka terkawal.

      Delete
  27. Dalang projek ic harus dikesan.

    ReplyDelete
  28. Mereka sanggup buat apa sahaja demi mengekalkan kuasa.

    ReplyDelete
  29. Kerajaan harus mengambil langkahyang benar efektif.

    ReplyDelete
  30. semoga kerajaan dapat menangani masalah PATI di Sabah

    ReplyDelete
  31. harap perlaksanaan RCI dapat menyelesaikan isu ini

    ReplyDelete
  32. rakyat menaruh harapan tinggi dengan RCI, semoga ianya dapat memberi kesan positif kepada Sabah

    ReplyDelete
  33. yakin bahawa RCI dapat mencari penyelesaian ke atas masalah PATI

    ReplyDelete
  34. betul, kemasukan pendatang asing tanpa izin telah menimbulkan kemarahan masyarakat pribumi Sabah seperti Kadazandusun dan Murut (KDM), ramai daripada mereka merasakan kedaulatan negeri Borneo tersebut telah dirompak ekoran kebanjiran warga asing dari Filipina dan Indonesia.

    ReplyDelete
  35. Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan pemberian status warganegara
    kepada warga asing di Sabah dan menegaskan ia dilakukan kerana mereka
    berhak dan dilaksanakan mengikut lunas undang-undang

    ReplyDelete
  36. Mahathir berkata selagi seseorang individu tersebut memenuhi syarat
    seperti fasih bertutur dalam bahasa Melayu dan menetap di Malaysia
    mereka berhak untuk mendapat status sebagai rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  37. Kerajaan menerima warga asing jadi warganegara jika memenuhi syarat
    tertentu, malahan mereka yang berada di sana bukan satu dua hari tetapi
    sudah 20-30 tahun dan mereka bercakap bahasa Melayu berhak jadi rakyat
    Malaysia,”

    ReplyDelete