Saturday 18 May 2013

INGAT JASA MELAYU DI BATU SAPI.







Saudara Pengarang,

AHLI Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin diingatkan agar jangan lalai dengan kemenangannya di Parlimen Batu Sapi pada PRU-13 adalaah atas jasa orang Melayu di Batu Sapi.

Dalam susunan pegawai khas parlimen, Linda seharusnya meletakkan pegawai dari kalangan orang Melayu yang berpotensi agar wujud kestabilan kaum dalam pentadbiran tersebut; tidak seperti sebelumnya, iaitu Linda mementingkan kaum Cina untuk memonopoli semua jawatan di Pejabat Parlimen.

Tanpa Linda sedar atau berpura-pura tidak tahu, pegawainya, Kong Lok Tau mengalahkan peranan Linda sebagai Ahli Parlimen yang lanagsung tidak prihatin terhadap rakyat marhaen di Batu Sapi.

Harus diingat, calon PAS, Haji Hamzah Abdullah Tidak pernah mendapat undi sebanyak 9,000 lebih dalam sejarah beliau bertanding sebelum ini.

Namun pada PRU-13 yang lalu, Hamzah berjaya mendapat sokongan orang Cina dan Linda menang hanya kerana undi Orang Melayu di Batu Sapi, manakala Cina dan Bumiputera bukan Islam memberi sokongan padu kepada PAS.

Oleh itu, jika Linda lupa diri dan terlalu membiarkan Kong Lok Thau bermaharaja lela menindas Orang Melayu, maka jangan terkejut pada PRU akan datang, kami akan membalas jasa baik kamu dengan memilih pembangkang.

Salam Hormat,

MOHD ASRI MOHD RAZAK

No comments:

Post a Comment