Thursday 2 May 2013

JANANG GAYUH TIDAK PENTING






Oleh : ABU BAKAR ESAH

BEAUFORT : Memperjuangkan generasi masa depan kaum Bisaya itu lebih penting daripada mempertahankan gelaran Janang Gayuh, kata calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Beaufort.

Datuk Azizah Mohd Dun ketika menyuarakan perkara itu berkata faktor penting yang dapat membawa kebaikan kepada masyarakat ialah kepimpinan yang baik dan bukannya mengagung-agungkan sesuatu gelaran.

“Matlamat perjuangan kita sebagai pemimpin ialah untuk memajukan masyarakat kita dan ianya lebih penting daripada gelaran Janang Gayuh,” katanya.

Sehubungan itu beliau mengingatkan agar kaum Bisaya tidak terpedaya dengan sentimen halus perkauman yang dimainkan oleh calon pembangkang yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Panglima Lajim Ukin.

Lajim mendapat gearan Janang Gayuh melalui Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) yang diterajuinya.

Azizah yang satu-satunya Exco Wanita Pergerakan Wanita Umno Malaysia bertanding kerusi Parlimen pada PRU-13 ini berkata demikian pada majlis Ramah Mesra Rakyat Bersama Calon BN Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun dan Dun Klias, Isnin Aliasnih di Dewan Kg Kebulu, Beaufort.

Hadir sama, Ketua Bahagian PBS Dun Klias, James Digi, Naib Ketua Umno Bahagian Beaufort, Kimjus Duin, Setiausaha Umno Beaufort, Jali Nordin, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Beaufort, Ishak Ibrahim, Ketua Puteri Umno Beaufort, Saridah Mohd Dun, KDM Kebulu, Dulakim Padi dan pemimpin masyarakat setempat.

Berucap pada majlis yang mendapat sambutan ramai penduduk itu Azizah meminta penduduk memberi sokongan yang padu kepada calon BN bagi memastikan kelancaran pembangunan tidak tergendala.

“BN telah banyak membawa kebaikan kepada kita selama ini. Justeru itu kita perlu memberi mandat kepada BN agar program pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan menjadi kenyataan,” katanya.

No comments:

Post a Comment