Monday 20 May 2013

JANGAN PERSIAKAN MANDAT RAKYAT






SOKONGAN... Nasir (kanan) bersalaman dan mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Bahagian UMNO Semporna, Abd.Rashid Mamun (dua kiri) sambil diperhatikan Ketua Pemuda UMNO Semporna, Abd Aziz Jamman (kiri) sempena Majlis Kesyukuran UMNO Dun Senallang di Semporna.

Oleh:ARSHAD HUSSIN

SEMPORNA : Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) N.53 Senallang, Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran, mengajak semua pemimpin masyarakat dan kampung serta pemimpin-pemimpin politik tidak mensia-siakan mandat yang diberikan rakyat sehingga Barisan Nasional mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
Nasir berkata, dengan sokongan padu  itu menandakan rakyat masih berkeyakinan penuh dan mahu parti BN memerintah  negeri dan Negara ini.

Sehubungan itu beliau menyeru semua rakyat kembali merapatkan barisan dan melupakan semua perselisihan fahaman mahupun sengketa semasa tempoh berkempen dalam PRU-13  lalu seterusnya berganding bahu meningkatkan khidmat kepada rakyat dengan kapasiti masing-masing.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Kesyukuran & Terima Kasih bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Senallang di sini, pagi tadi.

Hadirsama sempena majlis itu Isteri Dato Sri Nasir, Datin Hajjah Rukiah Haji Badar; Setiausaha Bahagian UMNO Semporna, Haji Abdul Rashid Mamun; Ketua Pemuda Bahagian UMNO Semporna, Abdul Aziz Jamman; Naib Ketua Putri  UMNO Semporna, Siti Hana Jumadil; Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS), Hassan Gabrah; Ahli-ahli Jawatankuasa parti LDP; Gerakan; MCA; Pemimpin-pemimpin masyarakat peringkat Daerah dan kampung serta ahli-ahli UMNO Semporna.

Nasir yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Semporna turut mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pasukan keselamatan, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang  telah bertungkus lumus menjaga keselamatan sepanjang pilihan raya di negeri ini khususnya di kawasan Semporna.

“Syabas dan terima kasih kepada pasukan keselamatan kita yang telah melaksanakan tugas dengan baik mengawal keselamtan sehingga telah memberikan keyakinan kepada rakyat menunaikan tanggungjawab untuk turun mengundi,” kata Nasir.

Nasir yang juga calon BN/UMNO mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) N.53 Senallang dengan majoriti  5,909 undi menewaskan empat pencabarnya dari Pakatan Rakyat (PR) dan tiga calon Bebas yang hilang wang pertaruhan.

Nasir berkata,kemenangan itu merupakan amanah yang amat berat dipikul namun dengan sokongan segenap lapisan rakyat termasuk kepimpinan dan rakyat Semporna mandat rakyat itu akan dijaga dan dipelihara dengan baik serta tidak akan disia-siakan.

Selain itu juga, Nasir tidak lupa jasa dan sokongan kuat  jentera parti  BN serta komponen BN yang telah berkorban masa dan tenaga siang dan malam sepanjang kempen memberikan sokongan kepada semua calon BN di kawasan itu sehingga mencapai kemenangan cemerlang serta mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd.Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Hj.Aman yang turut mempertahankan kemenangan serta kembali memerintah.

“Kita berharap semua rakyat dan kepimpinan akan terus memberi kerjasama untuk kita meneruskan agenda transformasi Negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri dan Ketua Menteri dengan memikul tanggungjawab sebagai Adun bagi memastikan kawasan Senallang dan Semporna tidak terpinggir dalam arus pembangunan Negara,” kata Nasir.

42 comments:

  1. THE election fever, which gripped the nation from the day Parliament was dissolved, ended on May 5. The results brought relief to many of us.

    ReplyDelete
  2. Barisan Nasional won more than half of all parliamentary seats to form the government. This is what democracy is all about; the party which wins the majority forms the government and the other parties form the opposition.

    ReplyDelete
  3. Both the government and the opposition have a duty to serve the rakyat, with the government formulating policies and implementing them for the benefit of the people. The opposition checks that the policies are in the interest of the people.

    ReplyDelete
  4. It is good that the rakyat voted BN in, so that the policies initiated by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak can be continued and the pledges in BN's manifesto fulfilled. One must be given the chance to fulfil his promises to the rakyat. It is unfair to change horses in mid-stream.

    ReplyDelete
  5. It does not pay for the opposition to waste precious time by bickering and pointing fingers at the Election Commission, accusing it of fraud. Street demonstrations are not the solution. If there are complaints, go through the proper channels.

    ReplyDelete
  6. The laws of the country must be respected. Breaking the law is not our culture. Stop these unlawful acts.

    ReplyDelete
  7. all elected representatives should buckle down and serve the rakyat instead of organising or participating in useless public rallies. These illegal gathering of thousands are nothing but a nuisance to the rest of the population.

    ReplyDelete
  8. They are also getting worldwide attention for the wrong reasons. They only instil a sense of uncertainty in the millions who are against these rallies, causing inconvenience, stress and loss of income to traders.

    ReplyDelete
  9. What is this nonsense of getting the majority of votes and not winning the elections, claiming it as unconstitutional?

    ReplyDelete
  10. In the United States, a country considered to have the greatest democracy, many presidents have been elected with fewer popular votes and there has not been a single protest or public demonstration against the results.

    ReplyDelete
  11. If unsatisfied, go through the courts and get a decision. The rakyat are waiting for things to get done quickly. Lots of basic problems need to be solved.

    ReplyDelete
  12. They cannot be solved while representatives are busy organising and participating in futile rallies, which the rest of the country want to see come to an end.

    ReplyDelete
  13. Kerajaan yang dipilih pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) hendaklah menunaikan janji manifesto menerusi pelaksanaan yang lebih berkesan.

    ReplyDelete
  14. Presiden Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM), A Rahman Mahadi berkata, selepas mendapat mandat daripada rakyat, kerajaan harus mengotakan janji seperti mana dalam manifesto pilihan raya.

    ReplyDelete
  15. Dalam pada itu, beliau juga mahukan parti politik yang tewas supaya akur dengan keputusan kerana dalam setiap pertandingan pasti ada yang menang dan kalah.

    ReplyDelete
  16. “Kami di PPPMM dan selaku rakyat Malaysia zaman pasca PRU 2008 berpendapat, kita semua telah menyaksikan lima tahun hidup rakyat telah dibebani kempen politik.

    "Setiap hari dengan semua isu dan perkara harian dijadikan modal politik khususnya dalam kalangan mereka yang mahukan ‘good governance’.

    “Jadi keputusan PRU13 ini adalah menjadi jawapan suara rakyat,” katanya.

    ReplyDelete
  17. Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji akan melipatgandakan lagi usaha untuk memastikan peningkatan taraf hidup setiap pekerja di Malaysia, jika kerajaan Barisan Nasional (BN) diberi mandat kukuh pada pilihan raya umum .

    PRU-13 sudah berlalu dan rakyat sudah beri mandat pada BN.harap janji PM akan ditunaikan.

    ReplyDelete
  18. Perdana Menteri berkata selain itu, kerajaan BN akan turut memastikan pekerjaan bagi setiap warga Malaysia yang berkehendakkan kerja, serta memastikan akses kepada pekerja Malaysia untuk meningkatkan kemahiran yang akan membantu meningkatkan pendapatan mereka.

    ReplyDelete
  19. "Saya dan rakan-rakan akan memastikan bahawa bakti setiap pekerja Malaysia akan dihargai dengan menyediakan persekitaran terbaik untuk mereka dan keluarga mereka untuk membina kehidupan yang bahagia di bumi tercinta ini," katanya.

    ReplyDelete
  20. Beliau berkata pekerja Malaysia yang seramai 13 juta orang juga mempunyai banyak sebab untuk bersyukur, antaranya kadar pengangguran negara yang rendah iaitu hanya 3.3 peratus pada Januari lepas berbanding negara maju seperti Sepanyol yang mencatatkan 26.2 peratus pengangguran, kawasan Euro (12 peratus), Perancis (10.7 peratus), Amerika Syarikat (7.9 peratus), dan Australia (5.4 peratus).

    ReplyDelete
  21. Perdana Menteri juga berkata kos kehidupan di negara ini juga terkawal dengan angka tunjuk inflasi untuk Januari tahun ini sebanyak 1.3 peratus, sementara kadar kemiskinan relatif menurun kepada 1.7 peratus dan pendapatan perkapita yang meningkat kepada US$9,700 pada tahun lepas.

    ReplyDelete
  22. "Semua ini ialah hasil sebuah kerajaan yang mendahulukan kepentingan serta kesejahteraan rakyat di atas segala dukungan serta sokongan lebih 13 juta tenaga pekerja Malaysia," katanya.

    ReplyDelete
  23. Pemimpin Barisan Nasional (BN) di negeri ini yang dilantik memegang
    jawatan Kabinet negeri menganggap pelantikan tersebut merupakan amanah
    besar yang perlu dipikul.

    ReplyDelete
  24. Sehubungan itu, mereka berazam memberi perkhidmatan terbaik kepada
    masyarakat melalui pelbagai pendekatan dan program yang lebih berkesan.

    ReplyDelete
  25. Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Teo Chee Kang berkata, amanah memegang portfolio baharu merupakan perkara yang amat mencabar.

    ReplyDelete
  26. Walau bagaimanapun, beliau menaruh keyakinan dapat melaksanakan tugas
    sebaik mungkin dengan kerjasama dan bimbingan semua pemimpin BN negeri.

    ReplyDelete
  27. Sokongan Cina yang agak kurang dalam pilihan raya umum kali ini memberi
    cabaran kepada saya untuk memberi keyakinan kepada mereka bahawa BN
    adalah sebuah parti terbaik.

    ReplyDelete
  28. Jadi saya akan berusaha sedaya upaya memenangi hati masyarakat Cina dan
    memberi perkhidmatan terbaik kepada semua rakyat berbilang kaum di
    negeri ini," katany.

    ReplyDelete
  29. Tambahnya, pelantikan itu menjadi platform terbaik kepadanya memberi perkhidmatan kepada masyarakat di negeri ini.

    ReplyDelete
  30. Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan
    yang dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan berkata, beliau akan
    memberi fokus kepada pembangunan belia dengan melakukan pelbagai
    pendekatan.

    ReplyDelete
  31. Katanya, usaha mendekati golongan belia akan dilakukan secara menyeluruh
    melibatkan semua belia termasuk mereka yang tidak menyertai sebarang
    persatuan.

    ReplyDelete
  32. Mereka ini perlu kita fahamkan dan diberi kesedaran tentang peranan yang
    perlu dimainkan dalam usaha menjadi negara maju menjelang 2020.

    ReplyDelete
  33. Berlandaskan pengalaman saya yang pernah memimpin persatuan belia dan menjadi Ketua Pemuda UMNO Sabah, saya yakin dapat melaksanakan tugas ini
    sebaik mungkin," katanya.

    ReplyDelete
  34. Sementara itu, Datuk Mohd. Arifin Arif yang dilantik sebagai Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri berkata, beliau akan berusaha
    memastikan objektif kementerian tersebut dapat dilaksanakan dengan baik.

    ReplyDelete
  35. Saya akan menyambung tugas yang diberikan dan akan terus belajar daripada pengalaman pemimpin-pemimpin lalu," ujarnya.

    ReplyDelete
  36. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada
    Khamis menekankan peri pentingnya soal ketelusan dalam pentadbiran kerajaan, kerana aspek inilah yang dieksploitasi dan digembar-gembur
    oleh pembangkang tanpa mengira sama ada ia bersandarkan kepada realiti
    atau persepsi.

    ReplyDelete
  37. Perdana Menteri berkata beliau turut menegaskan
    betapa penting bagi anggota kabinet untuk bersedia dalam menghadapi penilaian awam yang lebih tinggi lagi.

    ReplyDelete
  38. Maknanya jangkaan atau ‘expectation’ rakyat terhadap tingkah laku kita, sama ada pada diri kita mahupun anggota keluarga, adalah begitu tinggi. Oleh itu kita mesti menjaga apa saja yang kita lakukan, pembawaan kita, dan cara hidup kita,
    supaya rakyat tidak mempersoalkan apa sahaja yang melibatkan integrit kita sebagai anggota pentadbiran,” katanya

    ReplyDelete
  39. Apa saja yang kita lakukan, ia mesti atas nama
    sebuah kerajaan, bukannya kita bergerak dalam ‘compartment’ (ruang atau bahagian yang terpisah daripada bahagian lain) atau silo masing-masing.

    ReplyDelete
  40. Saya tegaskan penting kita menjadi satu pasukan yang jitu, kukuh dan terselaras tindakan kita, sama ada dalam negara mahupun di luar negara,
    sama ada kita berbicara dengan media tempatan mahupun media antarabangsa,” katanya.

    ReplyDelete
  41. Beliau seterusnya meminta supaya setiap anggota
    kabinet memberi nilai tambah kepada perkhidmatan, dengan bukan hanya menjaga kementerian atau kawasan masing-masing.

    ReplyDelete
  42. sebaliknya mesti sanggup melakukan lebih daripada itu, termasuk menyertai forum-forum bersama
    dengan rakyat, sama ada penyertaan secara bersemuka, mahupun menerusi media sosial mahupun tradisional.

    ReplyDelete