Wednesday 15 May 2013

KABINET MALAYSIA, NAJIB HADAP AGONG HARI INI






KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Negara, di sini, pada 12 tengah hari ini (rabu) bagi mendapat perkenan terhadap cadangan pelantikan barisan kabinet yang baharu.

Baginda telah memperkenan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Menteri Dan Timbalan Menteri diadakan di Istana Negara, 9.30 pagi Khamis.

Demikian menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri hari ini. Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei, menyaksikan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Najib kembali berkuasa apabila parti gabungan itu menang 133 daripada 222 kerusi parlimen untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baharu.

Isnin lepas, Najib mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Balai Rong Seri, Istana Negara.

Sebelum Dewan Rakyat dibubarkan pada 3 April lepas, Kabinet merangkumi 25 kementerian dan diterajui oleh 28 menteri. Najib turut menerajui Kementerian Kewangan serta memegang portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. (Bernama)

No comments:

Post a Comment