Friday 17 May 2013

KABINET PALING TIDAK MENARIK?






KUALA LUMPUR: Barisan Kabinet yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak semalam adalah yang paling tidak menarik jika dibandingkan dengan semua Perdana Menteri Malaysia sepanjang 56 tahun sejarah negara.

Malah, kata Lim Kit Siang, ia telah menyerlahkan perbezaan besar antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional di dalam Pilihan Raya Umum ke-13 baru-baru ini.

Ini, ujarnya kerana Pakatan Rakyat menjunjung harapan dan visi politik baru untuk Malaysia manakala Barisan Nasional mewakili politik tua, lelah dan politik kaum, ketakutan, korupsi, salahguna kuasa dan ketidakadilan.

Katanya, ketidakadilan di dalam keputusan PRU13 dan persoalan buat pertama kalinya di dalam sejarah Malaysia berkenaan legitimasi Perdana Menteri telah melahirkan secara spontan gerakan kesedaran politik “hitam” di dalam negara.

Ini, tambahnya  seperti yang disaksikan pada 30,000 orang di perhimpunan “Black 505” di Ulu Tiram, Johor Bahru malam semalam, diikuti dengan kehadiran besar di satu lagi perhimpunan “Black 505” di Kelana Jaya, Pulau Pinang, Ipoh dan Kuantan yang mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan kawasan melihatkan kekuatan generasi muda Malaysia yang sehingga sekarang begitu sedih dengan politik dan perkembangan politik negara.

Penasihat DAP itu berkata, rakyat Malaysia terutamanya orang muda tidak mengira kaum, agama dan jantina, marah dengan ketidakadilan sistem demokrasi dan pilihan raya menyatakan pendirian terhadap kekecewaan dan kemarahan pada keputusan PRU13 juga terhadap legitimasi Najib sebagai Perdana Menteri, memandangkan mereka rasa dirompak hak asasi demokrasi mereka untuk menentukan masa depan politik negara.

Pertama, katanya majoriti 51 peratus undi popular menyokong Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia, sementara Najib dan Barisan Nasional Berjaya mendapat hanya 47% undi popular.

“Kedua, sekiranya PRU13 bersih, bebas dan adil, undi popular Pakatan Rakyat dan Anwar tentu telah melebihi daripada 60 peratus malah mencecah lebih 65%, juga memenangi majoriti daripada 222 kerusi parlimen di dalam negara,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah dalam satu kenyataan.

Ketiga, tambah Lim Kabinet yang diumumkan oleh Najib semalam telah menambah lagi ketidakabsahan beliau sebagai Perdana Menteri selepas PRU13.
 “Ia bukanlah Kabinet untuk semua rakyat Malaysia, kerana sasarannya ialah bagi memastikan Najib dapat berjaya dalam perebutan kuasa di dalam Umno hujung tahun ini ketika pemilihan parti Umno,” katanya lagi. (HarakahDaily)

99 comments:

  1. kabinet adik beradik, kabinet kroni,kabinet ambil hati,kabinet besi,kabinet dapor...leyyyyyceh!

    ReplyDelete
  2. SENTIASA LAKUKAN YANG TERBAIK... Cabaran Besar Bentuk Persepsi Positif Golongan Muda Terhadap Kerajaan – Khairy

    Khairy Jamaluddin menyifatkan jawatan Menteri Belia dan Sukan yang disandangnya sebagai amanah yang mempunyai cabaran besar dalam mendekati golongan muda dan membentuk persepsi positif mereka terhadap kerajaan.

    “Ini satu amanah cukup besar dan kali ini portfolio ini saya lihat amat berat sekali terutama untuk mendekati generasi muda dan membentuk persepsi yang lebih positif terhadap kerajaan serta membawa suara generasi muda ke dalam kerajaan,” katanya kepada pemberita.

    ReplyDelete
  3. SENTIASA LAKUKAN YANG TERBAIK... Cabaran Besar Bentuk Persepsi Positif Golongan Muda Terhadap Kerajaan – Khairy

    Beliau ditemui selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan di Istana Negara di sini pagi Khamis.

    Mengenai pembaharuan yang mahu dibuat dalam kementeriannya, Khairy Jamaluddin berkata ia masih terlalu awal untuk bercakap mengenainya.

    ReplyDelete
  4. SENTIASA LAKUKAN YANG TERBAIK... Cabaran Besar Bentuk Persepsi Positif Golongan Muda Terhadap Kerajaan – Khairy

    Bagaimanapun berdasarkan tugasnya yang dibahagikan kepada hal ehwal belia dan sukan, beliau berkata beliau akan memfokus kepada usaha membentuk generasi muda yang cintakan negara dan mencuba sebaik mungkin untuk mengangkat martabat sukan bola sepak negara ke peringkat dunia.

    “Pada Rabu dalam media sosial, semua meminta pasukan Harimau Malaya supaya layak ke Piala Dunia. Saya tidak tahu nak buat macam mana dalam tempoh masa yang singkat. Walaupun harapan mereka tinggi, saya anggap ini satu cabaran untuk saya menggalas tugas dan harapan ini,” katanya.

    ReplyDelete
  5. SENTIASA LAKUKAN YANG TERBAIK... Cabaran Besar Bentuk Persepsi Positif Golongan Muda Terhadap Kerajaan – Khairy

    Beliu berkata beliau akan membawa pendekatan tersendiri mengikut perspektif dirinya sendiri sebagai golongan muda bagi melaksanakan perubahan terhadap program Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

    “Saya tidak tahu dari segi perbezaan untuk masa sekarang tetapi mungkin saya datang daripada generasi yang berbeza daripada menteri-menteri sebelum ini. Mungkin perspektif saya berbeza sikit, jadi saya melihat melalui perspektif ini yang lebih muda mungkin saya dapat bawa sedikit perubahan kepada program-program dalam KBS,” katanya.

    ReplyDelete
  6. SENTIASA LAKUKAN YANG TERBAIK... Cabaran Besar Bentuk Persepsi Positif Golongan Muda Terhadap Kerajaan – Khairy

    Khairy Jamaluddin juga mengharapkan Kabinet yang diistilah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai kabinet transformasi mampu benar-benar memahami kehendak generasi muda.

    “Saya harap saya dapat menjadi jurucakap bagi generasi muda dalam jemaah menteri yang telah dibentuk ini,” katanya.

    ReplyDelete
  7. The first thing in my mind is what and why?

    ReplyDelete
  8. Adakah dengan tidak puas hati akan menyelesaikan masalah?

    ReplyDelete
  9. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin mendahului barisan menteri dan timbalan menteri yang dilantik semalam, mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di sini.

    ReplyDelete
  10. Upacara penuh istiadat itu disaksikan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Turut hadir menyaksikan ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

    ReplyDelete
  11. Upacara yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara itu bermula pukul 10.10 pagi sejurus keberangkatan masuk Seri Paduka Baginda berdua.

    ReplyDelete
  12. The merger of the Education Ministry and the Higher Education Ministry under one roof is to standardise the implementation of of policies to enhance quality of national education.

    ReplyDelete
  13. Upacara bermula dengan penerimaan surat cara pelantikan oleh Muhyiddin selaku Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi 1.

    ReplyDelete
  14. Beliau kemudian melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan disaksikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

    ReplyDelete
  15. Selepas Muhyiddin, enam menteri kanan iaitu Datuk Seri G. Palanivel (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Menteri Pelancongan dan Kebudayaan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Pertahanan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), Datuk Seri Mustapa Mohamed (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili (Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air) mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta simpan rahsia masing-masing, diketuai Mohamed Nazri.

    ReplyDelete
  16. Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said through the merger, all levels of education can share resources and expertise to ensure education programmes are efficiently managed and help contribute towards national development.

    ReplyDelete
  17. Selepas itu, acara penyerahan surat cara pelantikan serta melafaz sumpah jawatan dan taat setia bagi menteri dan timbalan menteri dijalankan secara berkumpulan seramai enam orang.

    ReplyDelete
  18. The decision of the Prime Minister to merge the two education ministries under one roof with the appointment of a second Minister was timely.

    ReplyDelete
  19. Ini dimulakan dengan Datuk Seri Douglas Uggah Embas (Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Menteri Dalam Negeri), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Menteri Komunikasi dan Multimedia), Datuk Seri Dr S. Subramaniam (Menteri Kesihatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) dan Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (Menteri Kewangan II).

    Mereka disusuli kumpulan kedua iaitu Datuk Seri Anifah Aman (Menteri Luar), empat Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Seri Idris Jala, Tan Sri Joseph Kurup dan Datuk Joseph Entulu Belaun, dan Datuk Rohani Abdul Karim (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).

    ReplyDelete
  20. Ini diikuti kumpulan Datuk Fadillah Yusof (Menteri Kerja Raya), Datuk Hasan Malek (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan), Datuk Richard Riot Jaem (Menteri Sumber Manusia), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Menteri Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Idris Jusoh (Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II) dan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).

    Barisan terakhir ialah Datuk Paul Low Seng Kwan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Menteri Belia dan Sukan), Datuk Abdul Rahman Dahlan (Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Nancy Shukri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Datuk Dr Ewon Ebin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi).

    ReplyDelete
  21. Seramai 24 timbalan menteri turut mengangkat sumpah dan menerima watikah pelantikan masing-masing kelmarin.

    Turut hadir isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Seri Noorainee Abdul Rahman, dif-dif kehormat dan para jemputan yang kebanyakannya anggota keluarga barisan kabinet.

    Najib telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada Jumaat, 6 Mei.

    ReplyDelete
  22. Semasa mengumumkan anggota jemaah menteri yang baharu semalam, Najib berkata ia terdiri daripada mereka yang berpengalaman, teknokrat dan wakil golongan muda yang diyakini mampu meneruskan agenda transformasi nasional.

    Pada pilihan raya umum ke-13 5 Mei lepas, Barisan Nasional kekal berkuasa dengan memenangi 133 daripada 222 kerusi parlimen bagi membentuk kerajaan persekutuan yang baharu.

    Selepas upacara itu, Tuanku Abdul Halim berkenan bersama-sama Najib serta barisan menteri Kabinet dan timbalan-timbalan menteri untuk sesi bergambar.

    ReplyDelete
  23. "It also symbolises the caring nature of his leadership towards education in the country by being more efficient and contribute more effectively to the country's education system,"

    ReplyDelete
  24. The Kampung Baru redevelopment master plan is expected to be completed by June 2014 and displayed to residents and property owners.

    ReplyDelete
  25. Some 146,500 Umno delegates from 161 divisions nationwide will elect the party leadership at year end in line with the constitutional amendments.

    ReplyDelete
  26. Umno information chief Datuk Ahmad Maslan said the election this time is more democratic as the election of leaders are not in the hands of a group of delegates.

    ReplyDelete
  27. Salah satu kejutan terbesar dalam pengumuman kabinet semalam ialah penyertaan Ketua Pemuda UMNO, Saudara Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan. Perlantikan merupakan satu kejutan terbesar kepada mereka yang memahami sepak terajang politik UMNO.

    Sungguhpun imej Khairy jauh lebih baik sekarang berbanding 4 tahun lalu, namun ramai yang berpendapat Khairy hanya layak untuk menimba pengalaman sebagai Timbalan Menteri terlebih dahulu sebelum di beri ruang ke dalam kabinet. Sebahagian ahli UMNO belum lupa tindak-tanduk Khairy semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dulu, mahukan Khairy diketepikan terus sehingga beliau menang semula jawatan Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan akan datang.

    Namun Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib sudah tidak mempunyai masa yang panjang. Beliau hanya mempunyai masa 5 tahun dari sekarang untuk memulihkan keyakinan sebahagian lagi rakyat. Jika ada orang yang dianggap boleh membantu beliau, beliau perlu segera memberi ruang dan peluang menguji kebolehan mereka.

    Dalam konteks inilah nama Khairy diangkat sebagai Menteri Belia dan Sukan. Ini adalah ujian kepada Khairy sekiranya beliau berjaya, maka masa depan yang cerah menanti beliau di dalam UMNO dan politik negara. Sekiranya beliau gagal, maka jalan politiknya akan jauh lebih sukar daripada sekarang.

    Selama hampir 8 tahun dalam sepak terajang UMNO, Khairy boleh dianggap sudah mula memahami aspirasi dan keperluan Islam, Melayu dan UMNO. Khairy hari ini bukan lagi anak muda yang terlupa daratan dikelilingi oleh kuasa dan wang. Tanpa naungan keluarga, Khairy sedikit sebanyak memahami keperitan sebagai ahli politik biasa.

    Selama empat tahun lepas Mohd Najib memberi satu tempoh pemulihan politik kepada Khairy. Setelah mencuba Khairy sebagai pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) sejak beberapa bulan lalu, Mohd Najib percaya Khairy telah bersedia untuk diberi peranan yang lebih besar.

    ReplyDelete
  28. Ikon Anak Muda

    Para penyokong dan pengkagumnya percaya Khairy merupakan ikon baru anak muda. Khairy dikatakan mempunyai aset lengkap sebagai pemimpin muda. Beliau mesra media sosial, versatile, berkebolehan berbahas dalam bahasa Inggeris dan Melayu, mempunyai kefahaman politik yang agak mengkagumkan untuk pemuda di usianya.

    Khairy dianggap jawapan kepada pemimpin pemuda Pakatan seperti Rafizi Ramli, Tony Pua dan Nurul Izzah Anwar Ibrahim.

    Namun bagi penentangnya, Khairy dianggap si kitol yang merosakkan parti suatu ketika dahulu sehingga BN mengalami kemerosotan yang sangat besar pada 2008. Penentangnya juga melihat Khairy tiada akar Islam dan Melayu yang menjadi ramuan utama pemimpin UMNO terutamanya Pemuda. Khairy dilihat sebagai Melayu liberal yang hanya menggunakan UMNO sebagai batu loncatan mendapat kuasa dan jawatan. Malah ada yang beranggapan Khairy lebih teruk dari Anwar semasa Anwar berada di dalam UMNO.

    Namun Mereka yang memusuhi Khairy mungkin perlu mendengar pesanan Tok Ki dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam Radio Bernama petang tadi.

    Kata beliau, “kita harus memberi ruang kepada semua anggota kabinet baru melaksanakan agenda negara dan menilai kerja mereka sekarang dan akan datang. Semua orang pernah buat salah, namun yang lepas-lepaslah. Sekarang kita mahu melihat Menteri bekerja untuk rakyat.”

    ReplyDelete
  29. Harapan Kepada KJ

    Sama ada suka atau tidak, Mohd Najib telah memberi tanggungjawab berat kepada Khairy. Sudah tentu tumpuan dan fokus utama Khairy ialah menarik sokongan anak muda bandar kepada Barisan Nasional.

    Kita akan melihat apakah populariti Khairy di Twitter dan Facebook akan diterjemahkan ke dalam alam realiti dengan sokongan melimpah ruah kepada BN dalam masa beberapa tahun mendatang. Ini satu cabaran kepada KJ.

    Pada hemat saya, salah satu perubahan yang perlu di bawa oleh KJ kepada Kementerian Belia dan Sukan ialah berhadapan secara bersemuka dengan para belia dalam konteks keilmuan. Salah satu kelemahan BN dalam menarik sokongan belia sebelum ini ialah kita gagal memberi jawapan yang tuntas kepada isu-isu politik yang di bawa oleh Pakatan.

    Kerajaan banyak menumpukan kepada program-program hiburan dan riadah. Tidak dapat dinafikan bahawa program-program sebegini penting dan mendapat sambutan para belia dan seharusnya diteruskan.

    Namun kegagalan melakukan komunikasi secara bersemuka dengan orang muda di bandar menyebabkan mereka senang mempercayai dakyah dan fitnah Pakatan.

    Justeru saya berharap akan melihat satu susuk tubuh Menteri Belia dan Sukan yang pro-aktif dan sentiasa melakukan “engagement” dengan kelompok anak muda yang berminat dengan isu semasa dan keadaan politik negara.

    Saya berharap akan melihat Menteri muda ini turun berhadapan dengan anak muda sama ada di Dataran Merdeka, di Kompleks Beli-Belah, di Universiti Awam dan Swasta dan juga di tempat-tempat santai anak muda.

    Mohd Najib mengharapkan satu wajah baru Menteri Belia yang akan menjadi ikon baru anak muda. Susuk wajah yang menjadi benteng mempertahankan kerajaan dan BN berhadapan dengan pemimpin-pemimpin Pakatan.

    Dalam pada itu, ramai penyokong UMNO dan BN berharap KJ tidak melupakan asas perjuangan UMNO yang merangkumi agama Islam, bangsa Melayu dan Negara Malaysia.

    Sekarang KJ sudah menjadi Menteri sekaligus membawa panji-panji UMNO dan BN. Jagalah panji-panji ini. Jika ada yang peribadi yang perlu berubah, inilah masanya meninggal segala yang kurang baik. Ramai yang bersedia melupakan perkara yang lalu, namun mereka akan menjadi hakim yang sangat teliti kepada KJ.

    Inilah tanggungjawab berat KJ dan harapan ramai penyokong BN.

    ReplyDelete
  30. Two cabinet ministers who “exchanged” their important portfolio of maintaining public safety and national security regard their new task as heavy but are committed to performing the best possible.

    ReplyDelete
  31. The post of Home Minister has been entrusted to Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi in the new cabinet line-up while Datuk Seri Hishammuddin Hussein, who previously held the post is now Defence Minister, replacing Ahmad Zahid.

    ReplyDelete
  32. The two and 28 other cabinet ministers yesterday took their oath of office and oath of secrecy before Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah in the Throne Room of Istana Negara, here.

    Met by reporters later, Ahmad Zahid and Hishammuddin expressed their appreciation for Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak for having continued trust in them to hold such important posts.

    ReplyDelete
  33. Ahmad Zahid said with his new portfolio, he would need to be more meticulous and careful in resolving issues, besides giving more attention to public safety and national security.

    “This is an exchange of posts between Datuk Seri Hishammuddin and I, and could be translated into strengthening the Blue Ocean strategy.

    ReplyDelete
  34. SENARAI barisan kabinet yang dipilih oleh Perdana
    Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencerminkan satu gandingan mantap antara yang berpengalaman dan muka baru.

    ReplyDelete
  35. keputusan itu adalah antara yang terbaik dibuat oleh perdana menteri
    dalam memastikan setiap rancangan yang dikerangka oleh kerajaan
    dilaksanakan dengan baik bagi penggal kali ini.

    ReplyDelete
  36. Secara menyeluruh saya rasakan gandingan yang berpengalaman dan yang
    baru ini merupakan satu barisan yang perlu untuk menggalas cabaran dalam
    melaksanakan rancangan dasar kerajaan.

    ReplyDelete
  37. Najib perlu mengambil tindakan holistik bagi memastikan terdapat wakil
    muka baru dalam senarai anggota jemaah menterinya yang turut sama boleh
    mengangkat suara golongan generasi muda.

    ReplyDelete
  38. Mungkin muka baru dalam kabinet ialah disebabkan oleh prestasi mereka contohnya seperti Rahman Dahlan, Khairy Jamaluddin ini semua menunjukkan kabinet ini merangkumi golongan-golongan pemimpin pemuda yang boleh mewakili kelompok generasi Y

    ReplyDelete
  39. pelantikan kebanyakan menteri dari dua negeri Borneo ini turut
    mencerminkan satu penghormatan kerajaan Barisan Nasional kepada pemimpin
    di sana yang sudah lama bekerja keras memastikan negeri itu sentiasa
    kekal dengan kemenangan majoriti mudah.

    ReplyDelete
  40. pelantikan menteri dan timbalan menteri
    dari Sabah dan Sarawak di dalam barisan kabinet baru ini adalah
    berikutan kemenangan besar BN ke atas dua negeri Borneo tersebut.
    “Memang telah dijangkakan sebab berimbang
    ini adalah berasaskan kemenangan BN pada pilihan raya lalu. Kita lihat
    banyak kemenangan datang dari Sabah dan Sarawak

    ReplyDelete
  41. pengumuman yang menyaksikan jumlah ahli Kabinet dikurangkan kepada 57 berbanding 68 orang sebelum ini, senarai anggota jemaah menterinya disifatkannya sebagai “kabinet
    berimbang” sekaligus dilihat boleh mewakili rakyat dengan efektif serta
    membawa nafas baru kepada pentadbiran negara.

    ReplyDelete
  42. Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan barisan Kabinet baharu sebagai mantap dan dinamik dengan gandingan pemimpin generasi muda dan berpengalaman. INi membolehkan Ahli kabinet memenuhi serta mendapatkan sokongan dari setiap generasi dan bidang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memenuhi aspirasi serta citarasa rakyat dan mampu menjadi pengerak kepada trasformasi negara, gambaran tepat mengenai anggota baru kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.

      Delete
  43. Ia mengabungkan mereka yang berpengalaman tokoh teknokrat dan gulungan muda, saperti kata Perdana Menteri beliau yakin barisan kabinet itu mampu meneruskan momentum trasformasi nasional, disamping meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara tokoh teknokrat yang di beri tempat didalam kepimpinan negara ialah Datuk Abdul Wahid Omar sebagai menteri di jabatan Perdana Menteri, lantikan presiden dan ketua eksekutif Malayan Banking Berhad memperlihatkan usaha serius Perdana Menteri untuk meneruskan perlaksanaan agenda trasformasi ekonomi.

      Delete
    2. Begitu juga dengan pemilihan Presiden Transperansi Internasional Malaysia Dato Poul Low sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bukti keseriusan Datuk Seri Najib mempertinkat usaha memerangi rasuah.

      Delete
  44. Bagi memenuhi aspirasi gulungan muda Datuk Seri Najib melantik Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai Menteri Belia dan Sukan, satu keputusan yang disifatkan sangata tepat tambahan pula kedudukan Khairy sebagai ketua Pemuda UMNO .

    ReplyDelete
  45. Sebagai menghargai sumbangan besar Sabah dan Sarawak kepada kemenangan Barisan Nasional dalam PRU ke 13 ramai tokoh dari kedua dua negeri dilantik menduduki jemaah menteri.

    ReplyDelete
  46. Loser...LKS scared that he will not be able to see DAP rule the country. I opined that LKS should just retired gracefully...

    ReplyDelete
  47. the new cabinet line-up sees veterans and novices among its ranks, but unlike other cabinets before this, the presence of members of parliament from Sabah and Sarawak is very significant

    For the first time in Malaysia's history there are more Ministers from Sabah and Sarawak in Cabinet. The day will come when someone from Sabah and Sarawak will become the Prime Minister. Observing the vagaries of political destinies can assist laypersons and elites alike to develop mindsets which can believe in the unlikely.

    ReplyDelete
  48. the new cabinet line-up sees veterans and novices among its ranks, but unlike other cabinets before this, the presence of members of parliament from Sabah and Sarawak is very significant

    In the consciousness of the people, there is understanding of Otto von Bismarck's insight that "politics is the art of the possible, the attainable, the art of the next best." The ministers and deputy ministers have their jobs as managers of ministries cut out for them.

    ReplyDelete
  49. the new cabinet line-up sees veterans and novices among its ranks, but unlike other cabinets before this, the presence of members of parliament from Sabah and Sarawak is very significant

    They need to work well with each other and their ministry secretaries-general and directors-generals to achieve the strategic national development agenda through the Government Transformation Plan, the Economic Transformation Plan and related plans, programmes and projects.

    ReplyDelete
  50. the new cabinet line-up sees veterans and novices among its ranks, but unlike other cabinets before this, the presence of members of parliament from Sabah and Sarawak is very significant

    The prime minister cannot and should not think for everybody. Each minister and his or her team should implement all the transformation plans. Within the National Transformation Agenda there are vast spaces and extensive opportunities for new initiatives, creativity and innovation.

    ReplyDelete
  51. the new cabinet line-up sees veterans and novices among its ranks, but unlike other cabinets before this, the presence of members of parliament from Sabah and Sarawak is very significant

    Billions of ringgit have already been invested and billions more are now held in trust to be used for the people. Civil society institutions and the Malaysian Anti-Corruption Commission, National Institute of Integrity and similar organisations are eagled-eyed watching that integrity and anti-corruption lessons learned are not forgotten, promises made are kept and no particular individual entrusted to lead the people will get out of line.

    ReplyDelete
  52. the new cabinet line-up sees veterans and novices among its ranks, but unlike other cabinets before this, the presence of members of parliament from Sabah and Sarawak is very significant

    One of Malaysia's strengths is that the prime minister is regarded as the CEO of Malaysia Inc. The Malaysian cabinet and government have run Malaysia using the best practices of corporations.

    ReplyDelete
  53. the new cabinet line-up sees veterans and novices among its ranks, but unlike other cabinets before this, the presence of members of parliament from Sabah and Sarawak is very significant

    The new roles of cabinet members and their teams are about managing development excellence, not about rhetoric and rebel rousing talk, characteristic of the early years of nation building and the election season.

    ReplyDelete
  54. the new cabinet line-up sees veterans and novices among its ranks, but unlike other cabinets before this, the presence of members of parliament from Sabah and Sarawak is very significant

    Malaysia has practised realpolitik defined by Ludwig von Rochau, as: "The study of the powers that shape, maintain and alter the state is the basis of all political insight and leads to understanding that the law of power governs the world of states just as the law of gravity governs the physical world."

    ReplyDelete
  55. the new cabinet line-up sees veterans and novices among its ranks, but unlike other cabinets before this, the presence of members of parliament from Sabah and Sarawak is very significant

    The realpolitik laws of power, of campaigns, party manifestos and promises have now come to the stage of the formation of the cabinet. While realpolitik is regarded as Machiavellian, amoral and coercive, the Malaysian cabinet has to be moral, ethical, and liberating.

    ReplyDelete
  56. the new cabinet line-up sees veterans and novices among its ranks, but unlike other cabinets before this, the presence of members of parliament from Sabah and Sarawak is very significant

    The government now has to build trust, show evidence of unrelenting commitment, be unequivocally accountable, confront those who create unhappiness of the people and pay attention to results.

    ReplyDelete
  57. the new cabinet line-up sees veterans and novices among its ranks, but unlike other cabinets before this, the presence of members of parliament from Sabah and Sarawak is very significant

    There are many more beautiful, wonderful and inspiring things that the people want. The people do not want to be dragged down, levelled down to the blinded vision of the lowest level of distractive and destructive toxic leaders.

    ReplyDelete
  58. the new cabinet line-up sees veterans and novices among its ranks, but unlike other cabinets before this, the presence of members of parliament from Sabah and Sarawak is very significant

    The cabinet formed reflects recognition that there are many common values held by people from different political parties and all have significant roles in genuine efforts to build a Bangsa Malaysia that is inclusive, enlightened and inspiring.

    ReplyDelete
  59. the new cabinet line-up sees veterans and novices among its ranks, but unlike other cabinets before this, the presence of members of parliament from Sabah and Sarawak is very significant

    As the collectivity of managers at the helm, the cabinet members are the people responsible to oversee that Malaysia achieves its vision to attain developed status by 2020.

    ReplyDelete
  60. the new cabinet line-up sees veterans and novices among its ranks, but unlike other cabinets before this, the presence of members of parliament from Sabah and Sarawak is very significant

    The next five years is critical. There is no time to waste because of distraction of one type or another. The cabinet has to be creatively pragmatic to drive the agenda of progress.

    ReplyDelete
  61. The Cabinet line-up announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak is solid, and in line with Malaysia's direction that clearly fulfills the aspirations of the people, particularly youth.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Social Science and Humanities faculty lecturer at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Associate Prof Dr Shamsul Adabi Mamat, said the new Cabinet with its combination of fresh blood and seasoned policy makers made it a solid team.

      Delete

    2. "From Sabah and Sarawak, there are altogether 17 ministers and deputy ministers in the Cabinet, as compared to 11, previously. This must be in consideration of their crucial contribution in ensuring victory for the Barisan Nasional (BN) in the 13th General Election on May 5," he said.

      Delete
  62. Among the experienced politicians are Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Seri Idris Jusoh and Datuk Halimah Mohd Saddique while the new faces are Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Paul Low Seng Kuan, P. Kamalanathan, Datuk Mary Yap Kain Cheng and P. Waythamoorthy, besides the inclusion of ministers from the previous Cabinet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shamsul Adabi, when contacted by Bernama here, also said the appointment of more representatives from Sabah and Sarawak to important and strategic federal posts was appropriate.

      Delete

    2. He said the appointment of technocrats such as Maybank chief executive officer Datuk Seri Abdul Wahid Omar and Transparency International Malaysia president Paul Low reflected the prime minister's commitment to spur Malaysia towards a high income, developed and corruption-free nation.

      Delete

    3. On the absence of MCA and Gerakan representation in the new Cabinet, he said the slots had been filled by Mary Yap and Low who represented the Chinese community.

      Delete
    4. Politics, Security and International Affairs (Cluster of the National Council of Professors) deputy head Prof Dr Jayum Jawan described the combination of experienced and new faces in the Cabinet as satisfying the transformation plan prescribed by the prime minister.

      Delete
    5. "As for the new faces, this would boost the generation of ideas and we hope they would be sensitive to the needs of society, particularly the young people, and must work hard," said Jayum who is also politics and government lecturer at Universiti Putra Malaysia (UPM).

      Delete

    6. Universiti Sains Malaysia (USM)'s Social Science Studies deputy dean Associate Prof Dr P. Sivamurugan described the new Cabinet as emcompassing all backgrounds, including Sabah and Sarawak.

      Delete
    7. "The appointment of Umno Youth chief Khairy Jamaluddin and MIC information chief P. Kamalanathan are examples of young leaders entrusted as successors to uphold the BN stuggle and draw support from young voters, in anticipation of the
      growth in number of the latter in the next five years," he said.

      Delete

    8. In Kota Baru, the Malay Chamber of Commerce, Kelantan branch is confident that Najib's new Cabinet would impact significantly on the country's economic growth.

      Delete
  63. With a popular vote less than 50% of the total cast and the refusal of two component parties, the MCA and Gerakan, to join the cabinet, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has finally announced his new cabinet lineup.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Overall, there is no big surprise from the lineup. However, two non-governmental organisation leaders, namely Transparency International Malaysia president Datuk Paul Low Seng Kuan and Malayan Banking Bhd President and Chief Executive Officer Datuk Seri Abdul Wahid Omar, have been unprecedentedly brought into the cabinet, resulting in a refreshing pattern.

      Delete
    2. However, the new cabinet has still left a tail, namely the Transport Minister post has been reserved for the MCA. Does it mean that there would be changes to the MCA's decision of not joining the cabinet?

      Delete
    3. If the MCA insists not to accept any cabinet posts, the new cabinet will have only two Chinese, namely Datuk Paul Low Seng Kuan who has been appointed a Minister in the Prime Minister's Department and Datuk Mary Yap, appointed Deputy Education and Higher Learning Minister. Their performances would then become the focus of concern of the Chinese community.

      Delete
    4. In a stark contrast to the MCA, although the MIC's performance in the election was not impressive either, all its four elected MPs have been appointed as ministers or deputy ministers.

      Delete
    5. Together with Hindraf chairman P. Waythamoorthy who has been appointed a deputy minister in the Prime Minister's Department and Penang PPP chairman Datuk Dr Loga Bala Mohan who has been appointed the Deputy Federal Territories Minister, there is a total of six Indian representatives in the cabinet, setting another record.

      Delete
    6. For the Chinese community, whether to take the new cabinet line-up easy or with emotions, we must all face the reality.

      Delete
    7. Under the new political power structure, the Chinese community needs to seek a new position and play the watchdog role properly to closely monitor each policy and its effectiveness while seeking for new countering ways and means to ensure that our basic interests are secured.

      Delete
    8. In fact, compared to the Chinese community, the new government would have to face an even bigger challenge.

      Delete
    9. The new government needs to meet the great expectations of the people while facing the unprecedented pressure from the alternative coalition that gained 51% popular vote in the recent election.

      Delete
    10. The success or failure of Najib's transformation plans in the next five years, as well as whether he can effectively divert the dissatisfaction of Chinese voters or not will be the two major indicators used to assess the new government.

      Delete
    11. They must be extra cautious as each move they make would be closely related to the fate of the BN in the next general election.

      Delete
    12. It means that there will be no honeymoon period at all for the new government and it would find it difficult even just to take a break.

      Delete
  64. Sabah, Sarawak to enjoy further development under BN Govt

    Sabah and Sarawak are assured of more progress under a Barisan Nasional (BN) government, with numerous projects expected to take off in the next five years if the coalition is returned to power.


    According to the BN election manifesto launched by Prime Minister and BN chairman Datuk Seri Najib Tun Razak here tonight, one of them is the construction of the 2,300-km Pan-Borneo Highway stretching from Sematan in Sarawak to Serudung in Sabah.

    The highway is expected to spearhead new growth areas, better business opportunities and enhanced communications.

    Themed 'A Promise of Hope', the manifesto was unveiled in the wake of the dissolution of the Dewan Rakyat on April 3, paving the way for the country's 13th general election.

    There is also the pledge to build 2,500 kilometres of paved roads in Sabah and 2,800 kilometres in Sarawak, while the rural electrification project will benefit 60,000 households in Sabah and 80,000 in Sarawak.

    The BN is also committed to extending clean water supply to another 320,000 homes nationwide in the next five years.

    In a bid to provide better access to quality healthcare services, the BN, in its manifesto, pledges to set up a heart centre and cancer centre in every major hospital in both states.

    The coalition also promises to improve access to quality education for rural and minorities communities, especially those in Sabah and Sarawak.

    Meanwhile, in the economic sector, the 31-page manifesto said the effectiveness of the bumiputera agenda, including for bumiputeras in Sabah and Sarawak, will be enhanced by providing business opportunities, a stronger eco-system and institutional support.

    The BN, meanwhile, pledges to gazette all native customary land in close consultation with state governments should it be returned to power in the upcoming general election.

    The coalition is also committed to providing more income-generating opportunities within indigenous communities and increasing the intake of indigenous youth into tertiary and vocational education.

    In addition, the BN promises to set up special courts with the same status as the High Court under the present justice system to deal specifically with native customary rights issues.





    ReplyDelete
  65. Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) akan diperkukuh dan terus menjadi agenda utama sungguhpun Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi digabungkan.

    ReplyDelete
  66. Pemangku Timbalan Ketua Setiausaha, Sektor Pengajian Tinggi, kementerian itu, Datuk Mahamed Hussain, berkata PSPTN yang disusun rapi dengan fokus terhadap aspek kebolehpasaran dan kebolehdapatan graduan perlu diteruskan.

    ReplyDelete
  67. Apa yang pasti agenda transformasi pengajian tinggi akan mendapat fokus sama seperti sebelum ini kerana ia Petunjuk Prestasi Utama (KPI) penting kementerian, katanya pada sidang media di majlis prapelancaran Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) di Sri Pentas

    ReplyDelete
  68. Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad (MPB), Datuk Amrin Awaluddin dan Ketua Pegawai Teknologi Maklumat MPB, Zuraidah Atan.

    ReplyDelete
  69. Beliau yakin PSPTN akan terus diperkasa di bawah kepemimpinan Menteri Pelajaran I, Tan Sri Muhyiddin Yassin dibantu Menteri Pelajaran II, Datuk Seri Idris Jusoh serta timbalan mereka, Datuk Mary Yap Kain Ching dan P Kamalanathan

    ReplyDelete
  70. Najib menyifatkan kabinet barunya lebih kepada kabinet transformasi

    ReplyDelete
  71. “Saya menyifatkan ini sebagai Kabinet berimbang, mereka yang berpengalaman, teknokrat dan mereka yang mewakili golongan muda,” kata Najib

    ReplyDelete
  72. tambah beliau lagi, “Saya percaya mereka yang berpengalaman akan mengimbang dari segi kesinambungan berdasarkan pengalaman mereka sama ada sebagai timbalan menteri atau menteri sepenuhnya...."

    ReplyDelete
  73. “Mereka yang merupakan teknokrat akan menyumbang dari segi kepakaran khusus mereka yang amat penting untuk menyumbangkan idea-idea yang kreatif lagi bernas untuk dipertimbangkan kerajaan...

    ReplyDelete
  74. “Mereka yang muda selain kebolehan mereka, dan juga dapat membawa cita rasa golongan muda kepada kerajaan,” demikian kata beliau lagi.

    ReplyDelete