Sunday 26 May 2013

KECEWA KHIDMAT PENERBANGAN MALAYSIA






Saudara Pengarang,

SAYA telah menderita kerana melalui pengalaman pahit menaiki Penerbangan Malaysia (MAS). Saya telah menulis surat aduan kepada pihak MAS namun, senyap sahaja. Saya membuat salinan ke pihak Sabahkini.net agar pembaca portal ini tidak terkena masalah seperti yang saya lalui.

Berikut adalah salinan surat saya;

20 Mei 2013

Zulkifly Bin Darus,
Peti Surat 124, 91007 TAWAU


Kepada:
                                                                                                                                                             Pengurus, MAS. 
                                                                                                                              
Tuan,

ADUAN MASALAH PENERBANGAN.

No. Rujukan Tempahan WVDP2 1.                                              

Saya berasa tidak berpuashati dengan mutu perkhidmatan  MAS berdasarkan alasan berikut:

a. Nama saya dan keluarga tiada dalam daftar semasa membuat check in.

b. Telah diarah bertemu beberapa staf yang kesemuanya gagal memkberi penjelasan, tiada elemen `empati` (low EQ dan SQ) - dijadikan macam bola.

2. Berikut adalah kronologi urusan saya dengan penerbangan MAS.

 29 April –antara jam 7-8 malam : Membuat tempahan penerbangan MH 3092 dan MH 3077 melalui. MAS Call Centre 1300883000 - Staf MAS mengatakan tiada apa-apa masalah (OK) 7 malam-8 malam.  Nama staff Tidak dapat - Berpuas hati dengan tempahan dan bayaran dibuat secara kad kredit - Tiket diemail pada tarikh sama.

30 April Call 1300883000 Nama tiada dapat - Membuat rujukan tiket WVDP2 - Staf MAS mengatakan tiada masalah dan beliau email tiket  semuanya berstatus `confirmed`

13 Mei Terima SMS mengatakan penerbangan MH3092 ditukar kepada MH3052 tanpa menyebut status MH 3077.

13 Mei Call 1300883000 - Saya maklumkan tak setuju perubahan jadual dan mahu status MH 3077. Jam 3 - 3.50 petang hubungi Staff bernama `Nisha` Setelah berunding, staff ini dan saya bersetuju untuk menerima tempahan MH 2122 dan MH 3077 Status penerbangan `confirmed` dan staff ini mengatakan tiada apa-apa masalah  semuanya OK. Saya berpuas hati. - Jam 3:51 petang, Nisha menghantar email tiket. Saya puas hati dan tiada apa-apa masalah.

14 Mei Call 1300883000 - Saya buat `reconfirmed`. WVDP2 Masa 7:30 - 7:35pg Staff nama `Azam` - Staf menyatakan tiada masalah (OK untuk tempahan saya MH 2122 dan MH 3077 - Staf hantar email tiket pada jam 7:37pg. - Di tiket status `confirmed` -

18 Mei 8:15-8:30pg Staff Check ini airport Tawau (nama tidak dapat tapi staff ini memakai kopiah di kepala) - Menyatakan nama saya dan keluarga TIADA dalam senarai MH 3077 dan arahkan saya ke pejabat jualan MAS.

 Soalan ; Kenapa Nama Dan Keluarga Tiada Dalam Daftar?

18 Mei 8:30 - 8: 35 pg Pejabat MAS Tawau  Nama staf Amrullah - Gagal memberi penjelasan dan mencadangkan agar saya terus terbang ke Kota Kinabalu kerana masa sudah suntuk dan sudah check ini ke sana. - Beliau mencetak tiket saya dan mengakui sepatutnya tiada masalah. Minta saya merujuk ke staff di kaunter pertukaran KKIA. –

18 Mei 9:45-10.00pg KKIA - kaunter pertukaran -nama staff `IVN` - Mengatakan berlaku `systems corrupt` dan meminta saya membawa bagasi ke kaunter B16 bertemu staff `Malcom` -

18 Mei 10:00-10:30pg  Kaunter B16 staff `Malcom` - Memberikan saya `standby`. Dan tiada kepastian bila dapat tempat - Saya tidak setuju - Beliau menyuruh saya ke pejabat jualan MAS.

18 Mei 10:30 - 11:00pg Pejabat MAS Staff `Trecy` Kaunter 7 - Gagal memberi penjelasan, - Hanya meminta saya menunggu (tak tahu sampai bila) - Saya meminta mahu berjumpa `KETUA` kerana sudah terlalu tertekan dengan masalah dan dijadikan `BOLA` Staff kaunter sebelahnya (mungkin kaunter 8) masuk campur dengan mengatakan MAS tak buat salah dan meletakkan masalah itu pada saya pula. - Saya dibawa bertemu `Duty Manager` -

18 Mei 11:00 = 11;45 Pejabat MAs -Duty Manager` - Dapat tempat dan diberi baucar `Lunch`

Sekalipun pihak tuan melihat penyelesaian kes mudah, namun saya menghadapi tekanan, kemurungan hidup. Anak saya terpaksa diberi kaunseling secara professional kesan kejadian ini. 3.

Prasangka. (harap tidak berlaku)

a. Khidmat MAS adalah yang terbaik di dunia adakah cerita benar atau karut?
b. Perubahan tiket/jadual penerbangan dibuat tanpa persetujuan penumpang.
c. Perubahan jadual tidak mengambil kira penerbangan sambungan (connection flight)

d. Terdapat unsur `rasuah` (kewangan atau salahguna kuasa). Tempahan saya yang sudah berstatus `confirmed` telah dipadam dan diganti dengan nama lain.(setelah disuap atau kes `orang dalam`? Untuk makluman, permintaan penerbangan ke Labuan pada masa itu amat tinggi kerana sesi pendaftaran pelajar baru Kolej Matrikulasi Labuan. Saya harap pihak MAS dapat memberi penjelasan dan menambahbaik perkhidmatan agar tidak berlaku kepada penumpang lain atau suku sakat staf MAS sendiri.

No comments:

Post a Comment