Friday 10 May 2013

KENAPA PENGUNDI SANDAKAN TOLAK V.K.LIEW?







TEWAS..... Gara-gara MPS, V.K.Liew kecundang di tangan Steven Wong yang kurang dikenali.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

KEMENANGAN Barisan Nasional   (BN  pada pilihanraya umum (PRU 13) yang berjaya merangkul kerusi Parlimen sebanyak 133 yang disebut 'Menang Muda' berkisar kepada beberapa faktor utama yang diambil kira dari beberapa sudut.

Pertama, ramai di kalangan masyarakat Cina telah bertekad menolak dan faktor kedua ialah golongan muda (belia) Cina, India dan juga Melayu mahu satu pembaharuan di dalam negara ini kerana UMNO dan BN terlalu lama menjadi tampuk pemerintahan sejak 1957 lagi.

Sabahkini.Net telah membuat risikan terperinci sebelum bubarnya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri dengan meminta pandangan seluruh etnik di Sabah; majoriti mengatakan bahawa mereka mahu menukar kerajaan baru kerana mahu merasai macam mana rasanya pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat (PR) jika diberi peluang menjadi tampuk kerajaan Malaysia.

Ada sesetengah mengatakan beri peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah selama lima tahun, jika tidak memuaskan boleh ditumbangkan semula; kalau elok, maka diteruskan sahaja sampai bila-bila.

Kerajaan juga harus mengkaji kenapa orang Cina dan India merajuk panjang sehingga menolak BN dan harus dijadikan ikhtibar pada PRU-14 jika tidak ingin ditolak rakyat, terutama golongan bangsawan, pertengahan dan marhain Cina dan India.

Tindakan Kerajaan BN membiarkan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali memaki hamun dan menghina Kaum Cina dan India; terutama memainkan isu gama sehingga pernah menghasut orang Islam agar membakar gereja dan Kitab Injil yang ada perkataan Allah tanpa sebarang tindakan telah memarakkan api kebencian mereka.

Ekoran daripada fenomena ini dan tindakan kurang matang Ibrahim Ali dengan sokongan jitu daripada pemimpin UMNO yang mendalangi PERKASA; memercikkan api kemarahan Cina dan India; malah kaum bumiputera bukan Islam di Sabah dan Sarawak.

Mungkin agak mengejutkan juga kerana seorang Timbalan Menteri Persekutuan yang telah berkhidmat dengan baik telah ditolak oleh masyarakat Cina sedangkan selama ini kaum bumiputera menjadi penyumbang kemenangan LDP di Sandakan; melainkan mereka mensabotaj calon dan faktor lain sehingga seorang Presiden Parti tumpas di tangan pendatang baru yang masih berada di Kelas Tadika Politik!

Jika dinilai sumbangan dan peranan V.K Liew sebagai Ahli Parlimen Sandakan, beliau telah bekerja keras menaik taraf Sandakan sebagai bandar yang pesat membangun dan boleh dibanggakan oleh setiap pengunjung dan penduduk tempatan itu sendiri; malah hubungan beliau dengan masyarakat Cina dan Melayu cukup baik.

Bagaimanapun, dalam tinjauan rambang Sabahkini.Net, kami menerima pelbagai aduan dan rasa tidak puas hati; berlaku diskriminasi kaum dan pilih kasih, terutama dakwaan bahawa kerajaan BN tidak berlaku adil terhadap orang Cina.

Sebagai contoh, ahli UMNO menerima bantuan KARISMA sebanyak RM300 setiap seorang, sementara masyarakat Cina hanya menerima RM30 sahaja; sedangkan hakikatnya masing-masing mempunyai satu undi.

Fenomena ketidak puasan hati semakin parah apabila pihak berkuasa tempatan gagal melakukan tugas dan terlalu banyak karenah birokrasi sehingga membuatkan rakyat muak dan melampiaskan kemarahan mereka kepada Ahli Parlimen seperti V.K.Liew dengan mengundi pembangkang.

Pengundi yang marah telah berjaya dihasut pembangkang sehingga menyalahkan wakil rakyat, sedangkan Ahli Parlimen Sandakan dan ADUN Elopura berkali-kali mengemukakan hal yang dibangkitkan pengundi berkaitan ketidak cekapan dan kegagalan pihak berkuasa tempatan menjalankan tugas; sebagaimana keluhan yang dipaparkan Sabahkini.net selama ini.

Sehubungan itu, para pengundi Pro-Kerajaan meminta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Hj Aman membuat post mortem kenapa V.K Liew tumpas di tangan Calon DAP, Steven Wong yang disifatkan sebagai melukut di tepi gantang.

No comments:

Post a Comment