Monday 6 May 2013

KIMMA SABAH AKAN TERUS MEMBANTU BN







Saudara Pengarang,

KONGRES India Muslim Malaysia (KIMMA) Sabah yang diterajui oleh Datuk Haji Baisul Khan Bin Salman Faris akan terus membantu Barisan Nasional Sabah dalam usaha memperkukuh dan memperjuangkan BN.

Parti KIMMA meliputi 70 peratus rakyat India di Sabah dan hanya 30 peratus  berada dalam MIC.

Parti KIMMA di Sabah akan membantu BN dalam membuat segala kebajikan demi kebaikan bersama.

Kami yang telah mula bergiat aktif dalam Politik Sabah sejak beberapa bulan lalu terus akan membantu jentera kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Musa Hj Aman.

Sepanjang kempen BN, KIMMA Sabah begitu aktif membantu jentera BN seperti di kawasan Parlimen Sepanggar, Parlimen Beaufort, Parlimen Kota Kinabalu, Parlimen Tuaran dan juga di kebanyakan DUN. Tidak kurang juga, KIMMA menyampaikan maklumat melalui laman sosial untuk mendekati golongan muda.

Kami terus berjanji kepada seluruh rakyat Sabah bahawa perjuangan kami bukannya untuk mendapatkan kerusi untuk bertanding. Kami tegaskan bahawa kami bukan seperti MIC (Artikel Sabahkini) yang mengatakan bahawa mereka menginginkan bertanding di Sabah dan juga menginginkan Jawatan penting seperti Senator.

Akan tetapi, KIMMA adalah semata- mata untuk membantu Datuk Seri Musa Hj Aman terus memperkuatkan pimpinan mereka di sini di samping mempertahankan agama Islam dan mengutamakan kebajikan.

Selesai kehangatan PRU 13, KIMMA akan mengadakan satu mesyuarat penting di mana kami akan bersama-sama berikar akan menggandakan usaha kami dalam membuat kebajikan dan menarik sokongan rakyat terhadap kerajaan sebaik mungkin; walaupun MIC Sabah masih belum bersedia menerima perjuangan KIMMA,  yang akan merugikan Barisan Nasional.

Masyarakat India di Sabah lebih ramai orang Islam yang rata-ratanya menyokong KIMMA dan berada di seluruh negeri Sabah. MIC harus sedar dan sanggup menerima KIMMA di Sabah kerana kekuatan kami lebih daripada MIC yang hanya bertumpu di beberapa kawasan tanpa ahli yang ramai.

Untuk kepentingan BN, kami bersiap sedia mendengar segala arahan daripada pimpinan BN supaya transformasi BN dapat dilaksanakan. Kami bersedia berkerjasama dengan MIC.

Namun, sediakah MIC berkerja sama dengan kami? Kerajaan UMNO pimpinan Datuk Seri Musa Hj Aman juga harus menyedari usaha dan ikhlas kami dalam membantu mereka memperjuangkan BN dan bukannya termakan fitnah yang dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menjatuhkan KIMMA.

Usaha dan kerja keras kami kepada parti BN harus diterima baik. KIMMA bukannya parti komponen. KIMMA dalam UMNO. Perdana Menteri dalam Perhimpunan KIMMA mengatakan bahawa ‘kita dalam satu kapal’. Maka kami berharap, UMNO Sabah juga turut membawa kami dalam kapal tersebut selagi perjuangan kita sama.

Sebelum KIMMA masuk ke Sabah, India Muslim bernaung di bawah MIC. Namun, MIC gagal mempertahankan dan memperjuangkan kepentingan kaum India serta tidak mengadakan sebarang aktiviti yang boleh menarik minat masyarakat tempatan.

MIC juga pada masa itu gagal mengadakan sebarang program kebajikan demi negeri tercinta ini. Pada masa itu, India Muslim terus menaruh kepercayaan pada Dewan Perniagaan dan Perindustrian yang terbukti mengadakan lebih banyak program bersama rakyat tempatan walaupun kami parti yang agak miskin dan tidak pernah mendapat sebarang peruntukan.

Hasil usaha berkat dan kerja keras, maka kami telah menerima Parti KIMMA. Kini semua India Muslim Sabah bersyukur kerana dapat keluar daripada MIC Sabah yang terus leka di kala politik Malaysia terus dilanda Tsunami. Lebih lebih lagi, KIMMA juga lebih memperjuangkan agama Islam dan berada dalam satu kapal bersama UMNO.

KIMMA Sabah melalui Presiden KIMMA Malaysia juga merancang mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri; membincangkan masalah yang dihadapi KIMMA Sabah dalam usaha memperbaiki KIMMA Sabah agar dapat melaksanakan perkara yang dirancang. 

Janji Perdana Menteri yang juga tidak akan melupakan masyarakat India Muslim akan terus dikenang dan dibalas dengan sokongan yang tidak berbelah bagi. Bukan jawatan atau duit yang kami kejar.

70 peratus kaum India Muslim Sabah di bawah KIMMA bersiap sedia untuk berkhidmat kepada Negeri tercinta ini. Perjuangan KIMMA agak berbeza dengan perjungan MIC kerana kami rata-rata mempertahankan hak hak Islam di Sabah.

Misalnya, kami mempunyai beberapa Madrasah yang mengajar ilmu agama secara percuma kepada orang tempatan. MIC mungkin lebih kepada Kaum India Hindu. Walaupun terdapat beberapa orang India Muslim bersama mereka kerana faktor Parti tersebut yang kononya mendapat sokongan khas daripada Ketua Menteri Sabah.





LENGKAP....Bilik Gerakan KIMMA Sabah sempena PRU 13 yang lalu.


Apa yang KIMMA sedar ialah, Ketua Parti BN adalah adil kepada semua komponen parti mereka  dan tidak berpihak kepada mana-mana parti sekalipun.

KIMMA Sabah sudah bersiap sedia mengharungi cabaran yang ada di hadapan demi kebaikan bersama. Kami yakin Pimpinan Datuk Musa akan memberikan sokongan dan penghargaan pada perjuangan kami.

Kami telah mula bergiat aktif, perjuangan kami melalui Presiden KIMMA Sabah, seorang bekas guru yang begitu berjasa kepada negeri Sabah  tidak pernah kenal erti penat dan bermotivasi tinggi serta bersemangat dan daya juang yang tinggi memperjuangkan parti serta membantu rakyat Sabah dalam bersama-sama membangunkan negeri Sabah.

Parti KIMMA Sabah  mempunyai 3 sayap iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri. Ketua Pemuda KIMMA Sabah merupakan keturunan India Muslim yang begitu komited mendekati golongan muda terutama melalui sumber laman sosial dan blogger, Ketua Wanita merupakan Isteri kepada India Muslim yang berbangsa bumiputera Dusun.

Beliau begitu bersemangat dalam memastikan KIMMA menggerakan sayap tersebut secara aktif walaupun bukannya berketurunan India. Ketua Puteri pula merupakan seorang  keturunan India Muslim Sabah  yang sentiasa komited dan mempertahankan hak hak rakyat.




PERKASA....Sebahagia Wanita dan Puteri KIMMA Sabah Bahagian Beaufort.

KIMMA Sabah  juga wujud di peringkat cawangan seperti Kota Kinabalu, Inanam dan Sandakan. Kami dalam usaha menambah beberapa cawangan lagi bagi melincinkan urusan kami seperti di Beaufort, Penampang, Tawau dan Papar. Kami juga akan cuba membuka cawangan kami di Lahad Datu pada masa akan datang.

Hasil semua gabungan ini, KIMMA telah menjadi sebuah parti yang kuat dan bersiap sedia berkhidmat kepada rakyat demi agama dan negara tercinta.

Usaha kami adalah satu, dalam memastikan Barisan Nasional terus memerintah dan menegur mereka melalui cara yang baik apabila tidak disenangi oleh rakyat.

Tidak perlu kerusi, tidak perlu jawatan, tidak perlu pengaruh. Kami di KIMMA bersedia tunjukkan kepada rakyat Sabah bahawa kami benar- benar Ikhlas membantu BN dengan mengunakan segala tenaga yang kami miliki.



BENTANG....Ketua Puteri Sabah sedang membentangkan masalah rakyat di Mesyuarat KIMMA.

Oleh itu, kami berharap semua India Muslim di Sabah terus menyokong kuat KIMMA agar kita dapat membantu kerajaan BN dalam semua hal di samping memperbanyakkan program kemasyarakatan. Kami juga mengharapkan kerjasama daripada semua parti komponen supaya kami boleh terus berkhidmat demi kepentingan agama dan negara.

Dikesempatan ini, KIMMA Sabah memaklumkan bahawa kami dalam usaha membina sebuah masjid di kawasan sekitar Inanam atau Kota Kinabalu. Kami telah mengumpulkan sejumlah RM 500,000 daripada para peniaga India Muslim untuk membina Masjid tersebut. 

Begitu juga, kami sedang mengusahakan untuk menambah bilangan Madrasah dan dalam usaha mewujudkan beberapa pusat tuisyen dan makmal Komputer.

Sesiapa yang ingin membantu usaha murni kami, bolehlah menghubungi pejabat KIMMA Sabah di Inanam Business Centre, berhadapan Terminal Bas Inanam.

Salam Hormat,

KETUA PEMUDA KIMMA SABAH

No comments:

Post a Comment