Wednesday 8 May 2013

KOMPONEN BN SILAM RAYU ADUN MEREKA ANGGOTAI KABINET







LAHAD DATU: Parti-parti komponen Barisan Nasional di kawasan agar kerajaan negeri yang bakal dibentuk memilih wakil rakyat Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Apdal sebagai salah seorang ahli kabinet negeri.

Ketua Bahagian MCA Silam, Datuk Teah Heok Kuin berkata cadangan itu adalah berdasarkan kepada kemenangan dengan majoriti besar yang diperolehi calon-calon BN di semua kawasan Parlimen Silam khasnya di N50 Lahad Datu.

"Dengan kemenangan besar yang diicapai ini, kami dari parti komponen MCA, Gerakan, PBS dan LDP sudah sebulat suara untuk bersatu dan membuat keputusan agar pucuk pimpinan kerajaan negeri dapat melantik wakil rakyat N50 menjawat jawatan menteri penuh," katanya dalam satu majlis perjumpaan yang turut dihadiri oleh pengerusi dan ahli-ahli daripada parti-parti komponen berkenaan di sini, kelmarin.

Dalam keputusan PRU13 pada Ahad, Yusof telah menewaskan Arifin Hamid @ Alfa Hamid dari parti Star, ALiandu Enjil (SAPP) dan Abdul Hamid Awong dari calon PKR dengan memperolehi majoriti 8,415 undi.

Yusof mendapat 12,949 undi manakala arifin (341) Aliandu (912) dan Abdul Hamid (4,534).

"Dengan pencapaian itu, saya rasa kemenangan kali ini merupakan satu Sejarah dalam politik di Lahad Datu. Kita juga melihat dalam PRU kali ini sebanyak 76 Peratus penduduk telah keluar mengundi dan ia menunjukkan satu peningkatan.

"Hampir 80 peratus masyarakat Cina Lahad Datu juga turut keluar mengundi dan ia secara tidak langsung menyumbang kepada kemenangan besar BN. Kita melihat masyarakat Cina di Lahad Datu juga telah bersatu dan menyokong calon-calon BN khasnya di N50 ini," katanya.

Justeru, beliau dan tiga komponen parti lain memohon kepada pucuk pimpinan kerajaan negeri agar wakil rakyat di kawasan itu dapat dilantik sebagai salah seorang ahli kabinet negeri kerana melihat kepada keperluan daerah Lahad Datu yang juga telah diumumkan sebagai pusat Esscom.

"Selain itu, Lahad Datu juag merupakan sebuah daerah yang sedang membangun dengan pest dan banyak peluang dan potensinya untuk terus berkembang. Maka melihat dari segi aspek kepeluan itu kami berharap kerajaan perlu memberi peluang dan pertimbangan perkara ini," katanya.

No comments:

Post a Comment