Saturday 11 May 2013

KONSEP 1 MALAYSIA BAKAL HILANG?







Oleh : LO_PHUNK

SEMANGAT 1 Malaysia yang dilaungkan oleh Najib Razak selepas menjadi Perdana Menteri tidak mampu mengekang semangat dan suara rakyat yang kian memberontak akibat terhimpit dengan masalah kenaikan harga minyak kenderaan; sekaligus melonjak harga barang keperluan harian.

Walaupun berjaya merampas kembali Kedah pada PRU 13 yang lepas namun, BN telah kehilangan 7 ahli parlimen dan beberapa ADUN serta menyaksikan pencapaiannya jauh lebih teruk berbanding Pak Lah.

Kini sudah ada desas-desus mengatakan bahawa Najib juga didesak untuk meletak jawatan sebagai PM dan digantikan dengan timbalannya iaitu Muhyhidin. Kabinet baru yang bakal dibentuk juga menyaksikan terdapat muka-muka baru dalam pentadbiran PM yang baru.

Seandainya perkara ini berlaku, bagaimana dengan Dasar 1 malaysia yang dilaung-laungkan oleh Najib? Adakah dasar ini juga bakal berkubur sama seperti dasar 'Islam Hadhari' yang dibuat oleh Pak Lah?

Jadi seandainya dasar baru dilaksanakan oleh PM yang baru dengan menteri kabinet yang baru, apa bezanya dengan menukar parti pemerintah?

Senarionya sama sahaja iaitu menukar Ketua Pemerintah dengan dasar baru dan muka baru dalam kabinet PM yang baru daripada Pakatan Rakyat? Kerajaan kekal berjalan seperti biasa; cuma berbeza adalah Ketua Pemerintah.

Tetapi nasi sudah menjadi bubur. BN sudah menang. BN akan menerajui tampuk pemerintahan sepenggal lagi dan rakyat terpaksa menghadapi segala kemungkinan kenaikan harga barang yang kini sudah dirasai.

No comments:

Post a Comment