Saturday 4 May 2013

LAJIM UMUM KELUAR UMNO SECARA RASMI






BEAUFORT : Pengerusi Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) yang juga calon PKR bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias dan Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin mengumumkan secara rasmi keluar dari Umno setelah meletakkan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Julai tahun lepas.

Beliau yang juga bekas timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata sebelum ini beliau masih menjadi anggota Umno setelah meletakkan semua jawatan dalam parti dan kerajaan.

"Ini cuma sebagai pengumuman rasmi. Bagaimanapun sejak menyertai Pakatan Rakyat saya anggap telah keluar dari Umno kerana saya hanya menunggu Lembaga Disiplin Umno memecat saya namun sehingga sekarang tindakan itu masih belum dilaksanakan.

"Yang anehnya ahli Umno yang bertanding atas tiket Bebas pada PRU13 ini dipecat serta merta kerana menyalahi peraturan parti. Saya melakukan perkara yang sama tetapi tidak juga dipecat," katanya pada sidang media di kediamannya di sini.

Lajim berkata sehingga kini beliau tidak tahu mengapa Umno tidak mengambil apa-apa tindakan terhadapnya, dan ini mungkin akan menjadi isu.

"Saya akan menghantar borang keluar dari Umno selepas pilihan raya nanti," katanya. (Bernama)

No comments:

Post a Comment