Saturday 4 May 2013

LINDA MUNGKIN TEWAS DI BATU SAPI JIKA.....







KESAL...Hj Ramlie kesal dengan sikap Linda yang membelakangi ahli-ahli PBS.

Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto :SAFFIE S JUMADI

BATU SAPI : Ketua Cawangan Parti Bersatu Sabah (PBS) cawangan Yayasan Sabah P.185 Batu Sapi (No Daftar C.895) Haji Ramlie Hj Mahali berkata, sekiranya Calon BN Parlimen Batu Sapi Datin Linda Tsen Thau Lin tewas ditangan calon pembangkang pada PRU 13 ini, jangan salahkan ahli-ahli PBS di kawasan tersebut.

"Kita amat kecewa  kerana Linda telah membelakangi ahli-ahli PBS dalam membantu jentera kempen PRU ini sebaliknya memberi keutamaan kepada ahli-ahli UMNO kawasan Batu Sapi,"
kata Hj Ramlie.

Menurut Hj Ramlie, sebelum hari penamaan calon beliau (Ramlie) telah  berjumpa dengan Linda  mencadangan agar Linda memanggil semua Ketua Cawangan PBS Batu Sapi untuk membentuk satu gerakan jentera pilihanraya khusus bagi membantu calon BN di Parlimen Batu Sapi, tetapi sehingga sekarang tiada sebarang respon.

“Walaupun Linda dikatakan tidak sehaluan dengan ketua dan ahli cawangan PBS, terutama  kroni Bonny P Juanico, Ketua Bahagian PBS Sekong  yang anti Linda; sepatutnya Linda tidak memulaukan ahli yang masih setia dengan beliau,” jelas Ramlie.


Sebagai Ketua Cawangan PBS, walaupun dipulaukan oleh Calon BN Parlimen Batu Sapi tetapi Haji Ramlie dan pengikutnya yang lain akan tetap setia dengan pucuk pimpinan Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri iaitu Datuk Seri Musa Hj Aman.

"Linda begitu memberi keutamaan kepada ahli-ahli UMNO daripada PBS untuk membantu kempennya. Kami dilayan seperti tunggul mati,” ujar Hj Ramlie yang mendesak Linda mengubah egonya bagi memastikan kerusi parlimen Batu Sapi kekal ditangan BN.

Kata Hj Ramlie, walaupun pihaknya telah dipinggirkan oleh Linda, mereka tetap menyokong agar kerusi parlimen berkenaan kekal milik BN (PBS).

“Saya tidak berniat memburuk-burukkan Linda, tetapi ini  satu kenyataan seperti pengagehan bantuan seperti tangki air, komputer dan sebagainya. Kita dapat tahu 70 peratus penerima bantuan ini adalah ahli UMNO; manakala ahli PBS hanya menggigit jari?” tegasnya.

Haji Ramlie berkata demikian dalam satu temubual khas dengan Sabahkini.Net di restorannya, dekat sini kelmarin.

Katanya lagi, jika Linda Tsen tidak sehaluan dengan Ketua Bahagian PBS Batu Sapi, jangan melibatkan semua ahli PBS lain kerana mereka tidak bersekongkol dengan Bonny.

"Sekali lagi saya tegaskan di sini, seandainya Calon BN Parlimen Batu Sapi  kalah di tangan PAS, jangan salahkan ahli-ahli PBS kerana mungkin mereka terlalu kecewa dengan sikap Linda yang membelakangkan mereka, seperti sampah hanyut,” ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, Presiden PBS harus campurtangan mengenai hal ini kerana Linda telah meminggirkan PBS untuk  membantu jentera kempen PRU 13 ini.

"Berani saya katakan, Calon PAS Parlimen Batu Sapi Haji Hamzah Abdullah telah mendapat sokongan padu daripada pengundi Cina; sama ada dari Tanah Merah, Bandar Nam Tung, Badar Ramai-Ramai. Bandar Leila, Jalan Cecily, Sibuga, Taman Mawar, Karamunting dan Pasir Putih ini tidak termasuk dengan para pengundi Melayu,” jelas Haji Ramlie yang mengkategorikan Batu Sapi sebagai kawasan Kelabu.

No comments:

Post a Comment