Wednesday 22 May 2013

MAHKAMAH PILIHANRAYA Vs MAHKAMAH RAKYAT






Oleh : MOHAMED HANIPA MAIDIN

PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) boleh memohon semakan supaya pilihan raya diadakan semula dengan mengemukakan petisyen selepas pewartaan keputusan oleh SPR, mengikut undang-undang.

"Selepas diwartakan dalam tempoh 21 hari, mereka boleh buat petisyen, itu yang betul dan kalau bukti-bukti itu jelas serta lengkap dan pihak hakim mengakui wujudnya perlakuan rasuah, penipuan atau menyalahi undang-undang, maka mungkin Hakim Mahkamah Tinggi berkenaan akan memutuskan bahawa keputusan pilihan raya itu tidak sah," kata Aziz.

Sentimen yang sama juga diluahkan oleh Presiden Umno Najib Tun Razak. Najib menyatakan Umno akan terima apa sahaja keputusan mahkamah.

Inilah skrip basi SPR dan Umno. Bagi kedua-dua tokoh ini penyelesaian kepada kepincangan sistem pilihanraya adalah mahkamah. Hujah Najib dan SPR ini hakikatnya satu lagi bentuk penipuan halus pihak berkuasa untuk mengelirukan mereka yang jahil tentang petisyen pilihanraya.

Saya ingin nyatakan dengan tegas petisyen piliharaya dan mahkamah bukan penyelesaian kepada kepincangan pilihanraya. Alasannya cukup mudah. Mahkamah pilihanraya (election court) beroperasi dalam ruang lingkup undang-undang pilihanraya yang digubal oleh rejim BN yang korup dan penipu.

Jadi bagaimanakah undang-undang yang digubal oleh rejim yang penipu dapat menyelesaikan pilihanraya yang sarat dengan penipuan!
Ibarat yang mudah adalah bagaimanakah kita boleh mengharap kambing selamat dari serigala jika yang jaga kambing adalah serigala?

Dalam undang-undang pilihanraya, alasan pembatalan sesuatu pilihanraya hanya boleh dibuat oleh hakim pilihanraya melalui seksyen 32 Akta Kesalahan Pllihanraya 1954. Seksyen 32 menggariskan lima alasan [ 32 (a) hingga (e)] bagi pembatalan pilihanraya oleh Mahkamah Pilihanraya.

Najib dan SPR arif dan tahu berdasarkan seksyen 32 (a) hingga (e) Akta tersebut hampir mustahil untuk membatalkan sesuatu pilihanraya. Bagi memudahkan faham mari kita lihat bagaimana seksyen 32 (b) Akta tersebut digubal oleh rejim BN.

Berdasarkan seksyen 32 (b) tersebut sesuatu pilihanraya hanya boleh dibatalkan jika mahkamah pilihanraya berpuashati wujudnya perlanggaran undang-undang pilihanraya namun perlanggaran itu mestilah dalam masa yang sama menjejaskan keputusan pilihanraya.

Sebagai peguam yang banyak terlibat dalam petisyen pilihanraya saya ingin nyatakan membuktikan perlanggaran undang-undang atau peraturan pilihanraya bukan suatu yang susah kerana Umno dan SPR seringkali langgar undang-undang pilihanraya. Malahan banyak kali kami peguam PAS dapat membuktikan hal tersebut.

Yang sukarnya hingga ke tahap hampir mustahil adalah membuktikan perlanggaran undang-undang oleh Umno dan SPR boleh menjejaskan keputusan pilihanraya.

Hakim–hakim di negara ini sehingga sekarang memilih tafsiran kuno tentang maksud menjejaskan keputusan pilihanraya. Di negara maju seperti di England para hakim di sana berpendapat jika berlaku perlanggaran undang-undang secara substantif maka pilihanraya adalah tidak sah tanpa mengira perlanggaran itu menjejaskan atau tidak menjejaskan keputusan pilihanraya.

Tafsiran mahkamah di Malaysia berdasarkan tafsiran matematik. Contohnya jika calon A yang kalah dengan majoriti 1,000 undi dapat buktikan wujudnya perlanggaran undang-undang; misalnya dakwat tidak kekal di jari pengundi, calon A kena buktikan 1001 pengundi yang dakwat dijari mereka tidak kekal dan kesemua 1001 pengundi itu kena juga dibuktikan telah mengundi dua kali.

Jika tidak dibuktikan, meskipun calon A boleh buktikan penggunaan dakwat yang tidak kekal adalah bercanggah dengan undang-undang; namun pilihanraya yang langgar undang-undang itu masih dikira sah dan tidak boleh dibatalkan.

Itulah yang hakim-hakim di negara ini akan putuskan. Jika hakim putuskan begitu Najib dan SPR secepat kilat akan berkata “lihatlah mahkamah telah pun memutuskan pilihanraya adalah sah..jadi mengapa Pakatan Rakyat masih tidak puas hati?”

Bagi saya ini satu muslihat licik Umno untuk menggunakan saluran mahkamah untuk menjustifikasi penipuan.

Sebab itu saya tegaskan mahkamah atau petisyen bukan jalan penyelesaian kepada kepincangan sistem pilihanraya. Mahkamah rakyat adalah penyelesaiannya.

Bagi rakyat jika SPR atau undang-undang kata dakwat yang digunakan adalah kekal maka SPR kena pastikan dakwat itu benar-benar kekal. Jika tidak kekal maka SPR tipu. Undang-undang juga tipu.

Inilah perbezaan mahkamah pilihanraya dan mahkamah rakyat. Di mahkamah pilihanraya hakim tidak boleh batalkan pilihanraya meskipun SPR tipu kerana hakim terikat dengan undang-undang yang digubal oleh rejim penipu.

Sebaliknya di mahkamah rakyat keadilannya lebih tulen. Jika SPR dan undang-undang tipu maka pilihanraya yang BN menang adalah pilihanraya tipu. Maka PM dan Menteri yang dilantik juga dikira oleh rakyat dikira sebagai PM penipu dan menteri penipu! (Harakahdaily)

30 comments:

  1. Dalam keputusan PRU 13 amat tidak mengembirakan Anwar kerana Anwar gagal ke Putrajaya dan memegang jawatan sebagai Perdana Menteri. Ketidakpuasan hati Anwar bergitu dijelmakan secara sistematik melalui dakwaannya kegagalan pembangkang menawan Putrajaya kerana PRU 13 tidak dijalankan secara telus selain BN membawa pengundi hantu,termasuk rakyat asing

    ReplyDelete
  2. Oleh itu Anwar dan PR telah merancang untuk mengerakkan semula " gerakan reformasi " era 1998 (gerakan selepas Anwar di pecat oleh Dr Mahathir) dan pada malam 8/5 (lebih 50,000) penyokong PR berkumpul di Stadium Kelana Jaya untuk memulakan apa yang Anwar difinasikan sebagai " gerakan protes " untuk menuntut sistem pilihanraya telus".

    ReplyDelete
  3. Kaedah Anwar dan para strategist PR ialah " membina mind games " dalam minda rakyat Malaysia . Beliau mahu minda rakyat menerima " permainan persepsi " mereka iaitu BN menang secara penipuan . Bagi mereka strategi " mind games " dan " permainan persepsi " dan di ikuti dengan " provokasi " akan mempergaruhi minda rakyat dan akhirnya rakyat akan mempercayai dan rakyat boleh melakukan " mass protes " kepada Kerajaan Najib.

    ReplyDelete
  4. Inilah matlamat Anwar iaitu mengerakan " mass protest " seperti apa yang berlaku di Mesir, Libya dan Tunisia ( Arab Spring ). Bagi Anwar selagi rakyat bermindakan emosi selagi itu senang bagi nya untuk mempengaruhi rakyat.

    ReplyDelete
  5. Oleh kerana itu Anwar dan Para strategist PR telah " attack " BN dan minda rakyat dengan momokan seperti peratusan undi popular PR (51 %) lebih tinggi dari BN( 47 %), jadi sepatutnya PR lah yang patut jadi kerajaan dan dakwaan kemenangan BN dalam PRU 13 secara " tipu muslihat ". Inilah persepsi yang Anwar bina untuk mengelirukan minda rakyat.

    ReplyDelete
  6. Mereka akan mainkan momokan ini berkali-kali dan berulang-ulang dalam kaedah mengikut kapasiti mereka terutamanya dalam media sosial mereka . Ini kerana kaedah "mind games" , "persepsi" dan "provokasi" ( strategi 1M 2P) perlu kan kaedah "attacking" secara berulang-ulang dan "non stop" untuk pasti kan suasana dan persekitaran BN (Kerajaan Persekutuan ) dalam keadaan "defensif" dan terpaksa "menjawab" isu-isu yang di bawa dalam arus protes tersebut.

    ReplyDelete
  7. Matlamat strategi 1M 2P adalah untuk "mengerakan "mass protest" atas dasar untuk mengujudkan perasaan "anti BN". Apapun yang paling penting strategi IM 2P sudah bermula malam tadi di Stadium Kelana Jaya.

    ReplyDelete
  8. Kita masih ingat "gerakan reformasi" di hujung 1990an, Anwar masih mengunakan strategi ini. Dr Mahathir pernah berhadapan dengan "gerakan reformasi" ala gerakan reformasi Indonesia dan Dr Mahathir berjaya memusnahkan "gerakan ini dengan bijaksana", walaupun Suharto gagal. Maknanya Dr Mahathir lebih bijak dari Anwar dan akhirnya gerakan itu dilenyapkan menjadi gerakan politik secara sah dengan penubuhan Parti Keadilan Rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  9. Pada masa kini, Anwar masih mahu mengunakan strategi 1M 2P lagi. Tetapi dengan menjadi "keputusan PRU 13" sebagai agenda ketidakpuasan hati nya sebagai agenda untuk mengerakan "mass protes " ala " Arab spring " .

    ReplyDelete
  10. Anwar mahu protes ini berlangsung secara berterusan sebagai satu "pressure "kepada Najib dan Kerajaan BN di Putrajaya dan cubaan untuk melemahkan Najib dan Kerajaan BN, kemudiannya akan hilang populariti nya, akhirnya strategi ini akan menumbangkan Najib dan BN. Itulah agenda Anwar dalam strategi 1M 2P.

    ReplyDelete
  11. Dalam pembacaan teori strategi politik, strategi Anwar tidak sukar untuk di baca dan di halang. Ini kerana Anwar terpaksa mempastikan "gerakan ini very consistant" dan juga untuk "mempastikan the majority rakyat "menyokong gerakan Anwar ini.

    ReplyDelete
  12. Kedua-dua perkara diatas jelas menjadi cabaran kepada Anwar dan para strategist PR. Yang penting Anwar masih terlupa yang "bersetuju" dengannya hanya lah Anwar dan para penyokongnya yang totok dengan perjuangan nya. Persoalannya adakah DAP setuju dengan gerakan ini. Guan Eng, Karpal dan Lim Kit Siang pastinya tidak setuju kerana mereka juga takut gerakan "mass protest" akan berjangkit ke negeri Pulau Pinang yang DAP perintah dan Guan Eng sendiri sudah pun melalui pengalaman ini semasa pemerintahan nya selepas PRU 12.

    ReplyDelete
  13. Begitu juga dengan PAS adakah mereka setuju dengan tindakan ini, sudah tentunya tidak kerana sudah selesa dengan kemenangan selesa PAS di Kelantan. Mungkin kehadiran mereka (DAP dan PAS) malam tadi hanya proses untuk mereka menghormati Anwar.

    ReplyDelete
  14. Dalam sejarah politik demokrasi, pemimpin yang kecewa secara peribadi (emosi) dan bukan berdasarkan kepada fakta dan realiti (rasional) tidak akan berjaya contohnya pada tahun 1997 -1998 Anwar sendiri gagal dalam gerakannya).

    ReplyDelete
  15. Oleh itu formula untuk berlawan strategi dengan Anwar ialah Najib perlu mengunakan pendekatan yang berlawanan dengan Anwar, sekiranya Anwar mengunakan strategi negatif (menjatuhkan kerajaan secara kekerasan), maka Najib perlu mengunakan pendekatan positif (jangan gunakan kekerasan dalam tindakan menghalang gerakan Anwar , kerana tindakan kerasan adalah perangkap Anwar dan tindakan negatif ini akan menjadi minyak yang akan membesarkan api kecil yang cuba untuk membesar), Najib perlu fokas kepada membina kesejahteraan rakyat dengan melaksanakan aku janji BN dan biar rakyat merasakan kesejahteraan tersebut dan akhirnya rakyat tidak akan memperdulikan gerakan Anwar.

    ReplyDelete
  16. Strategi ini boleh menghancurkan gerakan Anwar kerana rakyat lebih penting kepada kesejahteraan mereka dan bukan gerakan yang boleh merosakkan kesejahteraan mereka . Akhirnya dengan sendiri gerakan akan bertambah kecil dan makin lama ia akan hilang dengan sendiri, seperti apa yang di buat oleh Dr Mahathir dulu.

    ReplyDelete
  17. Anwar sudah lupa pada masa ini, Najib sudahpun menerima pengiktirafan dari Presiden Obama, Perdana Menteri Singapura, Perdana Menteri Australia, Britain dan juga New zealand, serta negara-negara seluruh dunia. Ini membuktikan semua pemimpin besar dunia ini mengakui BN menang PRU 13 secara adil dan sah mengikut lunas demokrasi.

    ReplyDelete
  18. Rakan-rakan kepimpinan Pakatan Rakyat juga sudahpun mengiktiraf keputusan PRU 13 kerana itu Guan Eng dan Ahmad Yakob telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di Pulau Pinang dan juga Kelantan. Ini membukti yang tidak iktiraf keputusan PRU 13 ialah Anwar yang masih teringin untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dan untuk itu Anwar telah membawa penyokong totoknya dan rakyat minoriti yang terhasut untuk menjadi benteng untuknya .

    ReplyDelete
  19. Pembangkang didesak supaya mengemukakan petisyen
    kepada mahkamah, jika tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya
    Umum Ke-13 (PRU-13).

    ReplyDelete
  20. keputusan pilihan raya tersebut telah diwartakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan sekarang merupakan waktu yang sesuai bagi mereka membuktikan kebenaran di atas segala tohmahan yang dilemparkan kepada kerajaan melalui saluran rasmi.

    ReplyDelete
  21. hal ini penting bagi menjamin dan menjaga nama baik sistem demokrasi negara.

    "Gunakan mahkamah dan sudah-sudahlah menyalak tak tentu pasal, kata itu dan ini kepada kerajaan dan akhirnya mereka hanya mewakili suara minoriti rakyat Malaysia,

    ReplyDelete
  22. walaupun pembangkang sering mendakwa berlaku penipuan di dalam PRU-13, mereka gagal menunjukkan bukti, malahan tidak membuat aduan rasmi kepada SPR.

    ReplyDelete
  23. Semalam, Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria juga meminta hakim di seluruh negara supaya mendengar dan menyelesaikan setiap petisyen yang dikemukakan oleh parti politik yang bertanding pada PRU-13 dalam tempoh enam bulan daripada tarikh difailkan.

    ReplyDelete
  24. Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Syed Ibrahim Kader menyifatkan kegagalan pembangkang mengemukakan bantahan rasmi menunjukkan mereka hanya bersandiwara selama ini.

    ReplyDelete
  25. Sudah 21 hari pilihan raya berlangsung, macam-macam kita dengar, isu pengundi hantu, black out, kalau ada bukti dah lama mereka bawa ke depan.

    ReplyDelete
  26. Tindakan pembangkang seolah-olah nak ganggu keamanan negara, sengaja alih perhatian rakyat kata kerajaan tak jujur tapi mana buktinya.

    ReplyDelete
  27. Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Perak pula mahu pembangkang bersikap jujur di atas kenyataan yang dilemparkan mengenai PRU-13 dengan mengeluarkan satu petisyen khas dan lengkap dengan hujah-hujah berdasarkan fakta.

    ReplyDelete
  28. Pengerusinya, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi berkata, hanya melalui
    cara tersebut mampu mempertahankan integriti mereka sebagai pembangkang
    yang bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  29. Saya mewakili kesemua NGO di negara ini meminta pembangkang mengeluarkan petisyen bagi mencabar keputusan pilihan raya yang dimenangi oleh BN.

    ReplyDelete
  30. "Jika mereka gagal dan terus berdegil, pembangkang harus memohon maaf kepada kerajaan dan juga rakyat Malaysia di atas kesalahan mereka," katanya

    ReplyDelete