Sunday 19 May 2013

MALAYSIA SPRING DIRANCANG AWAL






SIDANG .....TUNKU Abdul Aziz Tunku Ibrahim (kiri) dan Tan Tuan Tat mengadakan sidang akhbar mengenai Malaysia Spring anjuran Anwar Ibrahim di Kelab Sri Damansara di Kuala Lumpur, semalam.

Oleh : KASTHURI JEEVENDRAN

KUALA LUMPUR : Pembangkang didakwa sudah lama merancang konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan dengan nama Malaysia Spring sekiranya kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, seorang pemimpin tertinggi DAP pernah membayangkan demonstrasi melampau seperti Arab Spring itu bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Beliau mendakwa, Penasihat Seumur Hidup DAP, Dr. Chen Man Hin pernah menyatakan sokongan kepada Bersih 3.0 selain membayangkan demonstrasi itu sebagai permulaan kepada Malaysia Spring pada 26 April tahun lalu.

"Saya agak musykil, apakah yang dimaksudkan beliau dengan Malaysia Spring? Adakah beliau menyokong rusuhan dan keganasan seperti yang berlaku di negara-negara Arab? Adakah juga Bersih 3.0 hanyalah permulaan kejadian lebih buruk selepas ini?" katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Kelab Sri Damansara, di sini hari ini.

Yang turut hadir, bekas Ketua Cawangan DAP Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat.

Menurut Tunku Abdul Aziz, demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram setakat ini dirancang pemimpin politik tertentu sejak beberapa tahun lalu sekiranya tidak mendapat mandat menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Disebabkan itu juga, katanya, beberapa pemimpin pembangkang ketika itu berterusan menggesa rakyat bersama-sama mereka menggulingkan kerajaan melalui beberapa siri demonstrasi jalanan.

"Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini sedang menjelajah seluruh negara dengan misi untuk terus membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan kononnya terdapat penipuan dalam pilihan raya umum lalu. Dia terus berbohong dengan mengaku dia ialah Perdana Menteri yang sah," katanya.

Tambah Tunku Abdul Aziz, apa yang menghairankan pemimpin pembangkang lain sudah memulakan tugas sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing meskipun dalam masa sama menuduh pilihan raya umum lalu tidak telus.

Malah, katanya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah antara yang paling awal mengangkat sumpah sekali gus mengakui kemenangannya menerusi proses pilihan raya umum itu.

"Kalau mereka menang, mereka tidak bising malah akui keputusan itu telus tetapi yang kalah menyalahkan kerajaan dengan pelbagai tuduhan tidak logik termasuk 'mengimport' warga Bangladesh mengundi selain berbohong Presiden Amerika, Barack Obama akan campur tangan," katanya.

Dalam pada itu, beliau menggesa polis mengambil tindakan tegas dalam usaha mengekang tindakan Anwar dan pemimpin pembangkang lain daripada terus mengadakan perhimpunan haram di seluruh negara.

Katanya, beliau bimbang tindakan bebas pemimpin pembangkang menghasut rakyat itu boleh mencetus kepada perhimpunan haram yang lebih besar dan ganas pada masa depan.

"Pembohongan yang menyentuh sentimen rakyat akan menjadi aset untuk mereka merancang sesuatu yang lebih besar dan buruk. Pihak polis perlu bertindak lebih tegas, jangan biarkan golongan seperti ini menghancurkan keamanan negara," katanya.

53 comments:

  1. pihak tidak berpuas hati dengan keputusan PRU-13 boleh mengemukakan petisyen melalui mahkamah selepas pewartaan dijangka pada akhir bulan ini

    ReplyDelete
  2. SPR menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan polis untuk memastikan keselamatan negara dan ketenteraman awam ekoran tindakan Anwar mengadakan perhimpunan bantahan di merata tempat.

    ReplyDelete
  3. SPR tidak akan berdiam diri tetapi mesti membuat perancangan rapi mengikut kedaulatan undang-undang.

    ReplyDelete
  4. Pejabat penasihat undang-undang SPR sedang meneliti, mengkaji, mengumpul bukti dan memberi nasihat kepada SPR mengenai langkah terbaik menangani dakyah pembohongan Anwar.

    ReplyDelete
  5. jika ada sebarang unsur yang dikesan bertentangan dengan undang-undang, polis akan pertimbangkan untuk tindakan sewajarnya

    ReplyDelete
  6. Perancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimport demonstrasi jalanan ala 'Arab Spring' mampu menghancurkan keamanan serta kestabilan negara.

    ReplyDelete
  7. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, 'Arab Spring' sekadar alat merealisasikan hasrat Ketua Pembangkang berkenaan menjadi Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  8. Anwar tidak akan sesekali mempedulikan soal kestabilan atau kemerosotan ekonomi dalam memastikan hasrat tersebut tercapai.

    ReplyDelete
  9. Ketika di Australia baru-baru ini, Anwar dilaporkan mahu menggerakkan 'Arab Spring' di Malaysia. Dia akan membawa gaya demonstrasi Dataran Tahrir, Kaherah ke Kuala Lumpur dengan melibatkan ratusan ribu rakyat untuk menjatuhkan kerajaan jika gagal dalam pilihan raya

    ReplyDelete
  10. perancangan membawa 'Arab Spring' ke negara ini perlu diambil perhatian serius kerana Anwar selama ini menonjolkan dirinya sebagai pakar dalam mencetuskan pergolakan.

    ReplyDelete
  11. Pre-emptive pemimpin-pemimpin UMNO termasuk Tun Dr. Mahathir bahawa “Arab Spring” akan berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke 13 ternyata meleset kerana tercetus sebelum pilihan raya itu.

    ReplyDelete
  12. Tentulah pihak yang merasa terpalit, tidak mahu menunggu jari ditundingkan kepada mereka untuk mengesahkan anggapan yang timbul dan kerana itu mereka mengatur tindakan lebih awal.

    ReplyDelete
  13. Negara sekarang berada dalam kegemparan kerana pencerobohan asing yang mengakibatkan sepuluh orang anggota keselamatan kita menjadi korban.

    ReplyDelete
  14. Oleh kerana terlalu ghairah untuk menyembunyikan tangan, maka pemimpin-pemimpin pembangkang dan media mereka mendakwa kejadian ini sebagai drama yang didalangi oleh UMNO yang berkonspirasi dengan kerajaan.

    ReplyDelete
  15. Kemarahan yang amat sangat di kalangan rakyat telah mendorongkan mereka untuk segera membuat penafian dan tindakan mahkamah kepada media UMNO dan cybertroopers pro kerajaan yang dikatakannya memutarbelitkan kenyataan sebenarnya sama seperti taktik anak perempuan Anwar Ibrahim membuat penafian kering dan mengambil tindakan undang undang mengenai penggunaan perkataan Allah.

    ReplyDelete
  16. Mereka yakin bahawa rakyat percaya kepada sandiwara mereka, tetapi rakyat takkan melupakan bahawa berikutan dengan Tsunami Pilihan Raya Umum ke 12 pada 2008, PakatanPembangkang telah membuat keputusan untuk menjatuhkan kredebliti media parti pemerintah dan institusi-institusi kerajaan terutama Kehakiman dan Pasukan Polis diRaja Malaysia.

    ReplyDelete
  17. Polis yang paling teruk menjadi mangsa tindakan dan manipulasi mereka dari semasa ke semasa.

    ReplyDelete
  18. Pada 12 September 2011, seorang pemimpin Pas Mohammad Sabu telah dihadapkan di Makamah Sesyen Butterworth atas tuduhan membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong di ceramahnya di Pusar Asuhan Tadika Islam Pas, di Padang Menorak Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  19. Apa yang dilakukan oleh mereka adalah selari dengan kerangka perancangan yag telah diputuskan sejak Tsunami Pilihan Raya Umum 2008 dan sekarang mereka mengambil peluang dari peristiwa korban Lahad Datu untuk menyembunyikan kejahatan mereka. Mereka mengucapkan simpati dan takziah kepada keluarga anggota polis yang terkorban untuk menutup wajah dan menyembunyikian tangan mereka yang kotor.

    ReplyDelete
  20. Pencerobohan Tentera Kesultanan Sulu di Lahad Datuk dan Semporna tidak boleh ditolak sebagai Arab Spring yang terpaksa berbunga sebelum musimnya. Orang yang bijak tidak akan melakukan keburukan menepati tekaaan, tetapi pada masa diluar kesedaran.

    ReplyDelete
  21. Pemberontakan di Syria, Libya dan Mesir meletus dengan bantuan asing dan pendarahan di Lahad Datu dan Semporna juga berlaku menerusi hubungan dan bantuan asing untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap kestabilan perdamaian dan juga masa depan negara ketika menghadapi pilihanraya.

    ReplyDelete
  22. Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya menepatinya janjinya untuk menjadi pensyarah sekiranya Pakatan Pembangkang tidak berjaya menawan Putrajaya pada Pilihanraya Umum ke 13 sepertimana yang pernah dikatakan beliau sebelum ini, demikian menurut bekas Penolong Pengarah Antarabangsa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ustaz Abu Hassan Al Asha’ari.

    ReplyDelete
  23. Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengotakan janjinya untuk menjadi pensyarah sekiranya kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

    ReplyDelete
  24. Bekas rakan karibnya, Datuk S Nallakarupan berkata, Anwar telah berjanji untuk menjadi pensyarah sekiranya gagal menakluk Putrajaya. Jelas seklai menunjukkan Anwar seorang yang tidak menepati janji apalagi sekiranya menang habislah rakyat ditipu janji-janji manisnya. Hanya BN sajalah yang mampu menunaikan janji.

    ReplyDelete
  25. Datuk S Nallakarupan berkata lagi dia sudah banyak kali bohong, dia kena ikut apa dicakap. jadi pensyarah yang baik, usah rosakkan pelajar dan satu lagi, jangan duduk dalam kelas berdua-duaan dengan penuntut.

    ReplyDelete
  26. Jelasnya, Anwar telah banyak kali berbohong termasuk melakukan pembohongan kepada kaum Cina sehingga sebahagian besar masyarakat Cina memilih pembangkang daripada Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  27. Bila Anwar cakap mahu Putrajaya dan Lim Kit Siang dapat jadi TPM (Timbalan Perdana Menteri), kaum Cina ingat kali inimahu undi DAP, mahu undi pakatan.Ini merupakan hasutan yang boleh memutarbelit minda rakyat.

    ReplyDelete
  28. Tetapi sekarang, BN sudah menang dan Datuk Seri Najib Tun Razak sudah angkat sumpah menjadi Perdana Menteri. Saya ingin beritahu Perdana Menteri agar tolong orang di Sabah dan Sarawak, Melayu dan India KataDatuk S Nallakarupan . Ini menunjukkan BN mahu memfokus kepada kebajikan rakyat bukannya berhimpun setiap malam.

    ReplyDelete
  29. Tambah Nalla, Anwar harus berhenti dari terus bermimpi untuk menjadi Perdana Menteri dan membuang perasaan dendam terhadap UMNO sejak dipecat pada 1998. Anwar sudah menunjukkan bahawa dia hanya berniat membalas dendam kepada parti dahulunya dan menggunakkan masalah rakyat sebagai tabir perampasan kuasanya.

    ReplyDelete
  30. Bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda PKR, Nordin Ahmad berkata, kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum lalu jelas menunjukkan bahawa rakyat mahukan Datuk Seri Najib Tun Razak kekal menerajui negara, sekali gus menolak Anwar sebagai Perdana Menteri. Jikalau tidak sudah tentu pilihanraya berpihak Anwar tapi ternyata majoriti masih mahukan Najib Razak sebagai PM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katanya lagi namun sedia maklum, Anwar begitu kepingin menjadi Perdana Menteri, jadi segala janjinya dahulu sebenarnya satu pembohongan dan ketamakan kuasanya. Ini jelas boleh dilihat menerusi tindakannya yang terus memainkan isu keputusan PRU-13 yang tidak telus.

      Delete
  31. Mengulas tentang hasrat Anwar pada 17 Ogos 2012 untuk mengundur diri daripada dunia politik dan memilih menjadi pensyarah. Hasrat Ahli Parlimen Permatang Pauh (Anwar)itu tersebar melalui laman YouTube yang dirakam dalam program Borak Anwar. Namun apa yang kita lihat sekarang hanyalah penipuan dan perhimpunan yang menganggu ketenteraman awam.

    ReplyDelete
  32. Nordin Ahmad tambahan berkata, janji Anwar untuk mengundur diri itu sebenarnya hanya mainan politik semata-mata untuk menarik simpati rakyat. Anwar memainkan banyak taktik nsupaya rakyat mempercayai perjuangan kepentingan sendiri itu.

    ReplyDelete
  33. katanya lagi Anwar memang pandai berlakon, malah beliau juga cukup licik dan sentiasa mencari alasan atas setiap perbuatannya. Itulah sikap Anwar yang perlu disedari rakyat negara ini terutama para penyokongnya.

    ReplyDelete
  34. Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM), Dzulkarnain Taib (gambar) pula berpendapat, keengganan Anwar mengundur diri sudah dijangka jika dilihat daripada pembohongan yang dilakukannya sebelum ini kepada rakyat. Kita harus menganalisa penipuan Anwar ini kerana dia hebat memanipulasi minda rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebagai conmtoh Janji Anwar Ibrahim kononnya untuk membentuk kerajaan pada 16 September 2008 merupakan pembohongan terbesarnya kepada rakyat.

      Delete
    2. Anwar sepatutnya tidak layak memegang sebarang jawatan politik atau Ketua Pembangkang di Parlimen. Ini kerana banyak sudah kegagalan yang ditonjolkannya serta strategi-strateginya sangat radikal.

      Delete
    3. Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM), Dzulkarnain Taib, mengatakan Anwar boleh dianggap sebagai individu yang kemaruk inginkan jawatan Perdana Menteri jika dilihat sikapnya yang seringkali menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas kegagalan pakatan pembangkang dalam PRU-13. Jelas ini tidak membuahkan hasil kerana perjauangannya tidak benar.

      Delete
    4. Namun, sebaliknya berlaku kerana rakyat kini bijak dan majoriti membuat keputusan mahukan Najib kekal sebagai Perdana Menteri. Anwar perlu akur dengan suara rakyat tersebut dan patut berundur.

      Delete
    5. Banyak pihak berseru kepada Anwar supaya menghentikan perhimpunan dan mengikuti prosedur yang betul seperti membuat petisyen dan menghantar bukti-bukti ke hadapan mahkamah untuk hakim membuat keputusan.

      Delete
  35. Dalam keghairahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menghasut rakyat membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13, kepimpinan tertinggi Pas menyeru semua pihak bersyukur dan bersabar menerima keputusan pilihan raya itu. Perkara tersebut dinyatakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan turut berkongsi nada yang sama ialah Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib.

    ReplyDelete
  36. "Terimalah keputusan ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran, yakinlah sesungguhnya janji Allah pasti akan tiba," kata Hadi sebagaimana dipetik melaui laman Facebook beliau baru-baru ini.

    Sementara itu, Harun yang mewakili Dewan Ulama Pas berpendirian tidak menyokong tindakan Anwar untuk mengadakan demonstrasi dan himpunan membantah keputusan PRU-13.

    ReplyDelete
  37. Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan dengan nama Malaysia Spring seperti yang didakwa bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim semalam.

    ReplyDelete
  38. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, PDRM telah menilai dan memandang serius dakwaan itu kerana perkara tersebut boleh menggugat keharmonian serta kesejahteraan awam.

    ReplyDelete
  39. Katanya, beliau sendiri telah mengarahkan pegawai-pegawainya untuk membuat laporan polis berhubung rancangan mengadakan Malaysia Spring supaya satu kertas siasatan dibuka bagi mengkaji kebenaran di sebalik dakwaan Tunku Abdul Aziz.

    ReplyDelete
  40. Pendedahan yang dikatakan Tunku Abdul Aziz dianggap sesuatu yang amat serius kerana melibatkan ancaman terhadap keharmonian rakyat negara ini.

    "Polis tidak boleh bertoleransi dengan mana-mana pihak yang cuba merancang sesuatu yang berkaitan rusuhan dan keganasan.

    ReplyDelete
  41. Oleh demikian saya sendiri meminta pegawai saya untuk membuat laporan polis supaya siasatan sepenuhnya tentang konspirasi Malaysia Spring dijalankan, seterusnya tindakan tegas diambil terhadap pihak-pihak yang didakwa mahu menjayakan perkara seumpama itu.

    ReplyDelete
  42. Mengulas lanjut, Khalid memberitahu, beliau juga akan mengarahkan pegawainya bertemu dengan Tunku Abdul Aziz untuk mengumpul maklumat tentang konspirasi menggulingkan kerajaan.

    ReplyDelete
  43. Kita akan berjumpa terus dengan beliau untuk mengambil setiap informasi yang beliau ada tentang konspirasi ini. Jika benar apa yang didedahkan Tunku Abdul Aziz semalam, tentu sekali maklumat itu akan membantu polis menjalankan siasatan berhubung perkara itu nanti," katanya.

    ReplyDelete
  44. Dalam pada masa sama, Khalid turut meminta pihak-pihak lain yang mempunyai maklumat tentang perkara itu ke depan dan berhubung dengan pihak polis dalam membantu siasatan.

    ReplyDelete
  45. Kita menyeru mana-mana individu yang mengetahui tentang konspirasi menggulingkan kerajaan supaya datang menyalurkan maklumat kepada polis.

    ReplyDelete
  46. Bongkar perkara sedemikian kerana itu mampu menyelamatkan negara daripada sebarang anasir yang mahu menjejaskan keharmonian serta kesejahteraan yang telah lama wujud di Malaysia.

    ReplyDelete
  47. Polis juga tidak akan bertoleransi dengan perkara sebegitu, kita akan siasat sedalam-dalamnya dan mengambil tindakan terhadap mereka yang mahu menghuru-harakan negara," katanya.

    ReplyDelete