Saturday 11 May 2013

MAMPUKAH YB BARU BANGUNKAN KIULU?






Oleh : LO_PHUNK

PRU-13 sudah berakhir, namun suasana masih tegang akibat ketidakpuasan hati penyokong serta parti yang bertanding. Calon BN Kiulu yang diwakili oleh Parti Bersatu Sabah hanya menang tipis, walaupun diserang di empat penjuru antara calon bebas, PKR, STAR dan SAPP.

Calon BN yang baru ini dikatakan mampu meraih ramai sokongan daripada pengundi Kiulu, namun hanya mampu mendapat 44 majoriti sahaja.

Apa yang dilihat di sini, mesej yang jelas sudah diberikan oleh rakyat kepada PBS di Kiulu dan tidak terkecuali Presiden dan Timbalan Presiden PBS kerana mereka juga terselamat daripada talian hayat itu.

Apa yang pasti, masih banyak lagi kemudahan yang belum diberikan oleh Barisan Nasional di Kiulu. Jalanraya yang runtuh dibiarkan begitu sahaja, jalanraya gravel yang menghubungi banyak kampung di DUN Kiulu.

Mampukah YB yang baru ini melaksanakan tanggungjawabnya membawa pembangunan ke kawasan ini sedangkan peruntukan ADUN hanya RM1.5 juta pada tahun lepas, berbanding dengan keluasan DUN Kiulu yang lebih kurang 550 km2 iaitu kecil sedikit berbanding Negeri Perlis yang mendapat RM 22.5 juta hasil peruntukan 15 ADUN.

Kebajikan penduduk juga perlu diambil perhatian oleh calon baru ini kerana tanpa mengambil kira kebajikan, maka semua pembangunan yang dirancang tidak akan bermakna.

Kaedah meningkatkan pendapatan seisi keluarga bagi penduduk luar bandar perlu diketengahkan. Kursus kemahiran kepada belia dan mewujudkan perkampungan kraftangan yang juga akan menarik pelancong ke kawasan ini.

Kiulu terkenal dengan aktiviti rafting dan dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat luar dan dalam negara bakal menjadi kawasan yang sibuk jika banyak akiviti yang menarik perhatian pelancong.

Menurut YB baru ini, beliau akan bekerjasama dengan pembangkang untuk membangunkan kawasan ini dan bersedia menerima teguran dan pendapat daripada pihak pembangkang.

Ini sangat baik buat kawasn ini kerana ia menunjukkan keterbukaan beliau dalam menerima pendapat serta pandangan bagi membangunkan kawasan Kiulu ini.

Namun apa yang pasti, seandainya beliau masih gagal membawa perubahan kepada Kiulu maka beliau akan menerima hukuman yang sama dengan calon PBS Inanam.

No comments:

Post a Comment