Saturday 4 May 2013

MUNGKINKAH ROZMAN TALI BARUT PKR?







Oleh : AZLAN RAHMAN

PELUANG BN untuk mengekalkan kerusi Parlimen Labuan pada PRU-13 semakin kabur kerana Calon BN, Rozman Isli melakukan kesalahan demi kesalahan sehingga memberi peluang besar kepada calon Pakatan Rakyat, Tan Sri Ibrahim Menudin merampas kerusi berkenaan.

Kesilapan terbaru Rozman ialah menjemput Mantan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Abdul Mulok Awang Damit berceramah di salah satu program ceramah anjuran UMNO Labuan sedangkan beliau tahu sebelum ini Mulok telah berceramah di Majlis PKR di Labuan yang dihadiri Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Apa agenda Rozman menjemput Mulok ke majlis rasmi ceramah UMNO Labuan? Apakah wujud 'Komplot' untuk menyerahkan kerusi Labuan kepada PKR dan menjadi 'Agen Rahsia' Anwar untuk memastikan beliau tewas di Labuan bagi memberikan laluan kepada Ibrahim Menudin?

Apa yang dijanjikan Anwar sehingga Rozman sanggup menyerahkan 'Kerusi Labuan' kepada PKR sedangkan sebelum ini BN yakin mempertahankan kerusi tersebut?

Komplot ini bukan rahsia lagi kerana baru beberapa hari Mulok mengutuk BN dalam ceramahnya di Majlis PKR, kini menjadi 'Hero' di Majlis UMNO sedangkan ceramahnya hanya mencadangkan agar Akta Perbadanan Labuan digubal semula.

"Isu ini boleh diselesaikan melalui 'Round Table' atau hanya di peringkat Menteri Wilayah Persekutuan dan tidak perlu dijadikan isu politik yang hanya bertujuan untuk membangkitkan kemarahan rakyat terhadap BN," ujar seorang pengundi, Roger M.

Memang sikap Rozman, mengundang Mulok berceramah kata Roger, umpama menikam BN dari belakang dan kini layak digelar 'Gunting Dalam Lipatan'.

Sehubungan itu, pemimpin peringkat tertinggi BN wajar menjalankan siasatan dalaman jika tidak ingin berputih mata kerana segala kempen Rozman selama ini hambar dan sengaja mencetuskan sengketa dalaman; bukannya menumpukan usaha mengekalkan kerusi parlimen Labuan, sebaliknya membuka pintu seluas-luasnya kepada PKR merampas kerusi tersebut.

No comments:

Post a Comment