Friday 17 May 2013

MURUT KINI DI PERSIMPANGAN JALAN?






Oleh: JACOB BALANG


MANTAN Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Tenom (2008) Adris Taripin, menyifatkan perlantikan enam pemimpin daripada Sabah membarisi kabinet Persekutuan suatu keputusan yang bijaksana setakat ini; namun berpendapat masyarakat Murut berada di persimpangan jalan setelah Kabinet Malaysia meminggirkan pemimpin mereka.

Perlantikan tiga pemimpin KDM ke dalam Kabinet Persekutuan iaitu Datuk Dr Maximus Ongkili, Tan Sri Joseph Kurup dan Datuk Dr Ewon Ebin tidak boleh disifatkan mewakili masyarakat Murut, sekalipun dalam rumpun KDM.

Kata Adris, Sub etnik di dalam kelompok Kadazandusun (KD) terlalu ramai yang dianggarkan lebih 10 sub etnik; begitu juga dengan kesukuan Murut yang meliputi kira-kira 8 sub etnik.

"(jadi), tidak mungkin kebajikan masyarakat KDM mampu ditangani dengan berkesan dalam satu masa. Lebih-lebih lagi jika ia terpaksa bersandar kepada 3 Menteri di dalam kabinet yang terpaksa menjaga dan melayani penyokong serta para pengundi di kawasan masing- masing. Sudah pasti lah terlalu rumit.

“Kita juga sudah ada pemimpin Murut untuk menggalas tugas tersebut jika diberi peluang seperti Datuk Raime Unggi yang menang Parlimen Tenom pada PRU13 dan yang seorang lagi Dr Lucas Umbul seorang Ahli Dewan Negara (Senator),” kata beliau ketika mengulas barisan kabinet baru Persekutuan selepas PRU13.

Kata Adris, satira politik yang popular di era pemerintahan Kerajaan Berjaya (1976-1985) "Dusun senang di susun, Murut senang diurut" kini kembali lagi dengan agenda yang berbeza.




Tegasnya lagi, tidak ada sebab kenapa Perdana Menteri terlalu sukar untuk melantik seorang lagi pemimpin Murut ke dalam barisan kabinet itu jika benar-benar mahu mewujudkan Kabinet Transformasi.

"Sedangkan pemimpin Hindraf yang suatu ketika dahulu terlalu lantang mengkritik kerajaan BN, tetapi hari ini pemimpinnya sudah berada dalam kabinet. Kenapa Murut terus tersisih?" kata Adris yang turut mengakui bahawa kabinet baru lebih berimbang daripada sebelumnya, tetapi cacat kerana tiada suku Murut.

Pada Rabu, Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan barisan kabinet baru seramai 24 orang Menteri manakala Timbalan Menteri seramai 27 orang itu, antara lain telah melantik Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Anifah Aman, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Tan Sri Joseph Kurup, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Datuk Dr Ewon Ebin.

Manakala Timbalan Menteri yang turut dilantik dari Sabah, Datuk Mary Yap (baru), Datuk Abdul Rahim Bakri (dilantik semula), Datuk Rosnah Abdul Rashid Sherlin (dilantik semula), dan Datuk Azizah Mohd Dun (baru).

47 comments:

  1. Sebelum PRU13, Sabahkini ada memainkan spekulasi kononnya pucuk pimpinan telah menggugurkan Datuk Raime Unggi dan memilih Jamawi sebagai calon di Parlimen Tenom. Dengan hanya berpandukan spekulasi tidak berasas tersebut, lantas artikel itu menuduh pucuk pimpinan BN telah meminggirkan kaum Murut di negeri ini.

    ReplyDelete
  2. Namun apabila spekulasi tersebut berjaya dibuktikan TIDAK BENAR, dan apabila calon BN Datuk Raime Unggi berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Tenom, tidak ada pula kenyataan-kenyataan dari pihak yang berkenaan memuji langkah pucuk pimpinan BN mengekalkan Raime di kerusi tersebut. Dan tidak ada pula kenyataan mana-mana pihak terutamanya yang pro pembangkang, tampil mengakui bahawa kaum Murut di negeri ini tidak dipinggirkan.

    ReplyDelete
  3. Sebaliknya, mereka terus meracuni pemikiran rakyat dengan menuduh pucuk pimpinan BN telah meminggirkan kaum Murut sedangkan mereka sedar bahawa perkara itu tidak pernah berlaku. Namun disebabkan nafsu telah menguasai diri, maka usaha membangkitkan emosi perkauman terus disemarakkan agar kaum tersebut bangkit menentang kerajaan BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat harus bijak menilai sejauh mana kebenarannya.

      Delete
  4. Peranan ahli parlimen sebenarnya sudah cukup untuk mewakili suara kaum tersebut diperingkat persekutuan. Jesteru, kaum Murut tidak perlu rasa terpinggir hanya kerana calon yang mereka pilih tidak dilantik ke jawatan menteri Persekutuan.
    Memadai kabinet yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib baru-baru ini TIDAK meminggirkan mana-mana negeri, terutamanya bagi negeri yang banyak menyumbang kepada kemenangan Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  5. Adalah tidak masuk akal apabila mantan calon PKR Tenom, Adris Taripin membuat kenyataan seolah-olah Kabinet Persekutuan perlu diwakili oleh pemimpin-pemimpin berasaskan kaum. Jika itulah maksud beliau, bermakna Kabinet Najib perlu ada lebih daripada 30 pemimpin dari Sabah untuk dilantik sebagai menteri penuh atau timbalan menteri di peringkat Persekutuan???

    ReplyDelete
  6. Adris perlu ingat, jika ada mana-mana kaum yang berjaya melobi supaya pemimpin mereka diberikan peluang menganggotai Kabinet Persekutuan, sudah tentu kaum lain juga akan melobi perkara yang sama..

    ReplyDelete
  7. Sebelum mengkritik keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan BN, sepatutnya Adris Taripin mengkaji dahulu keputusan-keputusan yang pernah dibuat oleh pucuk pimpinan parti beliau sendiri. Ketika pemilihan calon PKR untuk PRU13, bukankah pucuk pimpinan PKR juga telah mengabaikan suara-suara akar umbi yang mahukan calon pilihan mereka dipertimbangkan???

    ReplyDelete
  8. Berdasarkan keputusan-keputusan yang berat sebelah oleh Anwar Ibrahim, apa jaminan bahawa semua kaum di negeri ini akan diberikan hak sama rata di peringkat persekutuan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isu perkauman tidak harus dimainkan. Kepentingan harus adil dan amanah.

      Delete
  9. SEPERKARA LAGI YANG PERLU DIJAWAB OLEH ADRIS TARIPIN IALAH, BAGAIMANA PUCUK PIMPINAN PKR (SEKIRANYA MEMERINTAH) MAMPU MEMBERIKAN JAWATAN MENTERI DIPERINGKAT PERSEKUTUAN UNTUK SEMUA KAUM DI MALAYSIA???.....

    ReplyDelete
  10. I guess we should focus on more positive vibe.

    ReplyDelete
  11. Menteri Pelajaran II Datuk Seri Idris Jusoh yakin Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang hebat di dunia melalui proses pendidikan yang baik dan seimbang.

    ReplyDelete
  12. keseimbangan antara pendidikan dan akhlak perlu bagi sesebuah negara yang membangun seperti Malaysia kerana cara yang sama telah diamalkan di Finland yang terkenal sebagai sebuah negara yang maju dan aman.

    ReplyDelete
  13. dalam memastikan matlamat dan visi kerajaan itu tercapai pihaknya akan berlaku adil kepada semua pihak untuk melaksanakan agenda pendidikan negara.

    ReplyDelete
  14. Murut boleh maju percaya saja.

    ReplyDelete
  15. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata masyarakat luar bandar akan diberi perhatian setimpal atas sokongan pada kerajan Barisan Nasional (BN) sehingga terus kekal memerintah.

    ReplyDelete
  16. usaha dan sokongan rakyat khasnya penduduk luar bandar begitu mantap terhadap BN dan begitu ketara dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang tidak pernah putus dari sejak dahulu hingga kini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penduduk bandar yang jauh lebih mengutamakan pendapatan untuk menampung perbelanjaan berbanding dengan siapakah kerajaannya.

      Delete
  17. jika program-program itu dapat disediakan di luar bandar ianya bukan sahaja akan dapat menyelaraskan kehendak masyarakat luar bandar malah dapat membangun kawasan luar bandar dalam masa terdekat.

    ReplyDelete
  18. pembangunan masyarakat luar bandar hanya tertumpu kepada penyediaan prasarana asas namun kini akan diadun dengan kegiatan ekonomi yang berupaya mewujudkan peluang pekerjaan khasnya untuk golongan belia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembangunan luar bandar harus diutamakan.

      Delete
  19. “Kita akan terus meningkatkan prasarana asas tetapi akan cuba membabitkan belia-belia dalam penglibatan sektor pertanian, sektor peniagaan, keusahawanan dan ini akan ditingkatkan dan disusun atur. "

    ReplyDelete
  20. perkara begini pun jadi isu, murut jg termasuk dalam KDM, kebajikan mereka pasti diutamakan.

    ReplyDelete
  21. dgn pelantikan 3 pemimpin KDM dalam kabinet, pasti kepentingan KDM akan lebih terpelihara.

    ReplyDelete
  22. Kerajaan tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum atau etnik di negeri dalam melaksanakan pelbagai program pembangunan.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan sentiasa mengutamakan rakyat tidak kira bangsa dan kaum.

      Delete
  23. Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, perbezaan agama juga tidak menjadi halangan kepada kerajaan untuk menyalurkan bantuan secara adil kepada semua masyarakat.


    ReplyDelete
  24. "Ini kerana kita menyedari rakyat dari pelbagai kaum dan agama telah memberikan mandat dan tanggungjawab besar kepada kita untuk membangun negeri dengan melaksanakan pelbagai program dan agenda pembangunan untuk kesejahteraan rakyat.


    ReplyDelete
  25. "Buktinya pada setiap tahun kita menyalurkan peruntukan besar untuk sekolah-sekolah persendirian dan badan-badan keagamaan bukan Islam yang jumlahnya meningkat pada setiap tahun," katanya.

    ReplyDelete
  26. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, menerusi falsafah 1Malaysia semua rakyat pelbagai kaum di negara ini diberikan pembahagian secara adil dan saksama, inklusif dan diberi perhatian sewajarnya oleh kerajaan.

    ReplyDelete
  27. Beliau berkata, dasar dan falsafah inilah yang menjurus kepada keadilan sosial dan sosioekonomi selama ini dalam menjamin keamanan dan kesejahteraan semua pihak.

    "Menerusi dasar dan falsafah itulah yang kaya diberi peluang untuk terus maju manakala yang susah dibantu," katanya.

    ReplyDelete
  28. Mengenai pendidikan, Perdana Menteri berkata, setiap individu dan komuniti diberi kebebasan untuk memilih jenis pendidikan tanpa halangan.

    Katanya hanya Malaysia selain negara China dan Hong Kong yang membenarkan jenis pendidikan sekolah Cina.

    ReplyDelete
  29. Najib yang juga Menteri Kewangan menegaskan, sebagai sebuah kerajaan yang memerintah, BN akan terus bekerja keras dan bersungguh-sungguh bagi memastikan rakyat Malaysia terus terbela dan Malaysia sebagai negara maju akan menjadi kenyataan.

    ReplyDelete
  30. Katanya, kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) mengamalkan prinsip "semangat kekitaan dan rasa kebersamaan" bagi mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

    Beliau berkata dengan berpegang kepada prinsip berkenaan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum mampu untuk bergerak ke hadapan sebagai satu negara, satu bangsa dan satu visi.

    ReplyDelete
  31. Najib berkata, berlandaskan kepada prinsip itu juga, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan dan peruntukan yang diberikan kepada rakyat tanpa mengira kaum dan etnik, antaranya BR1M yang memperuntukan RM500 bagi setiap isi rumah, bantuan RM100 kepada setiap pelajar sekolah dan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

    ReplyDelete
  32. Political differences should not be a barrier for the people to get together to celebrate festivals like Kaamatan, said Penampang Umno Chief, Datuk John Ambrose.

    ReplyDelete
    Replies
    1. He was speaking at the Penampang Umno Division's Kaamatan Open House at Dewan Tun Fuad.

      Delete
    2. Ambrose said despite Barisan Nasional (BN) losing all three seats in the district in the recent general elections - the Penampang parliamentary seat and Moyog and Kapayan state seats - BN, especially Penampang Umno, will not abandon the people in the district.

      Delete
    3. "Losing doesn't mean we have to close shop until the next election. Instead we should work harder to regain the trust and confidence of the people so that they will come back to the BN family in the next election.

      Delete
    4. Ambrose said he was happy that the open house attracted people from all walks of life, including community leaders and villagers.

      Delete
    5. "Kaamatan is the time to celebrate a good harvest of the KDM community and we should not let political differences prevent us from celebrating the joyous occasion together. As the election is over, there are more important things in life to do than politicking," he said.

      Delete
    6. He said as BN does not have any elected representatives in the district, Penampang Umno will have to work harder to ensure the district continue to receive development.

      Delete
    7. "But knowing our Chief Minister, Datuk Seri Musa (Hj Aman) and Prime Minister (Datuk Seri Najib Tun Razak), well, both will no doubt continue to develop areas that needed attention, including Penampang," he said.

      Delete
    8. Ambrose also hoped that the peace and unity will continue to prevail in the State and country.

      Delete
    9. "Irrespective of our racial, religious and political backgrounds, we should all wish for a peaceful and prosperous Malaysia and always be proud our nation and State," he said.

      Delete
    10. Ambrose, together with his deputy, Dato Freddie Sua, later gave away the prizes to the Unduk Ngadau contest winners.

      Delete