Wednesday 8 May 2013

PANG TERUSKAN AGENDA KARAMUNTING




BERWAWASAN....Charles membayangkan wawasannya untuk memajukan Karamunting ketika diwawancara menjelang hari pembuangan undi.


Oleh: SHAIMON S JUMADI

KARAMUNTING : Ahli Dewan Undangan  Negeri (ADUN) Karamunting, Charles O Pang mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi di kawasan DUN Karamunting kerana telah memberi mandat kepada beliau setelah mengekalkan kerusi DUN Karamunting.

“Kemenangan saya  adalah kemenangan BN dan Rakyat Karamunting juga  seperti yang saya katakan dalam kempen saya yang lalu; sekiranya saya diberi mandat pada PRU 13 ini saya akan menunaikan semua janji saya untuk membangunkan Karamunting dengan lebih pesat lagi,” katanya.

Charles Pang yang dihubungi Sabahkini.Net  melalui panggilan telefon kelmarin menyarankan rakyat di Karamunting supaya memberikan sokongan dan kerjasama sepenuhnya terhadap dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional (BN)  supaya agenda kerajaan membangunkan negara dapat diteruskan.

Charles yang masih berada di Kota Kinabalu akan kembali ke Sandakan dalam waktu terdekat untuk membina Pejabat ADUN  Karamunting bagi memudahkan rakyat berinteraksi dari semasa ke semasa.

Katanya lagi, rakyat di Negara ini termasuk di Sabah khususnya penduduk kawasan Karamunting masih mahukan pucuk pimpinan Datuk Mohd Najib Tun Abdul Razak di peringkat persekutuan dan Datuk Seri Musa Hj Aman di peringkat negeri kerana kedua-dua pemimpin ini bukan sahaja dinamik; bahkan berpandangan jauh untuk membela nasib rakyat di negara ini tanpa mengira siapa mereka.

No comments:

Post a Comment