Friday 3 May 2013

PASTIKAN CALON BN MENANG






SOKONGAN MANTAP...Sebahagian penduduk  mendengar ucapan dan amanat pemimpin sempena Majlis Bersama Rakyat di kawasan PDM Bangau-Bangau, Semporna.

Oleh : ARSHAD HUSSIN

SEMPORNA : Timbalan Ketua Bahagian UMNO Semporna, Dato Sri Nasir Tun Sakaran menyeru semua ahli-ahli UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) bersatu hati memberi sokongan kepada semua calon BN di kawasan Parlimen P.189 Semporna.

Nasir berkata, dalam hal politik biarlah kita berpolitik secara professional dan mengutamakan kepentingan parti yang menentukan masa depan negara, bangsa dan agama.

Katanya, selama ini kehidupan kita aman, makmur dan selamat sehingga kerajaan dapat membangun serta melaksana pelbagai program serta kemajuan dalam bandar dan luar bandar tanpa mengira suku kaum,anutan agama mahupun ideologi politik.

Beliau menambah, rakyat seharusnya memberi sokongan berdasarkan parti dan bukannya berdasarkan keluarga.

Katanya,keluarga tetap keluarga namun dalam menentukan kerajaan, rakyat harus mengutamakan parti BN yang telah banyak berjasa kepada rakyat.

"Segenap lapisan rakyat hendaklah merapatkan barisan bersatupadu demi keamanan,kemajuan dan kemakmuran berpanjangan," kata Nasir.

Nasir yang juga calon BN bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.53 Senallang berkata demikian sempena majlis bersama rakyat di Pusat Daerah Mengundi Simunul, Bangau-Bangau dan Musallah.

Hadirsama dalam majlis itu Datin Sri Rukiah Hj Badar; Pemimpin UPKR Dun Senallang, Haji Tahir Amir; Ketua Daerah Semporna DUN Senallang, OKK Haji Musa Sabaani dan Penolong Pegawai Pembangunan Daerah, Haji Abdullah Sukka serta kakitangan pejabat DUN Senallang dan Unit Gerak Khas Dun Senallang.

Sehubungan itu, Nasir menyeru rakyat di kawasan Parlimen Semporna menolak calon-calon pembangkang dan bebas yang hanya timbul semasa pilihan raya.

Nasir berkata,kemunculan pembangkang dan calon bebas dalam setiap pilihanraya hanya sekadar 'Menaruh Harapan' dan menangguk di air yang keruh, mencari kesempatan berbanding calon-calon BN yang sentiasa konsisten membela nasib rakyat berlandaskan misi Tradisi Membela Rakyat.

No comments:

Post a Comment