Wednesday 22 May 2013

PEGAWAI SPR BUKA BEG KERTAS UNDI?





         
Oleh :  RAM ANAND
           
SEORANG pemimpin cabang Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya membuka beg mengandungi kertas undi yang disimpan di pejabat jajahan di Ketereh, Kelantan dalam kejadian pada 7 Mei tanpa kebenaran dari Mahkamah Tinggi.

Ketua AMK Ketereh, Mohd Sukirman Mustafa memberitahu Malaysiakini, beberapa orang anggota parti dan orang awam membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada 16 Mei.

Menurut Sukirman, pegawai SPR hadir bersama anggota polis dan mendakwa memperolehi arahan dari pegawai atasan untuk berbuat demikian, walau peraturan pilihan raya menetapkan bahawa beg kertas undi hanya boleh dibuka dengan perintah Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, pegawai yang membuka materi keselamatan di beg berkenaan tidak mengeluarkan apa-apa daripada beg yang disimpan di pejabat Majlis Daerah Ketereh.

"Mereka hanya membuka beg dan menyelongkar sedikit, tapi tidak mengeluarkan apa-apa,” kata Sukirman.

Katanya cabang PKR di situ dimaklumkan oleh seorang individu yang memberitahu bahawa beg tersebut dibuka oleh pegawai SPR pada kira-kira jam 11 pagi pada 7 Mei.

Sukirman berkata anggota PKR merakam gambar pegawai SPR tersebut yang membuka beg berkenaan dan kini menunggu penjelasan mengenai perkara itu daripada SPR.

Parti berkenaan kini menimbang untuk mengemukakan kes tersebut ke mahkamah.

47 comments:

  1. FIKIRKAN fakta ini, Barisan Nasional (BN) memasuki gelanggang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu dengan matlamat;

    * Memperolehi semula majoriti dua pertiga di Parlimen.

    * Merampas kembali tampuk pemerintahan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan serta mengekalkan pemerintahan di Perak.

    ReplyDelete
  2. Bagaimanapun rakyat membuat keputusan sebaliknya, BN gagal memperolehi majoriti dua pertiga apabila memperolehi 133 daripada 222 kerusi Parlimen yang ditandingi.

    ReplyDelete
  3. BN hanya berjaya merampas Kedah dan mengekalkan pemerintahan di Perak tetapi Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan kekal di bawah pakatan pembangkang. Di Terengganu pula, BN memerintah ibarat cukup makan sahaja begitu di Negeri Sembilan. Namun BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tetap menerima dengan terbuka keputusan yang dibuat oleh rakyat.

    ReplyDelete
  4. Biar pun agak kecewa dengan penolakan besar-besaran oleh majoriti masyarakat Cina akibat terhasut dengan politik DAP, namun BN tidak membantahnya. Sebaliknya apa yang berlaku, pakatan pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP pula yang melatah. Mereka kecewa kerana misi untuk menawan Putrajaya sekali lagi gagal.

    ReplyDelete
  5. Oleh itu pakatan pembangkang mengamalkan politik songsang dengan mengiktiraf keputusan pilihan raya umum kali ini secara berpilih-pilih. Mereka menerima keputusan yang menyebelahi pakatan itu tetapi menolak keputusan yang memungkinkan BN kekal memerintah.

    ReplyDelete
  6. Mereka mendakwa BN melakukan penipuan untuk terus berkuasa. Dalam soal ini, rakyat perlu berfikir dengan waras, kalau benarlah BN hendak berbuat demikian, buat apa sekadar menang 133 kerusi Parlimen sahaja? Kenapa hanya menawan Kedah dan mengekalkan pemerintah di Perak sahaja.

    ReplyDelete
  7. Kenapakah penipuan yang didakwa oleh pakatan pembangkang itu tidak dilaksanakan dengan memastikan BN menang majoriti dua pertiga dan menguasai semua negeri termasuk Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan? Sebenarnya, teori kononnya wujud penipuan hanyalah sandiwara terbaru pembangkang khususnya Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

    ReplyDelete
  8. Anwar benar-benar kecewa kerana impian menjadi Perdana Menteri berkecai, begitu juga DAP yang amat berharap mereka akan mampu menjadi ‘taiko’ dalam pemerintahan kerajaan pusat jika pembangkang menang. Justeru sejak keputusan diumumkan pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan haram di seluruh negara.

    ReplyDelete
  9. Sekali lagi pakatan pembangkang khususnya PKR memilih untuk mencabar undang-undang, mereka mengaku menjadi harapan rakyat tetapi sebaliknya menghuru-harakan rakyat, mereka bercakap soal keadilan tetapi mereka sendiri menggunakan hukum rimba bagi membuat tuntutan, mereka kata memperjuangkan demokrasi tetapi merekalah memilih jalan anarkis.

    ReplyDelete
  10. Kenyataan Anwar, kelmarin di Seremban bahawa pembangkang tidak akan menunggu sehingga Pilihan Raya Umum Ke-14 untuk memerintah negara sudah membuktikan betapa terdesaknya pembangkang. Ini sikap jahil, bongkak dan angkuh pembangkang yang dipimpin oleh Anwar – seorang ahli politik yang sudah terlalu kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  11. Berikutan perasaan ingin berkuasa yang membuak-buak ia menyebabkan pakatan pembangkang tidak boleh menerima hakikat kekalahan mereka. Mereka menganggap PRU-13 pertarungan hidup mati sebab itulah mereka muncul dengan slogan bahasa Melayu lintang pukang ‘‘Ini kalilah’’.

    ReplyDelete
  12. Kalau difikirkan semula fahamlah kita kenapa pembangkang terus ghairah apabila pemimpin-pemimpin mereka terpekik terlolong di perhimpunan haram sejak selepas PRU-13 lalu biar pun ia melanggar undang-undang. Motif mereka hanya satu mahu pihak berkuasa menghalang perbuatan biadab mereka dan ia akan menjadi modal politik paling ampuh untuk pembangkang menyerang kerajaan.

    ReplyDelete
  13. Oleh itu dengan sikap biadab dan provokasi yang dilakukan oleh pembangkang, sudah tiba masanya pihak berkuasa bertindak tegas, pemimpin-pemimpin pembangkang yang menjadi penghasut perlu ditahan. Kita tidak perlu mempedulikan apa negara asing mahu kata jika tindakan tegas berkenaan diambil. Ini negara kita, ini tanah air kita, ini tanah tumpah darah kita, maka biarlah kita yang menentukan bagaimana hendak menentang anasir-anasir porak-peranda seperti pakatan pembangkang ini.

    ReplyDelete
  14. Tiada apa lagi yang hendak dirisaukan jika tindakan tegas diambil kerana selama ini kerajaan BN sudah cukup baik dan bertolak ansur dengan penyokong pembangkang tetapi akhirnya budi baik BN itu tidak dikenang juga. Perjuangan yang dilakukan pembangkang sekarang bukan demi rakyat tetapi demi memenuhi nafsu kemaruk kuasa. Sebab itulah kalau kita saksikan dalam perhimpunan yang diadakan ia disertai oleh sebahagian besar kaum Cina. Keadaan itu berlaku kerana mereka sudah terhasut mainan politik DAP yang tidak sabar lagi hendak berkuasa. Hasrat DAP menjadi mudah berikutan sikap Anwar yang kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  15. Sememangnya, selama ini pun dalam menjalin hubungan dengan parti-parti pembangkang lain, DAP sentiasa untung. Jika pada awal tahun 1990-an dahulu mereka boleh memperkudakan orang Melayu yang menganggotai Parti Melayu Semangat 46 (S46), kini PKR dan Pas pula menjadi ‘kuda tunggangan. Sebab itulah, keputusan PRU-13 menyaksikan DAP berjaya menjadi dominan dalam pakatan pembangkang apabila memenangi 38 kerusi Parlimen berbanding PKR 28 kerusi dan Pas 21 kerusi.

    ReplyDelete
  16. Tetapi keputusan itu belum memuaskan hati DAP kerana BN masih memerintah, apatah lagi berdasarkan perolehan kerusi yang dimenangi oleh BN, UMNO mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 88 kerusi. Bagi DAP, selagi UMNO masih kuat selagi itulah impian pembangkang untuk memerintah negara tidak akan tercapai. Berikutan itu mereka berkongsi agenda songsang Anwar dengan menyatakan berlaku penipuan dalam PRU-13 sehingga membolehkan BN kekal berkuasa.

    ReplyDelete
  17. Persoalannya, kalau betullah berlaku penipuan kenapakah undi-undi majoriti kaum Cina tidak menyebelahi BN? Kenapakah pemimpin-pemimpin BN hanya mendapat kurang daripada 3 peratus daripada keseluruhan pengundi Cina? Pembangkang sepatutnya tidak menafikan fakta bahawa propaganda merekalah yang memungkinkan majoriti masyarakat Cina tidak mengundi BN, namun ia belum berjaya menumbangkan parti tersebut.

    ReplyDelete
  18. DAP tahu mereka tidak boleh bergerak sendirian kerana bimbang akan dituduh cauvinis, justeru cara terbaik ialah bersama-sama Anwar dalam perhimpunan haram. Mereka menyokong apa juga yang dilakukan oleh Anwar kerana percaya kalau pembangkang menang dalam pertarungan ini yang akan untung bukan Anwar atau PKR tetapi DAP.

    ReplyDelete
  19. Anwar hanya ‘kuda tunggangan’ kepada DAP, sebab itulah DAP sejak dulu lagi terus konsisten untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya. Tidak kisah apa pun yang dikaitkan dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, DAP tetap menyokong beliau.

    ReplyDelete
  20. Pas menyedari perkara ini sebab itulah parti tersebut membuat keputusan tidak mahu lagi bersekongkol dengan PKR dan DAP dalam menjadikan perhimpunan haram sebagai platform untuk merampas kuasa. Parti itu akur dengan keputusan yang dibuat oleh rakyat.

    ReplyDelete
  21. Yang anehnya, DAP yang sebelum ini tidak begitu ghairah terlibat dalam perhimpunan haram kini berubah watak selepas PRU-13. Mereka dilihat benar-benar kecewa kerana perancangan untuk berkuasa dengan memperalatkan PKR dan Pas tidak menjadi kenyataan. Oleh itu tidak hairanlah DAP akan bersungguh-sungguh bersama Anwar kerana mereka amat ingin mewujudkan sebuah kerajaan pusat yang bermodelkan pemerintahan di Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  22. Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak semua pihak supaya terus memelihara integriti proses pilihan raya demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketika mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat Ke-12 di Putrajaya, Perdana Menteri berkata semua parti politik yang memilih untuk terlibat dalam proses pilihan raya kali ini perlulah bertanggungjawab.

      Delete
    2. Beliau (Najib Tun Razak) meminta semua parti kerajaan atau pembangkang memberi komitmen untuk menghormati keputusan yang akan dibuat rakyat kelak dan memastikan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berjalan dengan aman dan selamat.

      Delete
    3. Kuasa mutlak untuk memilih kerajaan berada di tangan rakyat dan amalan demokrasi kekal serta berjaya selama ini di Malaysia kerana semua pihak menghormati proses dan keputusannya.

      Delete
    4. Janganlah kerana tidak yakin dengan sokongan rakyat terhadap parti masing-masing, maka ada pihak yang cuba menyemai racun syak wasangka dan seterusnya merosakkan kepercayaan kepada integriti proses pilihan raya.

      Delete
    5. Najib berkata, semua pihak harus mengambil iktibar daripada pengalaman negara lain yang mendapat kesan buruk ekoran taktik buruk yang dilakukan pihak-pihak tertentu dalam memilih kepimpinan negara.

      Delete
    6. Insaflah dan ambillah iktibar daripada apa yang telah berlaku di negara lain di mana taktik ini telah cuba diguna pakai.

      Delete
  23. Kesan akhirnya proses dan keputusan pilihan raya di negara- negara tersebut tidak lagi diyakini dan mana-mana kerajaan yang dipilih termasuk dari parti yang mengamalkan taktik tersebut telah ditolak rakyat.

    ReplyDelete
  24. Perdana Menteri memberi jaminan kerajaan yang ada akan meneruskan tugas dan tanggungjawabnya sesuai dengan prinsip keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undangundang sehingga selesai proses pilihan raya.

    ReplyDelete
  25. Najib juga menyeru di samping memberi jaminan kepada semua rakyat Malaysia serta parti politik yang terlibat, bahawa jika berlaku peralihan kuasa sama ada di peringkat persekutuan mahupun di peringkat negeri, ia akan dan perlu berlangsung secara aman dan tertib.

    ReplyDelete
  26. Perdana menteri lagi berkata, kebugaran proses demokrasi di Malaysia berjaya menyediakan asas yang subur dan stabil serta kemakmuran nasional yang dinikmati warga negara ini sejak lebih lima dekad yang lepas.

    ReplyDelete
  27. Kata Najib lagi Kerajaan yang dipilih hasil Pilihan Raya Umum sama ada di peringkat persekutuan mahupun di peringkat negeri ialah kerajaan yang mendapat sokongan serta keyakinan majoriti rakyat sesuai dengan amalan demokrasi sarwajagat.

    ReplyDelete
  28. Kerajaan BN akan melaksanakan usaha penyatuan nasional untuk mengeratkan hubungan antara rakyat negara ini yang berpecah-belah seperti yang dapat dilihat melalui "trend polarisasi" pengundi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), kata perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi.

    ReplyDelete
  29. Perdana Menteri berkata pada minggu-minggu akan datang, para pemimpin BN akan membincangkan perkara itu sebagai langkah ke arah menggubal suatu dasar yang lebih bersifat sederhana serta diterima umum untuk menangkis amalan politik melampau, sikap perkauman serta pelampau agama.

    ReplyDelete
  30. Najib, yang juga pengerusi BN, menegaskan bahawa PRU13 mempamerkan pelbagai sentimen, sesetengahnya bersifat perkauman, yang menurut beliau "amat tidak sihat" untuk negara ini.

    ReplyDelete
  31. Kita mahu rakyat sedar bahawa demi negara, amalan kesederhanaan perlu diterima sebagai dasar nasional kita," katanya pada sidang akhbar selepas Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan BN mendapat majoriti

    ReplyDelete
  32. Keraguan yang cuba ditimbulkan oleh pembangkang berhubung penggunaan dakwat kekal menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini sememangnya sudah dapat dijangkakan.
    Bahkan ia sebahagian daripada berbagai tuduhan tidak berasas yang akan dibangkitkan mereka bagi mempersoalkan kredibiliti proses pilihan raya di negara ini.

    ReplyDelete
  33. Pemerhati politik berpendapat, dengan menimbulkan isu itu, pembangkang cuba menggambarkan akan berlaku penipuan dalam pilihan raya ini dan alasan itu kemudian akan digunakan untuk membantah keputusan PRU-13 sekiranya mereka kalah.

    ReplyDelete
  34. Justeru, tidak hairanlah kenapa isu dakwat kekal itu ditimbulkan apabila ia mula digunakan oleh anggota keselamatan negara kelmarin. Beberapa pemimpin pembangkang mendakwa kononnya dakwat itu boleh tanggal apabila dibasuh atau dicuci dengan sejenis cecair.

    ReplyDelete
  35. Bagi penganalisis politik, Prof Dr Chandra Muzaffar, apa yang berlaku itu adalah usaha terancang untuk menimbulkan keraguan mengenai pengendalian pilihan raya di negara ini.

    ReplyDelete
  36. “Mungkin ada satu dua kes di sana sini di mana ia mudah luntur kerana botol dakwat itu tidak digoncang dengan baik,” katanya.

    Dr Chandra berkata, apa yang penting ialah dakwat itu kekal selama beberapa hari.
    “Kita tahu mereka sedang berusaha untuk mencemarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara tersusun dan teratur untuk menghancurkan kredibilitinya.

    ReplyDelete
  37. “Mungkin juga ia sebahagian daripada agenda mereka dan jika kalah, mereka boleh menuduh SPR tidak adil dan sebagainya,” katanya.

    ReplyDelete
  38. Tindak-tanduk ini tambah beliau, boleh menjadi alasan kuat bagi mereka mengadakan demonstrasi jalanan lagi.

    “Saya percaya bukan saja (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) tidak boleh terima kekalahan, pemimpin lain dalam pembangkang juga tidak boleh menerima kekalahan,” katanya.
    Apapun, ternyata kini perancangan pembangkang itu tidak berhasil kerana dakwat kekal itu tidak dapat hilang seperti didakwa.

    ReplyDelete
  39. Apa yang dilalui pegawai tentera berkenaan beberapa hari lalu sudah tentunya menjejaskan kredibilitinya selaku penjawat awam, walaupun bukan beliau yang menimbulkan keraguan itu. Adalah tidak adil bagi beliau dijadikan mangsa muslihat pembangkang.

    ReplyDelete
  40. Jelas, ia satu kepalsuan yang disebarkan oleh pembangkang menerusi internet untuk mempengaruhi orang ramai. Pastinya, tindakan ini juga menyalahi etika pilihan raya.

    Pemimpin pembangkang sepatutnya mengalu-alukan penggunaan dakwat kekal itu kerana mereka sendiri yang menuntutnya bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerusi demonstrasi BERSIH sebelum ini.

    ReplyDelete
  41. ada2 saja isu dibangkitkan pembangkang.

    ReplyDelete