Thursday 23 May 2013

PEGUAM NEGARA TERUSKAN PENDAKWAAN






KUALA LUMPUR : Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail akan meneruskan pendakwaan terhadap pengurus restoran berusia 40 tahun Riduan Masmud yang didakwa sebelum ini melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak berumur 13 tahun.

Kes ini sebelum ini digugurkan selepas mangsa berusia menarik balik laporan polis yang dibuatnya di Sabah.

Menurut Abdul Gani (gambar), mereka sedang mengumpulkan lebih banyak bukti termasuk laporan DNA.

"Kami tidak menggugurkan dakwaan terhadapnya. Saya telah mengarahkan pegawai-pegawai saya untuk mengumpulkan lebih banyak bukti dan kita akan meneruskan kes tersebut," katanya kepada pemberita di sini.

Peguam Negara mengatakan, beliau turut meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan bapa mangsa tertuduh membayarnya RM5,000 sebagai ganti rugi, yang akan dikendalikan oleh "Mahkamah Adat" di Sabah.

Riduan mengejutkan negara selepas didakwa kerana merogol gadis bawah umur dan kemudian mengumumkan telah mengahwini mangsa.

No comments:

Post a Comment