Thursday 23 May 2013

PENIAGA PERLU KEMUKAKAN PELAN BANGUNAN






BINCANG......Zakaria sedang membincangkan sesuatu dengan para peniaga Kiosk Giant yang bakal diambil tindakan oleh MPS jika gagal mengemukakan pelan bangunan yang dikehendaki.

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN : Kegagalan para peniaga Bumiputera Kiosk Pasaraya Giant mengemukakan   pelan Bangunan  Perniagaan   kepada Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) akan menyebabkan perniagaan mereka terhenti serta merta  kerana notis awal telahpun dikeluarkan.

Namun, Pembantu Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan yang juga selaku Wakil Rakyat Gum-Gum, Datuk Hj Zakaria Hj Mohd Edris  telah campurtangan dengan menggesa agar MPS memberi kelonggaran bagi membolehkan para peniaga terbabit dengan kerjasama Giant  menyediakan pelan yang dikehendaki.

Dalam perbincangan tersebut Zakaria yang menjadi mediator telah berjaya menyelesaikan masalah tersebut dan meminta agar kedua belah pihak akur terhadap segala syarat yang telah ditetapkan oleh MPS.

Menurut Jurucakap MPS, pihaknya telah lama mengeluarkan notis kepada para peniaga terbabit tetapi tidak diendahkan selama ini.

Tamba jurucakap tersebut setiap peniaga bukan sahaja perlu menempel lesen sebagai asas; bahkan perlu mengemukakan pelan bangunan selari dengan peraturan Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan yang telah termaktub sejak sekian lama.

No comments:

Post a Comment