Wednesday 8 May 2013

PENUTUP LONGKANG DI KIM FUNG BERBAHAYA





Saudara Pengarang,

SAYA telah menerima aduan daripada orang awam semasa membuat tinjau bersama dengan Kwan Chew Git, Penyelaras ARM-PRM  Bahagian  Sandakan di Pasar Kim Fung semalam.

Menurut kenyataan orang awam tersebut, penutup longkang telah runtuh sebelum pilihan raya ke 13 dan mereka pernah membuat aduan kepada bekas MP Sandakan, Datuk V.K.Liew tetapi tidak dihiraukannya.

Longkang sedalam satu meter tersebut juga dipenuhi sampah sehingga menyekat aliran air sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Saya juga khuatir berlaku kemalangan jika kanak-kanak terjatuh ke dalam longkang atau tayar kenderaan terperosok ke dalam longkang berkenaan pada waktu malam.

Salam Hormat,

WONG KAH KIET

No comments:

Post a Comment