Thursday 23 May 2013

PISAHKAN SAMPAH DARI SEMPORNA






MENJIJIKAN...Longgokan sampah berhampiran Giant tidak dikutip oleh MDS dan dibiarkan sahaja oleh ADUN.

Oleh:SHAIMON S JUMADI           Foto: SAFFIE S JUMADI

SEMPORNA : Sebilangan besar rakyat di Semporna terlalu mengharapkan agar wakil rakyat mereka lebih proatif terutama memastikan pekan Semporna Sifar Sampah.

Jika sebelum ini Mantan ADUN Sulabayan, Haji Harman Mohamad bukan sahaja gagal membawa  sebarang pembangunan  dan prasarana; malah 60 peratus penduduk masih dibelenggu kemiskinan.


Seorang aktivis muda, Mohd Saifullah Minggu menjelaskan kepada Sabahkini.Net kelmarin mengenai keadaan di Semporna yang tiada kesudahannya, terutama sekali mengenai soal kebersihan yang berada  ditahap kritikal.

“Sebagai golongan muda yang berwawasan, kami berharap agar ADUN yang baru, Datuk Jaujan Sambakong dapat menerajui DUN Sulabayan dengan baik dan lebih fokus kepada pembangunan rakyat, kebajikan, ekonomi dan alam sekitar kerana pekan ini menjadi destinasi pelancongan,” ujarnya.

Sebagai wakil rakyat, tambah Saifullah, Jaujan sewajarnya membawa pembaharuan dalam petadbiran dan berani menegur pegawai kerajaan yang kebanyakannya makan gaji buta sehingga akhirnya rakyat menyalahkan ADUN kerana gagal memikul amanah.

"Tolong pisahkan sampah dengan Semporna kerana amat menjijikkan. Harap Jaujan dapat menjayakan misi penting ini," ujar Saifullah yang kesal kerana MDS semakin lemah mentadbir urus kebersihan pekan pelancongan tersebut.

60 comments:

  1. Jangan biarkan masalah ini terus membelenggu.

    ReplyDelete
  2. This is what we should do.

    ReplyDelete
  3. We should curb this prob asap

    ReplyDelete
  4. Pisahkan sebelum ia memakan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar, jangan biarkan ia mengancam kesihatan dan pencemaran.

      Delete
  5. Malaysia is still capable of preserving unity of the ummah compared to the other nations which are now divided due to the lack of solidarity between the people, said State Minister for Community Development and Consumerism, Datuk Jainab Ahmad Ayid.

    ReplyDelete
  6. In this regard, she expressed gratitude that in Malaysia, particularly in the state of Sabah, there was still peace despite having gone through numerous obstacles in preserving universal peace.

    ReplyDelete
  7. The culture of mutual respect which had been practised for a long time had helped to resolve whatever problems that had cropped up, she told reporters after opening the 'Wacana Minda' carnival at the Masjid Bandaraya Likas

    ReplyDelete
  8. the carnival could contribute significantly in uniting the ummah through various activities organised as a public attraction.

    ReplyDelete
  9. This programme is the first step towards turning the mosque as a centre for the growth of Islam in Sabah,"

    ReplyDelete
  10. Majlis Perbandaran harus bertindak.

    ReplyDelete
  11. Turun padang dan lihat keadaan sendiri.

    ReplyDelete
  12. Jangan terbiarkan isu ini sebelum isu serius melanda.

    ReplyDelete
  13. Keadaan ini menjejas perkembangan industri pelancongan di Sabah.

    ReplyDelete
  14. Pembangunan pesat di daerah Semporna berjalan lancar seperti dirancang, sekali gus menangkis tohmahan pembangkang yang mendakwa terpinggir daripada arus pembangunan walaupun diwakili seorang Naib Presiden UMNO.


    ReplyDelete
  15. Ahli Parlimennya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sebaliknya menegur pihak berkenaan supaya bangkit daripada tidur dan jangan sewenang-wenang menabur fitnah, sedangkan mereka sendiri pada masa sama tidak membawa sebarang pembangunan di negeri-negeri yang dikuasai.


    ReplyDelete
  16. "Kadang-kadang saya kasihan dengan mereka yang bersusah payah datang ke seluruh negeri termasuk Semporna sekadar untuk menabur fitnah, sedangkan di negeri mereka kerajaan Barisan Nasional (BN) yang buat segala-galanya.


    ReplyDelete
  17. "Saya nak tanya di Kedah, Kelantan, Selangor, Pulau Pinang apa projek pembangunan untuk rakyat yang mereka buat sejak memerintah, tiada! Apa yang mereka pandai dan cekap ialah hanya bercakap sahaja," katanya yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.


    ReplyDelete
  18. Mengulas tentang pembangunan di daerah itu yang terbahagi kepada penyediaan prasarana dan pembinaan modal insan, antara lain Mohd. Shafie berkata, pihaknya telah mengenal pasti tujuh buah pulau yang akan dibekalkan dengan kemudahan tenaga solar.


    ReplyDelete
  19. "Penduduk pulau bakal mendapat kemudahan bekalan elektrik selama 24 jam. Kita juga akan menaik taraf loji air daerah ini bagi meningkatkan kapasiti, tendernya akan dibuka pada bulan ini.

    "Jalinan jalan raya juga akan dinaik taraf dan sudah diluluskan Kementerian Kerja Raya. Ini termasuk pembinaan jambatan menghubungkan Pulau Bum-Bum dengan tanah besar," katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga projek pembangunan ini membawa perkembangan yang baik.

      Delete
  20. Tambahnya, jambatan yang memang dinantikan oleh semua pihak itu telah dibincangkan dengan mendalam di peringkat majlis ekonomi yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    ReplyDelete
  21. Tentang pembangunan modal insan, Mohd. Shafie berkata, Semporna selain mempunyai kemudahan persekolahan peringkat rendah dan menengah, turut mempunyai kolej-kolej berkualiti seperti Kolej Poly-Tech Mara dan Kolej RISDA.


    ReplyDelete
  22. "Sebuah Maktab Rendah Sains Mara baharu juga akan dibina di sini pada tahun ini. Kumpulan pertama Kolej RISDA juga telah menamatkan pengajian peringkat sijil dan berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi di institusi lain," katanya.


    ReplyDelete
  23. Kebersihan memainkan peranan penting dalam sektor pelancongan. Sabah mempunyai banyak pusat pelancongan, tapi masalah kebersihan sering menjadi cabarn kepada kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keadaan ini menyakitkan mata semua orang.

      Delete
  24. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun berkata terdapat ramai kalangan pelancong yang datang ke negeri ini mengutarakan aduan yang mengatakan bahawa tandas restoran dan awam di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu berada dalam keadaan sangat tidak memuaskan. Selain itu, terdapat juga Sampah sarap dibuang merata-rata (jalan raya, Sungai, dan laut)

    ReplyDelete
  25. Bagaimana kita hendak mempromosi Sabah sebagai kawasan Eko Pelancongan yang terbaik di dunia jika kebersihan tidak dapat dijaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebersihan adalahtanggung jawab bersama.

      Delete
  26. kebersihan amat penting, kita seharusnya menjaga kebersihan, persekitaran yang tidak bersih memberi ketidakselesaan.

    ReplyDelete
  27. persekitaran yang bersih memberi impak kepada jumlah pelancong, jika persekitaran tidak bersih, ia memberi imej buruk kepada kita, kita hrus menjaga imej kita.

    ReplyDelete
  28. Memang betul, para pelancong akan rasa lebih senang hati jika negeri kita bersih dan segar. Ia bagus untuk kesihatan rakyat tempatan juga.

    ReplyDelete
  29. Semua lapisan masyarakat ada tanggungjawab untuk menjaga kebersihan, bukan hanya kerajaan dan pekerja kebersihan sahaja.

    ReplyDelete
  30. Imej itu penting kerana ia merupakan persepsi pertama orang lain bila melihat sesuatu. Kebersihan yang baik menunjukkan imej yang baik. Kalau tempat pelancongan kita kotor, keseluruhan Sabah dan rakyatnya yang mendapat imej buruk.

    ReplyDelete
  31. Kebersihan tanggungjawab bersama. Jangan harap orang lain saja. kita patut sedar dengan diri kita sebagai individu yang tinggal dikawasan tersebut.

    ReplyDelete
  32. Penjagaan alam sekitar bukan sahaja tugas pihak kerajaan semata-mata. tetapi ia juga adalah tugas seluruh masyarakat.

    ReplyDelete
  33. satu garis panduan baru bagi menyelenggara tandas awam di seluruh negara akan diperkenalkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam usaha memastikan kebersihan tandas berada pada tahap yang memuaskan.

    ReplyDelete
  34. jika sebelum ini PBT menggunakan kaedah sendiri untuk menyelenggara tandas awam di bawah jagaan mereka, saya harap dengan adanya garis panduan kelak akan memperbanyakkan lagi tandas awam yang mancapai taraf lima bintang..

    ReplyDelete
  35. memang setuju kenyataan ni. siapa juga yang mahu melancong di tempat2 yang kotor kan. jadi, semua rakyat perlu sensitif dengan kepentingan menjaga kebersihan. mulakanlah ia dari rumah.

    ReplyDelete
  36. oleh itu, semua harus sentiasa menjaga kebersihan dan mengekalkan keindahan yang ada. menjaga kebersihan adalah tnggungjawab bersama.

    ReplyDelete
  37. Kebersihan Sabah perlu diberikan keutamaan. Kerana kebersihan itu adalah antara penilaian dari para pelancong yang datang ke Sabah. Jika tidak pasti akan mencemarkan nama baik sabah sebagai tempat perlancongan di malaysia.

    ReplyDelete
  38. Peniaga gerai dan orang awam diminta membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) menjaga kebersihan dan keindahan persekitaran serta kemudahan awam di kawasan masing-masing supaya sentiasa bersih dan terjaga.

    ReplyDelete
  39. Orang ramai dan para peniaga gerai perlu mengubah sikap seperti terlalu bergantung kepada PBT untuk melaksanakan tanggungjawab berkenaan.

    ReplyDelete
  40. sekiranya orang ramai tidak membantu, pasti usaha untuk menceria dan mengindahkan sesuatu kawasan tidak akan tercapai.

    ReplyDelete
  41. sikap sayangkan kawasan tempat tinggal dengan bersama-sama menjaga kebersihan, keindahan persekitaran serta kemudahan awam perlu disemai oleh semua masyarakat.

    ReplyDelete
  42. kebersihan kawasan akan memberikan imej yang baik dan mampu untuk menarik pelancong luar datang ke Sabah.

    ReplyDelete
  43. PBT mempunyai banyak tanggungjawab lain dan jumlah peruntukan yang mampu disalurkan ke sesebuah kawasan juga terhad.

    ReplyDelete
  44. Saya meminta para peniaga gerai memanfaatkan kemudahan yang disediakan di pasar berkenaan dengan memastikan semua sentiasa berkeadaan baik.

    ReplyDelete
  45. Orang awam juga perlu mempunyai sikap untuk menjaga kebersihan jangan sesuka hati membuang sampah.

    ReplyDelete
  46. Pada masa yang sama saya mahu penjaja dan peniaga kecil yang diberi peluang bekerjasama menjaga kebersihan gerai masing-masing kerana ia adalah antara daya tarikan.

    ReplyDelete
  47. erajaan Sabah akan memantapkan lagi undang-undang kecil berhubung keberishan bagi membolehkan pihak berkuasa tempatan di negeri itu berfungsi dengan lebih berkesan ke arah meningkatkan tahap kebersihan bandar di seluruh negeri itu.

    ReplyDelete
  48. Aspek kebersihan bandar di Sabah masih menjadi masalah di kebanyakan PBT dan melalui penguatkusaan undang-undang kecil itu nanti akan mampu mengatasi masalah berkenaan.

    ReplyDelete
  49. Pelaksanaan undang-undang kecil ini akan diperluaskan ke seluruh PBT di Sabah. Ini adalah cara yang terbaik untuk memastikan masalah kebersihan in akan dapat diatasi sebaiknya.

    ReplyDelete
  50. Orang ramai juga perlu menanam sikap suka kepada kebersihan kerana kempen kebersihan bandar tidak akan berjaya sepenuhnya jika disandarkan kepada pihak PBT semata-mata.

    ReplyDelete
  51. "Kesedaran orang ramai masih rendah dalam menjaga kebersihan.. Jadi kita perlu menanam sikap itu bagi memastikan kesedaran kepada rakyat begitu tinggi.

    ReplyDelete
  52. Mari kita semua turun padang untuk menyelesaikan masalah kebersihan yang sering berlaku dikawasan di sabah ini. Terutama sekali dikawasan bandar. Maka jangan kita ambil mudah mengenai kebersihan ini.

    ReplyDelete
  53. semporna ni sepaatutnya bersih, kerana ia adalah pusat tumpuan pelancong

    ReplyDelete