Saturday 11 May 2013

PKR HANYA UNTUK PUASKAN SYAHWAT ANWAR IBRAHIM?






Saudara Pengarang,

SAYA terpanggil memberi kenyataan berhubung himpunan yang dibuat di Stadium Kelana Jaya rabu lepas, gara-gara tidak puas hati Pakatan Rakyat yang mengalami kekalahan pada PRU-13 sehingga menuntut  Suruhanjaya Pilihanraya mengulang semula PRU-13; kononnya ada unsur penipuan.

Saranan saya nyatakan kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim, terimalah hakikat bahawa Pakatan Rakyat dan PKR sudah kalah pada Pilihanraya kali ini.

Insaflah. Janganlah menghasut dan memperalatkan rakyat Malaysia lagi untuk turun ke jalan raya; kononnya PRU-13 penuh dengan penipuan dan segala macam fitnah yang memualkan.

Wahai Anwar Bin Ibrahim, sedarlah bahawa usia anda sudah senja dan seharusnya bersaralah dari arena Politik dan teruskanlah menjadi guru seperti kenyataan anda sebelum PRU-13 ini yang berbunyi;

“Kalau Pakatan Rakyat Kalah Saya Akan Bersara Dan Akan Menjadi Guru.”

Bukankah angan-angan ini baik untuk anda dan juga seluruh rakyat Malaysia. Sudahlah. Kalau kalah, terimalah kekalahan. Jangan libatkan rakyat yang tidak berdosa menanggung dosa anda selama ini.

Saya juga menyeru kepada saudara saya yang masih berada dalam PKR, janganlah diperalat dan dibelenggu Anwar Ibrahim. Sedarlah selama 14 tahun kita bersama dalam PKR, berjuang untuk menegakkan keadilan, sebenarnya sudah tidak ada KeADILan dalam PKR sejak Anwar menjadi Ketua Umum,

Yang jelas dalam PKR hanya ada angan-angan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Ketahuilah bahawa selama ini kita hanya di perbodohkan dan diperalat untuk mencapai nafsu syahwat manusia bernama ANWAR IBRAHIM!

Pandangan ini hanya lahir dari hati kecil saya dan bukan melibatkan semua rakan dalam PKR ataupun Pakatan Rakyat.

Salam Hormat,

ZAINUDDIN HASSAN
Mantan Timbalan Ketua Cabang PKR Batu Sapi.

No comments:

Post a Comment