Saturday 4 May 2013

POLITIK KEJI CALARKAN KEMPEN PRU 13.





Oleh : SALASIAH SALAMUN

BATU SAPI : Billboard calon Pakatan Rakyat yang telah dipasang sejak penamaan calon tempoh hari dicemari dengan contengan dan tulisan yang melampau. Ia disedari oleh petugas PAS yang melalui jalan tersebut pukul 3 pagi tadi.
Billboard calon PAS dan DAP itu terletak berdekatan dengan SK Sung Siew Batu 4 Sandakan yang meliputi kawasan Parlimen Batu Sapi.

"Ini mainan politik yang sangat jijik. Billboard yang dicemari dengan kata-kata kesat begini sudah mencacatkan suasana pilihanraya.

"Kita semua menyatakan bahawa kita adalah Negara demokrasi, namun sikap begini menjadi barah yang semakin serius dalam masyarakat kita," kata Calon PAS, Haji Hamzah Abdullah yang kesal dengan kejadian tersebut.

No comments:

Post a Comment