Thursday 23 May 2013

PR TIDAK AKAN MENYERAH KALAH






ALOR SETAR : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan tunduk kepada kemenangan BN yang diperoleh secara tipu sebaliknya perjuangan mendapatkan kebenaran untuk rakyat mesti diteruskan.
“Kami ingin memberi mesej jelas kepada Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi dan juga Perdana Menteri bahawa Pakatan tidak akan menyerah kalah.

“Kita tidak akan menyerah kuasa bila terbukti Pakatan telah pun menang PRU 5 Mei lalu. Pemimpin SPR dituntut meletakkan jawatan kerana gagal melaksanakan pilihan raya dengan adil dan telus,” kata Anwar.

“Putrajaya tidak boleh menjadi milik BN kerana mereka telah kalah sebenarnya. Kita tuntut Putrajaya dari mereka yang mendakwa menang, tapi menipu.

“Kabinet ‘recycle’ yang tidak berkualiti dibentuk Perdana Menteri juga tidak akan kita akui,” kata Anwar depan lebih 60,000 rakyat yang melimpah hingga di luar Kompleks PAS Batu 9, Kota Sarang Semut, Alor Setar pada Himpunan Black 505 malam tadi.

Dalam pada itu, beliau menempelak pelantikan P Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri dalam kabinet baru yang dibentuk Datuk Seri Najib baru-baru ini.

“Pemimpin Hindraf ini pernah menolak keistimewaan dan hak orang Melayu dalam negara ini suatu ketika dahulu.

“Ke mana pergi Pemuda Umno dan Perkasa?

“Kenapa mereka tidak pertikaikan pelantikan pemimpin yang pernah mempertikaikan hak dan kedudukan orang Melayu ini? Kenapa mereka diam?” kata Anwar.
Turut hadir, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dan Tian Chua serta pimpinan Pakatan Kedah.

37 comments:

  1. Tindakan yang telah dan sedang diambil oleh Anwar Ibrahim bersama konco-konconya dengan mengadakan siri perhimpunan untuk membantah keputusan PRU 13 memang sudah dikesan dan dijangka sejak dari awal lagi. Tindakan sedemikian pada analisa akhirnya tidak menguntungkan sesiapa.

    ReplyDelete
  2. Bahkan ia merupakan tindakan sia-sia yang dilakukan semata-mata untuk memuaskan kehendak ego dan keinginan melampau untuk menduduki kerusi Perdana Menteri dan seterusnya mentadbir negara ini.

    ReplyDelete
  3. Aktiviti kempen yang berjalan sudah sekian lamanya dengan kemuncaknya berlaku setelah pembubaran parlimen dan proses penamaan calon diselesaikan. Kempen yang dijalankan sejak dari awal sudah menunjukkan tanda-tanda perpecahan di kalangan rakyat negara ini khususnya masyarakat Melayu Islam. Hampir setiap malam dalam skala kecil atau skala besar rakyat disogokkan dengan berbagai-bagai isu yang sebahagiannya adalah merupakan cerita-cerita murahan yang terus diungkit untuk menarik perhatian ramai.

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya rakyat Malaysia sudah letih dan jemu jelak dengan kerja-kerja politik yang sebahagiannya bukan menghala kepada membina negara. Sebaliknya lebih merupakan proses manipulasi dan indoktrinasi yang merugikan rakyat dan umat. Setakat ini tidak ada kajian yang dibuat kos yang terlibat terhadap kerja-kerja politik sedemikian.

    ReplyDelete
  5. Kos dari segi masa, tenaga, wang ringgit termasuk kos yang tidak kelihatan seperti kos perpecahan masyarakat, kos kelalaian disebabkan sesetengah pihak begitu obses terhadap kerja-kerja sedemikian semata-mata dilakukan atas nama mendapatkan kuasa dan kedudukan.

    ReplyDelete
  6. Tindakan yang diambil oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya dengan tidak mengiktiraf keputusan pilihanraya atas alasan-alasan remeh yang tidak dapat dibuktikan bukan sahaja menambah lagi kegelisahan di kalangan rakyat sebaliknya menggandakan lagi kos nampak dan yang tidak nampak seperti yang disebutkan sebelum ini.

    ReplyDelete
  7. Tidak perlulah mana-mana pihak melayan tuntutan dan hasutan daripada manusia-manusia hipokrit seperti ini. Apa tidaknya, di dua negeri Pakatan Rakyat, Menteri Besar dan anggota Exconya sudahpun mengangkat sumpah dan telah memulakan tugas. Negeri Selangor akan melakukannya dalam masa terdekat.

    ReplyDelete
  8. Kepada mereka yang terlibat termasuk Anwar Ibrahim apa gerangan jawapan yang patut diberikan – tangan sebelah kanan mengiakan sementara tangan sebelah kiri pula menidakkan. Agaknya ke mana anggota tubuh itu akan bergerak untuk meneruskan kehidupan. Begitulah lebih kurang analogi yang boleh diberi terhadap tindakan Anwar Ibrahim itu.

    ReplyDelete
  9. Bekas ketua menteri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak menggesa Pakatan Rakyat memainkan peranan sebagai parti pembangkang yang bertanggungjawab dan menghormati keputusan rakyat yang memberikan majoriti mudah kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini.

    ReplyDelete
  10. Sambil menyifatkan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai gila kuasa kerana tidak dapat menerima kekalahan, beliau berkata Anwar tidak sepatutnya mempersoal keputusan PRU13 dan kesahihan kerajaan persekutuan hari ini.

    ReplyDelete
  11. Menang tetap menang dan kita mengamalkan demokrasi. Dia (Anwar) tidak perlu menggunakan orang muda untuk mengejar kepentingan peribadinya menjadi perdana menteri, sebaliknya mendidik mereka dengan menekankan prinsip-prinsip pilihan raya demokrasi di mana yang kalah mesti dapat menerima yang menang.

    ReplyDelete
  12. Kita perlu bergerak ke depan. Kita akan bertarung sekali lagi pada pilihan raya akan datang, saya berpendapat orang ramai sudah bosan dengan cara dia berpolitik.

    ReplyDelete
  13. Sebenarnya BN tewas di Kadamaian (kerusi dewan undangan negeri (DUN) di Kota Belud), dan BN menghormati keputusan dan tidak akan menganiaya pengundi..sebaliknya, mereka akan bekerja keras untuk menguasainya semula.

    ReplyDelete
  14. Salleh, yang juga timbalan ketua perhubungan Umno Sabah dan Adun Usukan menegaskan bahawa kerajaan BN sekarang adalah ‘kerajaan majoriti dan bukan kerajaan minoriti”.

    ReplyDelete
  15. BN menerima demokrasi berasaskan kepada sistem parti. Kerajaan minority bermakna tiada parti yang menang lebih daripada separuh jumlah kerusi yang ditandingi. Pada pilihan raya baru-baru ini, sudah jelas BN menang lebih daripada itu.

    ReplyDelete
  16. Sementara itu, Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Belud mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang memberikan mandat kepada BN untuk mentadbir negara dan Sabah. Kerana nyata mandat kemenangan adlah daripada rakyat untuk BN.

    ReplyDelete
  17. Pembangkang perlu terima peringatan awal Perdana Menteri supaya mereka tidak menimbulkan huru-hara sekiranya kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

    ReplyDelete
  18. Nazri berkata pembangkang harus mencontohi kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sedia menerima kekalahannya di lima negeri pada pilihan raya umum lepas.

    ReplyDelete
  19. Walaupun kalah di beberapa buah negeri BN tak ada masalah langsung untuk serah kerajaan itu kepada pembangkang.

    ReplyDelete
  20. Nazri mengulas bahawa berharap pembangkang menerima keputusan PRU-13 dan tidak mencari alasan untuk menimbulkan huru-hara sekiranya mereka kalah dalam pilihan raya itu.

    ReplyDelete
  21. Perdana Menteri menyebut perkara ini kerana kecenderungan mereka(pembangkang) melakukan aktiviti-aktiviti demonstrasi yang negatif dan menghasut rakyat.

    ReplyDelete
  22. Kecenderungan pembangkang seolah-olah mereka sahaja yang betul dan hari ini usaha untuk memburukkan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dilakukan begitu hebat sekali, dan rasanya ada kecenderungan itu di pihak mereka sekiranya mereka tidak menang dalam pilihan raya nanti.

    ReplyDelete
  23. Beliau berkata Perdana Menteri mahukan rakyat lebih berhati-hati dan tidak menyokong usaha pembangkang untuk memporak perandakan rakyat selepas pilihan raya nanti.

    ReplyDelete
  24. Demonstrasi pembangkang menghasut rakyat supaya membenci BN kerana (dituduh) zalim adalah tidak betul kerana kerajaan BN adalah kerajaan yang baik, kata Nazri.

    ReplyDelete
  25. Kita (kerajaan BN) sudah buat segala apa yang kita janji…pembangkang hanya janji macam-macam tapi tidak tunaikan.

    ReplyDelete
  26. Dalam keadaan (negara) stabil, aman damai, dia (pembangkang) mungkin nak kalah itu ada, sebab itu mereka sedang berusaha cari jalan bagaimana nak mendatangkan perasaan marah rakyat terhadap BN.

    ReplyDelete
  27. Pas dan DAP juga diminta memberikan pendirian rasmi berhubung pendedahan berkaitan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan menulis kepada Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr untuk meminta negara terbabit membantu dalam Pilihan Raya Umum (PRU).

    ReplyDelete
  28. Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Seri Mohd Fairus Khairuddin berkata pendirian itu cukup penting untuk diketahui umum sejauh manakah pendirian mereka terhadap isu berkenaan.

    ReplyDelete
  29. Menurut beliau tindakan meminta bantuan asing untuk mencampuri urusan demokrasi negara boleh dianggap sebagai perbuatan biadap dan satu bentuk pengkhianatan kepada negara.

    ReplyDelete
  30. Kita pun ingin tahu apa pendirian kedua-dua parti berkenaan. Jika mereka berdiam diri ianya seolah-olah menjulang terhadap pengkhianatan negara. Perbuatan itu cukup memalukan.

    ReplyDelete
  31. Perbuatan tersebut seharusnya ditolak dan tidak sewajarnya dibenarkan bermahrajalela di negara kita. Apakah kita sanggup melihat negara luar campur tangan dalam urusan demokrasi negara kita.

    ReplyDelete
  32. Fairus seterusnya menambah pendedahan berhubung tindakan Anwar itu jika berasas ianya adalah satu perang psikologi awal terhadap pilihan raya umum akan datang selain ianya satu bentuk ancaman politik kepada rakyat dan ugutan kepada kerajaan.

    ReplyDelete
  33. Maknanya beliau seolah-olah ingin menunjukkan kepada umum bahawa jika partinya kalah kelak, itulah alasannya dan kepada rakyat dan negara, beliau seolah-olah ingin menggambarkan bahawa pilihan raya yang diadakan adalah tidak telus.

    ReplyDelete
  34. Dalam soal ini, saya ingin bertanya kemenangan beliau di Permatang Pauh khususnya bukankah ianya diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Dan begitu juga kemenangan pembangkang di Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah. Bukankah institusi yang sama menguruskannya pada PRU kali ini,“ katanya.

    ReplyDelete
  35. Tambah beliau maklum balas daripada Australia berhubung perkara itu sebenarnya memalukan Ketua Pembangkang berkenaan.

    ReplyDelete
  36. Fairus difahamkan Australia sudah memberikan maklum balas mengenainya dan jika Anwar manusia yang mempunyai perasaan malu, tentunya maklum balas tersebut memberikan keinsafan kepada beliau.

    ReplyDelete
  37. Tetapi apakan daya…..Anwar adalah manusia yang tidak tahu malu dan tidak ada keinsafan. Beliau sendiri menunjukkan belang sebenar wajahnya kepada umum. Kepada rakyat nilailah dan hayatilah apa yang berlaku agar sistem demokrasi negara terus bertahan dengan acuan kita sendiri.

    ReplyDelete