Thursday 30 May 2013

PRIBUMIS CADANG 'JUARA BELIA TRANSFORMASI'







Oleh : SHAIMON S JUMADI

KOTA LINABALU : Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMIS)  akan mengorak langkah menyiapkan kertas cadangan kepada Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia untuk mewujudkan beberapa badan baru dalam Kementerian tersebut bagi memantapkan lagi usaha transformasi belia Sabah.

Cadangan untuk mewujudkan satu badan yang dinamakan sebagai Majlis Transformasi Belia Negara (MTBN) dilihat amat perlu pada masa ini bagi menyediakan belia dengan pengetahuan ilmiah menerusi penggemblengan program Transformasi Belia yang akan dilaksanakan melalui badan yang dicadangkan oleh PRIBUMI'S.

Presidennya, Datuk Mohd Jeffry Rosman demikian berkata kepada Sabahkini.Net malam tadi antara lain memaklumkan bahawa MTBN akan berfungsi sebagai satu badan yang akan menjalankan program belia khususnya bersifat anjakan transformasi minda belia ke arah lebih membangun dan efektif; cergas tanpa boleh dipengaruhi oleh anasir yang tidak sihat seperti demonstrasi jalanan dan memporak porandakan negara.

Disamping itu juga tambah  Jeffry,  beberapa program bulanan belia juga bakal dimasukkan ke dalam kertas cadangan ini yang akan dihantar kepada Menteri Belia Dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin dalam masa terdekat.

Antara program induk, 'Juara Belia Transformasi' yang mana akan diadakan di setiap negeri demi menjiwai dan mencintai perpaduan negara dengan aktiviti yang sihat dan memberikan banyak ruang dan faedah kepada belia untuk mencuba pelbagai kemahiran diri yang akan diadakan setiap bulan di setiap negeri.

“Usaha PRIBUMI'S ini adalah bukan untuk mencari populariti tetapi lebih kepada mencurah idea dan dikongsikan kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik walaupun sedar NGO ini bakal dikecam atau dicemuh oleh para pencinta huru hara," kata Jeffry yang bertekad menjayakan visi ini bersama ribuan ahli Pribumi's.

Katanya lagi, program ini bagi memastikan kejayaan iltizam Kerajaan Barisan Nasional melalui Gagasan 1 Malaysia agar benar-benar sampai ke hati rakyat Malaysia dan memilih Belia sebagai generasi pelapis negara di masa akan datang.

Dalam pada itu,  kata Jeffry, terdapat beberapa lagi kertas cadangan PRIBUMI'S bakal dikemukakan bersama beberapa NGO dan berharap agar semua rakyat Sabah bersatu, bekerjasama dan melupakan sengketa parti dengan merintis jalan damai membangun bersama Malaysia.

No comments:

Post a Comment