RACIST...Pertubuhan
Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMI'S) mengecam akhbar laporan akhbar Utusan Malaysia
yang boleh menimbulkan ketegangan kaum di negara ini.
Oleh : SYED KAMAL
Pertubuhan Pribumi Rakyat
Sabah (PRIBUMI’S) mengecam sebarang provokasi serta kenyataan berbau perkauman
yang diketengahkan pasca PRU 13 yang baru sahaja berakhir.
PRIBUMI’S menilai kenyataan
tersebut seakan-akan menafikan suara dan aspirasi rakyat Malaysia secara
keseluruhannya yang telah mengemukakan undi mereka pada pilihanraya lalu.
PRU-13 menyerlahkan hakikat
bahawa trend ataupun pola pengundiaan kali ini tidak semata-mata dipengaruhi
sentimen perkauman sempit. Sebaliknya, keputusan PRU 13 ini menzahirkan
sentimen seluruh rakyat Malaysia melangkaui ras perkauman semata-mata.
Hakikat ini merujuk kepada
fakta dan statistik oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sendiri serta
kesimpulan institusi dan para penganalisis politik yang berwibawa. Pilihanraya
adalah hari kebesaran suara rakyat.
Ketika inilah rakyat
berpeluang menyambung hak serta kebebasan mereka menyatakan pandangan serta
menentukan masa depan mereka. Demokrasi adalah mekanisme penting dalam menjamin
keseimbangan dan kestabilan sosio politik sesebuah negara dapat dipenuhi.
Keharmonian dan kestabilan
politik hanya akan tercapai sekiranya aspirasi serta suara setiap segmen
masyarakat yang ada dalam sesebuah negara menolak sebarang bentuk diskriminasi
rasis yang emosi serta sempit.
PRU-13 telah menyaksikan
peratus turun mengundi paling tinggi dalam sejarah demokrasi Malaysia.
Mengambil kesempatan ini, PRIBUMI’S merakam ucapan setinggi-tinggi tahniah
kepada seluruh rakyat Sabah di atas keprihatinan yang tinggi terhadap amalan
demokrasi di negara ini.
Sesungguhnya PRU-13
merupakan kemuncak kepada manifestasi kesedaran politik yang tinggi di kalangan
rakyat Malaysia. Seharusnya suara rakyat ini dihormati serta dimartabatkan
menerusi lunas-lunas keterbukaan yang dianjurkan dalam demokrasi.
Sebarang usaha untuk
mengaitkannya dengan konspirasi perkauman serta keagamaan yang sempit adalah
bersifat 'Intellectual Insult' serta hanya akan menjejaskan kestabilan serta
keharmonian kaum di negara ini.
(NOTA : Syed Kamalrul Sufian
ialah Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMI’S)
No comments:
Post a Comment