Wednesday 22 May 2013

PROGRAM 100 HARI NAJIB YAKINKAN NEGARA






YAKIN....Program 100 hari Najib bertujuan memenangi hati rakyat serta meyakinkan pengkritik beliau di dalam Umno.

Oleh : JAHABAR SADIQ

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Najib Razak dijangka akan mengeluarkan program 100 hari untuk memenangi hati golongan yang ragu-ragu dengannya dan meyakinkan Umno beliau adalah terbaik untuk memimpin parti dan negara, kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan, meminjam idea dari pentadbiran Abdullah, kerajaan Najib juga akan bekerja untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam, mengurangkan jenayah dan rasuah, meningkatkan ketelusan dan mengukuhkan keharmonian antara etnik.

“Najib mahu mulakan dengan cepat, dia telah bertemu dengan penasihat tentang ini,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Dalam wawancara bersama Straits Times Singapura 10 hari lalu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin juga mengatakan program 100 hari Najib akan mempercepatkan program sedia ada untuk mengurangkan jenayah dan rasuah dan mengehadkan kos sara hidup.

“Ini adalah tiga isu utama yang menyebabkan undi bandar beralih,” katanya dan menambah Najib akan terus memperbaiki sektor awam dan ekonomi dan mengembangkan kebebasan awam.

Sumber mengatakan Khairy yang kini menteri belia dan sukan dan menteri muda seperti Menteri Peracangan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan akan menjadi diantara yang akan memainkan peranan penting dalam program 100 hari.

Najib telah menamakan Kabinetnya minggu lalu, campuran veteran dan muka baru, untuk meneruskan program transformasi yang beliau mulakan empat tahun pertama semasa memegang jawatan perdana menteri.

Beliau membawa masuk Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Paul Low dan Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Berhad Datuk Seri Abdul Wahid Omar ke dalam Kabinet memantapkan pasukan ekonomi beliau.

Kempen Barisan Nasional (BN) Najib di atas platform “Negara Lebih Baik” pada pilihan raya umum 5 Mei, akan tetapi kalah lebih banyak kerusi Parlimen, hanya mendapat 133 berbanding 140 yang dimenangi pada Pilihan Raya 2008.

Walaupun Umno menang lebih kerusi dan gabungan itu merampas kembali Kedah, terdapat kritikan terhadap kempen BN dengan perdana menteri paling lama berkhidmat Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan beliau menjangkakan prestasi lebih baik.

Pandangan Dr Mahathir dilihat penting oleh kerana pemimpin veteran itu pernah mengkritik langkah penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk menghentikan polisinya selepas menang besar dengan mandat 91 peratus pada pilihan raya 2004.

Kritikan Dr Mahathir menyebabkan BN kehilangan majoriti tradisi dua pertiga dalam Pilihan Raya 2008 dan empat negeri, menyebabkan Abdullah terpaksa meletakkan jawatan.

Apabila Abdullah mengambil alih jawatan perdana menteri pada 2003, beliau melancarkan program 100 hari berprofil tinggi menyaksikan permohonan passport lebih pantas dan tangkapan anti rasuah berprofil tinggi.

Pada Febuari 2004, bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel Tan Sri Eric Chia dan Menteri Pembangunan Tanah Tan Sri Kasitah Gaddam ditangkap kerana rasuah.

Pada 13 Febuari 2004, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada ketika itu Datuk Seri Dr Rais Yatim mengumumkan sekurang-kurangnya 18 lagi kes rasuah berprofil tinggi menunggu untuk tindakan selanjutnya.

Akan tetapi tiada tangkapan seterusnya dan kedua-dua Eric Chia dan Kasitah dibebaskan daripada kes rasuah mereka.

Dr Mahathir juga melancarkan program 100 hari apabila menjadi Perdana Menteri pada 1981 dan mengembangkannya dalam manifesto BN “Bersih, Cekap dan Amanah” untuk pilihan raya 1982. (TMI)

7 comments:

  1. Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati Barisan Nasional (BN) menjadi pilihan para penggundi wanita dalam pilihan raya kali ini.

    ReplyDelete
  2. Ini terbukti melalui kajian sekumpulan penyelidik di universiti tersebut terhadap 4,500 responden wanita di seluruh negara dengan 59.1 peratus memilih BN dan 33.9 peratus memilih pakatan pembangkang.

    ReplyDelete
  3. Pensyarah Geopolitik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM, Prof Madya Dr. Mohd Fuad Jali berkata, kecenderungan pilihan tersebut adalah bedasarkan kejayaan transformasi yang dibuat oleh kerajaan terhadap golongan wanita.

    ReplyDelete
  4. Kerajaan telah berjaya melaksanakan pelbagai transformasi dan kemudahan kepada golongan itu termasuklah Kedai Kain 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Klinik 1Malaysia dan pelbagai lagi produk yang memberi manfaat kepada mereka.

    ReplyDelete
  5. “Kerajaan seperti itulah yang diperlukan oleh wanita dan sebagai tanda sokongan dan berterima kasih, mereka akan menzahirkannya dengan mengundi BN pada pilihan raya umum kali ini,” katanya.

    ReplyDelete
  6. Mohd Fuad berkata, kajian juga mendapati golongan wanita diseluruh negara memilih sesebuah parti politik berdasarkan tiga faktor yang tertinggi iaitu memperjuangkan isu kemanusiaan dan peratusan 75.8 peratus, isu pembangunan dan kemiskinan 73.4 peratus dan isu perjuangan bangsa dan agama sebanyak 71.8 peratus.

    ReplyDelete
  7. najib kini makin disengani rakyat

    ReplyDelete